Pages

Sunday, October 31, 2010

GA : cinta-craft giveaway

Haiii...smua..join GA lagi...
kali ini join GA anjuran Msraiza sempena 20 10 2010..
cantikkan tarikh tu...


Banner GA yang amat menarik...

Nie hadiahnya...

(purse, 4 mtr ribbon - 1 mtr each color, assorted button & 3 pcs hp strap)

Kepada yang berminat nk join klik sini untuk melihat syarat2 nya..

Saturday, October 30, 2010

GA : Nina's Collections Giveaway

Sempena perasmian pembukaan Nina's Collections, Cik nina wat satu GA. Agak menarik gak..so nak join...

Katanya, hadiah lumayan so apa salahnya mencuba...

Syarat2 nya adalah :-

1. Follow blog nina's collection & loveninasyakina..... dah
2. Copy Banner GA, paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog anda....dah
3. buat satu n3 ttg NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog anda, wat n3 pasal GA
sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu
4. tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway itu..
5. Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)

Fuziani JSR
kojah
syatoza

Pemenang Bertuah akan dipilih oleh juri2 Profesional &
Hadiah cukup menarik dan lumayan

Piala Malaysia 2010 : Negeri Sembilan vs Kelantan. Siapa Juara..??..

Perlawanan akhir bola sepak merebut title Juara Piala Malaysia 2010 berlangsung malam ini di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 mlm. Perlawanan di antara Negeri Sembilan dan Kelantan.

Yang menjadi rebutan...

Tahun lepas pasukan Negeri Sembilan mengalahkan pasukan Kelantan 3-1 di pusingan akhir. Bagaimana pula tahun ini?... Adakah Negeri Sembilan dapat mempertahankan kejuaraan?..

Saksikanlah...

Pada yang tak ke stadium boleh la menyaksikan secara live di Astro Arena channel 801 jam 8.00 malam.

My hubby dh ada kat stadium..Merata2 cari tiket, akhirnya dapat juga...Aku kat rumah jer...

Mulut Lebar...

Wow...besar sungguh..
terkejut mak bila melihat betapa besarnya mulut orang itu...

Francisco Domingo Joaquim memiliki mulut selebar 17 cm sekali gus namanya dicatat dalam Guinness World of Records.

Bakat Joaquim yang dikenali sabagai Chiquinho itu telah ditemui beberapa penyelidik Guinness World of Record yang mencarinya melalui laman YouTube di internet.

Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di internet dengan videonya dilihat ribuan kali...

Thursday, October 28, 2010

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

Salam...
En. Ben Ashaari wat promosi JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI utk blogger yg masih baru & masih merangkak2 mencari hala tuju...
Tq, En. Ben...


Disebabkan blog aku nie tak berapa nk glemer so nk la parking kat blog En. Ben.. Moga2 ada la yg dtg menjengah kat blog aku yg tak berapa meriah nie...

Jom la kita sama2 parking kat kat
JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

Due nya smp tengah malam nie jer, tau..
Apa tunggu lagi....

Wednesday, October 27, 2010

Lelaki Paling Gemuk Di Dunia

Mengikut laman web www.fattestmanintheworld.net, seorang lelaki, Paul Mason yang menetap di Ipswich itu dinobatkan di dalam rekod dunia sebagai lelaki paling gemuk..

Paul Mason

Paul Mason, 48 tahun mempunyai berat badan 444.5 kg dianggap lelaki paling gemuk setakat ini. Walaubagaimanapun, Mason gagal mengatasi berat seorang warga Maxico, Manuel Uribe, 45 tahun yang sebelum ini memegang rekod itu dengan berat 597 kg.

Manuel

Manuel dikatakan tidak mampu meninggalkan katil sejak 2001. Manuel telah diserang gastrik pada 2006 dan cuba untuk menurunkan berat badannya. Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada pertengahan 2009 kerana sakit yang berpunca daripada komplikasi obes.

Paul Mason menggemari makanan ringan termasuk makanan segera. Beliau bangga kerana namanya kini tercatat dalam buku rekod.

**************************
KLIK

Paul d Octopus dalam kenangan

Nak marah pun dh tak guna dah..
Nk sedih pun buang masa jer...

Dah tamat dah riwayat dia...

Paul d Octopus
..



Paul dalam kenangan...


******
*****
*****
*****

Yang suka, dah tentu sukalah..

Tak kurang yang marah, geram tahap maksimum...
Betul tak...???


Klu tak, takkan lah ada yang berangan2 nk jd kan si Paul d Octopus tu mcm kat bawah nie....




*****

*****


**********************************************

Monday, October 25, 2010

giveaways...[10Disember 2010] - kizs

Salam smua...
hari nie miss annaz nk join satu GA anjuran cik kizs..
Saja2 mencuba n mengisi masa yg terluang..
menarik jer tengok plushies2 tu...

comelkan mereka...

Untuk melihat syarat2 nya jom singgah kat blog kizs

GA nie ada kategori..

kategori 1 = kategori untuk ibu2(untuk anak2 kcik mereka)
kategori2 = kategori student(skul,kolej or u)
kategori3 = bekerja...

Miss Annaz sertai kategori 1..

yang penting skali, anda bleh sertai GA sampai 10 DISEMBER 2010...

Sunday, October 24, 2010

Contest Gambar Percutian Anjuran Cik Kojah

Salam semua..
Hari nie terasa cam nk join contest..
Ada satu nie yang menarik perhatian..
Contest apa yek...

---------------------------------------------------------------------------------------------

KONTEST GAMBAR PERCUTIAN YANG MENARIK LAGI TERTARIK!
Anjuran cik KOJAH kita...
Klik banner contest di atas utk melihat syarat2 nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Gambar nie dirakamkan ketika bercuti di Cameron Highland. Nak tahu di mana lokasinya?.. Lokasinya di atas puncak Ladang Boh. Masih terasa kedinginan cuaca ketika itu. Si kecik yg atas dukungan tak lepas peluang mendaki sendiri puncak Boh walaupun ketika itu masih berumur 3 tahun. Larat betul. Smua org tegur dia di sepanjang pendakian kami. Saya suka gambar nie sbb kehijauan pemandangannya sayup mata memandang..

Ok...setakat ini sajer yang bleh dikongsi bersama...
Harap2 cik KOJAH kita suka...

Saturday, October 23, 2010

Guru Togel...

Guru Togel...???

Guru merupakan seekor cipanzi yang juga bekas haiwan perliharaan sarkas.

Kenapa dia togel??

Bulu di tubuhnya gugur akibat penyakit alopecia. Guru mengalami penyakit alopecia ketika menjadi sebahagian daripada haiwan sarkas sebelum diselamatkan dan dihantar ke zoo di Chennai. Dia berada di Chennai hampir 10 tahun sebelum dipindahkan ke Zoo Mysore 7 tahun yang lalu bagi membolehkan pakar veterina menjalankan pemantauan.


Lihatlah otot2 di tangannya....

Guru dikatakan berusia 20 tahun. Memiliki susuk tubuh seperti manusia setelah bulu diseluruh tubuhnya gugur akibat alopecia.

Beratus-ratus orang berkunjung ke Zoo Mysore, selatan India untuk melihat guru walaupun kedatangan mereka disambut dengan balingan batu.

Malu agaknya smua pakat dok tengok dia...


Alopecia is the medical description of the loss of hair from the head or body, sometimes to the extent of baldness. - Wikipedia.


Friday, October 22, 2010

Dirasuk hantu rambut panjang...

Belum pernah aku alami situasi yang seram sebegini...dan mmg berharap pun tak akan mengalaminya..

Ketika itu aku baru sampai ke rumah..Masa tu rumah ada tetamu. Masuk jer rumah salah sorang dari mereka tegur aku..
"Panjangnya rambut kau". Aku agak terkejut gak bila ditegur begitu. Ye la, selalu pakai tudung, mlm nie plak gatal nk free hair..

Aku cuba meraba rambut ku. "Takkan dorang nie tak nampak yg rambut ku hanya lepas paras bahu jer". Tindakan ku gagal. Tangan ku seolah2 terkunci. Aku menoleh ke kiri. Ku lihat rambut ku panjang berjela2. Aku yang berdiri nie pun lebih paras tumit..

Tiba2 aku dpt merasakan ada satu kuasa yg mengawal segala pergerakan ku. Aku cuba sedaya upaya untuk melepas diri dari dibelenggu kuasa ghaib itu.

Melihatkan keadaan ku yg tiba2 berubah laku, mereka menegur ku..
"Kau kenapa nie".
"Kau diam. Jangan ganggu aku," aku lantas menjawab. Tapi suara ku telah berubah menjadi garau. Aku ketawa mengilai2..Mereka yang berada di sekelilingku terkejut.

Dari dalam diri aku yg sebenar, aku sedar akan perubahan itu. Aku cuba meronta2 tetapi kuasa itu seolah2 semakin kuat. Aku cuba membaca ayat Kursi walaupun dalam seribu kepayahan...

Aku semakin tidak sedar diri.. terasa kesakitan dan kepenatan..Aku tak tau apa yang berlaku seterusnya.. Sedar2 aku merasa semakin tenang. Kuasa ghaib yg mengawal diri ku sejak tadi sudah hilang..

Aku bangun...
Aku lihat sekeliling...sunyi..
Al Hamdulillah...aku telah bebas..
Al Hamdulillah...Aku cuma bermimpi..
mimpi yg aku rasa mmg 'real' berlaku ke atas diri ku..


Org2 tua pesan, sebelum tido basuh kaki..
Baca2 apa yang patut..
Agaknya aku keletihan, tu yg tertido x sedar diri...

Thursday, October 21, 2010

Thank you so much...


Salam smua...
Hari nie harap2 smuanya sihat2 & ceria2..
Dan harap2 hari nie hari yang terbaik dr hari2 yang sebelumnya...

Miss Annaz hanya nk ucapkan terima kasih kat u alls yg dtg berkunjung kat blog nie..
Tengok kat shoutmix ramai yg tinggalkan jejak kat situ..
Miss Annaz mmg sesangat sukahati & teruja bila nampak ramai pengunjung kat situ...

Sapa agaknya yer mereka2 nie?..

*

*

*

*

*

*

Mereka ialah :-

Malek ku - thank you nuffnang for giving me 4 buffered earning in a time

feyus - kod rahsia handset anda..

Pn. Ros - surat dari Tijah

GaDiS KaMPuNg SePaRa BaNDaR - aku baru sedar, dalam hidup ini ramai orang pentingkan diri sendiri !!!

Solihin - TV3 didenda RM 50,000 kerana menghina Islam

Udeen

Fuziani JSR - Aku diganggu jin warna-warni

KongSibeRsamaNora - Contest gambar menarik lagi tertarik

GematriA - (preview) Hikayat Merong Mahawangsa

Tubelawak - mulakan hari anda dengan ceria : senaman pagi yoga.

currentlife2u - Skim Rumah Pertama : Positif atau Negatif

Dzul - Produk alien yang diimpi2kan oleh Gamers seluruh dunia

ellen - cuma doa ku pinta dari kalian

Syatoza - -------> -______-"

cilepalviolet - ikan pirana gergasi??

madihah87 - ada sesuatu nak bagitau nie..baca la

Fiqas - "Sape nak hadiah free dari Paris =)"

Alienellis - Pertandingan 'header' tercantik kali ke 2

Bio Aura - Bio Aura Murah - RM999

~

~

~

Nama2 kat atas tu mmg dh di link kan kat blog dorang..
apalagi..jom terjah dorang ramai2....

p/s : pada yg x tersenarai minta maaf bebanyak yer...
korang pun pengunjung yg setia...

Wednesday, October 20, 2010

Gempar klip video kuda bertanduk...


ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.

Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.

"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.

"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu

Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai.

Sumber : Kosmo


Yang nie ker klip video yang dimaksudkan di atas?
Entahlah....
Apa2 pun tengok jer la...

Tuesday, October 19, 2010

Hajat yg dh tertunai..

Dia mmg suka bila dh bagi..
Puas la tu...
Bukan main suka lagi...seronok yang tak terhingga...

*

*

*


Dia mmg minat kartun nie..klu bleh x nak tinggal satu episod pun..
Dah hafal dh jln citer..
apalagi citer..The Powerpuff Girl yg cute tu..

Siap mintak tolong belikan sabun mandi gambar Powerpuff Girl..cari gak tp tak tau cam ner rupanya..
Hari tu g shopping ada la nampak mende yg dia nak tu...

So, belikan jer la..lepaskan hajat..

bath soup

body powder


Suka sangat la tu...puas la hati...


Saturday, October 16, 2010

Tunggang Singa Jantan

Berdepan dgn haiwan ganas umpama menempah maut. Tapi lain pula cerita dengan seorang penjinak singa di Afrika Selatan..

Kevin Richardson menunggang seekor singa di taman Dunia Singa Putih di Broederstroom, dekat Johannesburg, Afrika Selatan.
----------------------------------------------

BROEDERSTROOM - Berdepan dengan seekor singa jantan dewasa memang perbuatan bodoh manakala menunggang belakangnya ibarat sengaja membunuh diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang penjinak singa di Afrika Selatan, Kevin Richardson, aksinya cukup selamat dan dia gemar melakukan kegiatan tersebut.

Menggelarkan dirinya sebagai 'duta singa' Richardson, 34, mendakwa bahawa dia boleh tidur sekali gus bermalam bersama haiwan itu.

Lelaki itu menguruskan sebuah taman pemuliharaan haiwan yang dikenali sebagai taman Dunia Singa Putih di sini dan dia turut memelihara beberapa ekor cheetah, harimau bintang serta dubuk.

Dia menjadi kawan rapat haiwan-haiwan itu dengan bercakap dan melayan dengan penuh kasih sayang.


Sumber : Kosmo

Berkedut tak semestinya buruk...

Terkejut..muka dh berkedut....!!!!

Kedutan tak semestinya buruk...
Ia melambangkan kematangan. Kedutan hadir bersama ketuaan tetapi ia juga lambang kebijaksanaan dan kuat bekerja.

Kedut di dahi melambangkan seseorang yang kuat berfikir..

Kedut di tepi mata, orang itu kuat tersenyum dan ketawa..

Wajah yang berkedut itu kadang2 lebih meyakinkan di mata orang. Kedut-medut selalunya selari dengan usia. Bayangkan kalau usia dah lanjut tetapi kulit masih tegang. Bukankah ianya aneh dan menimbulkan seribu persoalan?

Namun tidak salah utk berusaha mengatasi atau berusaha menghilangkannya jika ia dianggap buruk atau menghilangkan keyakinan diri. Merawat wajah itu penting kepada lelaki dan wanita asalkan tidak mengubah bentuk asalnya.

Salah satu daripadanya ialah habbatus sauda'
Rasulullah S.A.W bersabda,

"Dalam habbatus sauda' (nagella sativa)
terdapat penawar bagi segala
penyakit kecuali maut",

-Riwayat al-Bukhari.

Thursday, October 14, 2010

Bapa gigit anak...apa kes??...

Biasa yg kita dengar baby yg baru nk tumbuh gigi mmg suka menggigit..
Tp lain hal pula ada satu kes nie..Bapa gigit anak..
Ada ke patut?..
Tak patut..tak patut...

*

*

*


"Saya geram, saya tertekan, saya gigit anak saya" kata seorang bapa semasa merayu di Mahkamah Majistret Kajang semalam selepas mengaku bersalah kerana menggigit anak perempuannya yg berumur 3 bulan..Kesian budak tu....

Kenapa ye dia gigit anak dia?
Dah tak de keje lain ke dia?...
Pelik jugak!!!
?..?..?..?..

Puncanya, dia marah kat isteri dia sbb enggan memenuhi permintaanya supaya mengisi air dlm botol. Tak bleh isi sendiri ker?...Time mengada2 dh dtg la tu...

Yg kesiannya baby tu mengalami pendarahan bawah mata kanan, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan..
Kesian sungguh baby tu...

Kes ni bleh lah dikategorikan sebagai kegeraman yang melampau....
kecik2 dulu x puas menggigit kot...
Ha..ha..ha..

Tuesday, October 12, 2010

KHASIAT PELUK ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


So, apa tunggu lagi
Peluklah isteri anda...




GA : Sararisa 2nd Anniversary giveaway

Pagi buka blog ada nampak GA nie..
terasa nk join...
beleh ker tuan punya GA?...
Nampak cam menarik

#

#

#

GA nie kepunyaan Sara sempena masuk tahun ke dua blog dia
Nak join klik sini

Syarat2 dia agak mudah jer :-

-> Malaysian blogger (semestinya..)
-> add link blog Sara ke blog list u all (setel...)
-> jadi follower (dah..)
-> wat n3 berkenaan GA dan blog Sara (yuppp...)
-> copy banner GA & paste kat n3 u all & link back ke blog Sara
-> tinggalkan komen di bwh n3 Sara.

-> komen di chat box, email atau sms x akan dilayan.
-> tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Okt, jam 5.00 ptg.
Pemenang akan diumumkan selewat2nya 19 Okt 2010


Apa yg paling menariknya hadiah nie...
Miss Annaz mmg dh teruja sgt2 bila tengok ganjarannya...

Hadiahnya berupa barangan kecantikan dan penjagaan diri.bernilai rm100++
1.intimate wash dr gifarrine
2.deodoran
3.hand lotion
4.sabun brand l'occitane
5. 3 x lipgloss dr in 2 it
6.miniature tresor by lancome
7.eyeshadow 8 colors by giffarine
semua barangan ini adalah original...

Apa tunggu lg jom la join...

Monday, October 11, 2010

Labu gergasi

Besar sungguh labu nie...
Slalu yg kita lihat yg sedang2 jer..

Labu nie seberat 749 kg, di Lymington, England.

Labu nie di tanam oleh sepasang kembar Ian dan Stuard Paton di ladangnya Pine Tops di Lymington, Hampshire. Pasangan kembar ini telah menanam labu gergasi sejak 30 tahun lalu dan mendakwa berat labu ini bertambah sebanyak 12.7 kg setiap hari.

Labu gergasi satu setengah kali lebih berat daripada kereta Fiat.

Labu berukurlilit 17 kaki dan seberat 1,652 paun ini telah memecah rekod di Britain dan Eropah. Rekod labu paling berat di dunia ialah 1,725 paun dan mereka ingin memecahkan rekod dunia tersebut.

Saturday, October 9, 2010

Ungkapan Cinta

Teruna : " Akhirnya inilah saat yg ku tunggu sekian lama."

Dara : " Apakah kau rela kalau aku pergi?."

Teruna : " Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran seperti itu."

Dara : " Apakah kau mencintaiku?."

Teruna : " Sudah tentu. Selamanya akan tetap begitu."

Dara : " Adakah kau pernah berlaku curang?"

Teruna : " Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."

Dara : " Maukah kau menciumku?"

Teruna : " Ya...."

Dara : " Sayangku...sudah 5 tahun kita nikah......"

*
*
*
*
*

Wah... seronok layan dorang mengungkap kata cinta...
Apakata baca mula dari bawah pulak....
Layan........

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Hari Raya Tadika Sang Kancil, Desa Rejang

Selasa lepas pagi2 lg aku dh bangun goreng mee hoon utk di bawa ke TSK. Ada majlis Jamuan Hari Raya..

Jamuan mula jam 9.30 pg, tp Aina pepagi dh sibuk suruh cepat2 siap.. Dia mmg slalu teruja bila TSK di mana dia bersekolah tu wat apa2 majlis.. Seronok agaknya dpt jumpa kengkawan. Al maklumlah kat rumah x der kawan..

Aina dengan baju merah nya..baju raya tahun nie..

Kedatangan dh amik, pas tu kena nyanyi lagu Selamat Hari Raya..

Baca doa makan..bersemangat mereka...

*

*

*


Masa utk menjamu selera

Nasi lemak & sambal telur

Selera Aina

Masa mak2 plak menjamu selera

*
*
*

Makan sudah, minum pun sudah..
Sekarang masa untuk bergambar


*

*
*

Anak2 TSK yg hadir... Sungguh ceria muka memasing..

*
*
Pakaian sedondon


*

*
*

Cikgu2 TSK Desa Rejang

Giliran mak2 plak berposing..

Beratur nk dpt duit raya...
Seronoknya mereka...

Mana tak seronoknya mereka, masa lepas makan jer mereka punya la kuat nyanyi ikut lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman yang berkumandang di radio yang dipasang...