Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, April 29, 2013

Buah Zuriat, Buah Adam dan Hawa

As Salam...

Annaz pernah menyebut mengenai buah zuriat atau buah Adam dan Hawa dalam entry yang lalu Buah Zuriat Bagi Yang Sukar Hamil. Annaz baru jer dapat 2 biji buah zuriat pemberian rakan incik hubby yang baru pulang dari mengerjakan Umrah.


Untuk kali ini Annaz nak berkongsi dengan semua mengenai kaedah penggunaan buah zuriat ini. Betul juga kata orang, memang susah nak mengerjakan buah zuriat ini. Buahnya memang keras.

Gambar-gambar kat bawah nie menunjukkan macam mana nak mengerjakan buah nie. Usaha tangga kejayaan.


Annaz dah try guna anak lesung batu untuk memecahkan buah zuriat nie. Ternyata memang keras dan melantun bila diketuk. Jadi Annaz cuba menghiris dan mengikis kulit bahagian luarnya. Macam sabut kelapa jer tapi lagi keras dari sabut kelapa.


Bila dah habis kulit luar dikikis, tibalah masa untuk memecah tempurungnya pula. Ternyata tempurung buah zuriat nie lagi keras dari tempurung kelapa. Annaz guna pisau jer untuk ketuk sikit-sikit untuk memecahkan tempurungnya.


Akhirnya, inilah buah zuriat yang telah berjaya dikerjakan. Usaha yang membuah kejayaan.


Kemudian Annaz belah isi buah zuriat tu. Isinya macam kelapa. Baunya pun lebih kurang kelapa juga tapi isinya amat keras.
 


Isi buah zuriat yang telah dibelah tu direbus sekurang-kurangnya 1/2 jam. Lebih baik direbus dalam periuk tanah. Air rebusannya macam air teh.

Hari nie masuk hari kedua Annaz dengan incik hubby minum air rebusan buah zuriat nie. Doakan usaha kami untuk mendapatkan anak kedua berjaya..
Amin....

Kaedah meminum air rebusan buah zuriat nie boleh dicari melalui Google. Banyak maklumat yang diperolehi bagaimana cara nak minum dan apa ayat atau doa yang perlu dibaca.

Caranya..

Rebus isirung buah zuriat ini sehingga airnya bertukar warna seperti air teh. Air ini hendaklah diminum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Air ini diminum suami isteri dan direbus berulangkali sehingga air rebusan berwarna putih, barulah diganti dengan buah yang baru. Air ini boleh diminum bila-bila masa.

Surah yang diamalkan semasa meminum air ini ialah Surah Al-Imran ayat 38 dan Selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.




Maksudnya, "Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhan.
Ia berkata : Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa"

Juga boleh dibaca doa untuk mendapat zuriat yang terkandung dalam Surah Al-Imran Ayat 200 dan Surah Al-Anbia Ayat 89


Semoga perkongsian maklumat ini berguna dan boleh dijadikan panduan kepada yang masih berusaha untuk mendapat zuriat. Kita hanya berusaha, selebihnya serahkan kepada Allah yang Maha Esa.

Rujukan :












No comments:

Post a Comment