Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, May 24, 2021

RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI


➡️Pada umur 20 tahun "di luar negeri" dan "kampung halaman" tiada beza (tidak kira di mana pun kita boleh menyesuaikan diri) 

➡️Pada umur 30 tahun, "siang" dan "malam" tiada beza (tidak tidur satu malam pun tak mengapa) 

➡️Pada umur 40 tahun, "berpendidikan tinggi" dan "berpendidikan rendah" tiada beza (kadang-kadang yang berpendidikan rendah mungkin lebih mewah atau kaya) 

➡️Pada umur 50 tahun, "cantik" dan "hodoh" tiada beza (walau bagaimana cantik pun semuanya sudah luntur, kendur dimakan usia)

➡️Pada umur 60 tahun, "pegawai tinggi" dan "pegawai rendah" tiada beza (sama-sama dah pencen, taraf dan status sama sahaja)

➡️Pada umur 70 tahun, "rumah besar" dan "rumah kecil" tiada beza (gout, penyakit tua, tak boleh jalan, banyak duduk dan baring sahaja)

➡️Pada umur 80 tahun, "banyak duit" dan "tiada duit" tiada beza (gigi dah takde, banyak makanan tak boleh makan) 

➡️Pada umur 90 tahun, "lelaki" dan "perempuan" tiada beza (dua-dua pun dah takde tenaga)

➡️Pada umur 100 tahun, "tidur" dan "bangun" tiada beza (lepas bangun tak tau nak buat apa) 

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhilah hidup ini dengan seadanya dan gembira. Suatu hari nanti kita semua sama sahaja tidak ada bezanya.

Thursday, June 11, 2020

KERTAS


Kehidupan ini adalah
seperti kertas.
dilipat, disimpan, dikoyak dan kemudian dibuang.

Dunia semuanya seperti kertas,
Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira..
Kerana KERTASNYA...

Kerana kertas,
manusia dipuji.
Kerana kertas,
manusia dipuja.
Kerana kertas,
manusia dihina.

Kerana kertas..
manusia terpisah,
manusia berkuasa,
manusia merana,

Sijil Kelahiran - Kertas.
Sijil Penghargaan - Kertas.
Sijil Kelulusan - Kertas.
Sijil PerKahwinan - Kertas.
Ijazah - Kertas.
Buku akaun - Kertas.
Saman - Kertas.
Tesis - Kertas.
Passport - Kertas.
Sijil perubatan - Kertas.
Jemputan kawin - Kertas.
Duit - Kertas.

Hanya satu kertas..
yang DIMILIKI seseorang
tetapi TIDAK DAPAT
DILIHATNYA sendiri...

Sijil MATInya..”

Tuesday, January 21, 2020

BAHAGIA

Apapun bisa kamu lakukan supaya membuat hidupmu lebih bahagia dengan cara yang baik.

Bahagia bukan soal hidup yang sempurna, melainkan saat kita bisa menikmati dan mensyukuri sesuatu yang telah kita terima.

Bukan kemewahan yang akan membuatmu bahagia. Tapi kesederhanaan yang akan membuatmu tampak istimewa.

Bahagia itu sederhana, ketika kamu bisa berkumpul dengan keluargamu, itu merupakan kebahagiaan yang paling besar.

Bahagia itu sederhana tersenyum bersama dan berbagi duka bersama akan menjadi hal terindah.

Bahagianya aku berada di antara kasih mereka๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜




#lovemyfamily
#kasihsampaikesyurga

Sunday, May 5, 2019

JAGA HATI SENDIRI SUPAYA TAK TERSAKITI

Kadang, bila kita dah selalu sangat sakit hati, kita akan rasa lali.

Orang sakitkan hati kita macam mana pun, kita dah biasa.

Dah tak rasa apa-apa.

Cuma nak pesanlah,

Bila berkait soal hati, jangan biarkan orang permainkan kau.

Bila dah nampak dia tak reti hargai, undur diri je lah.

Berundur bukan bermaksud kau kalah, tapi kau buat untuk jaga hati tu.

Hati kau tu pun ada satu je, takde spare tau.

Hancur satu hati, hilang semua perasaan.

Memang boleh pulih, tapi ambil masa yang lama, kan?

So, fikirlah.

Zaman sekarang ni, kalau terlalu menjaga hati orang sekeliling,

Hati kita pun orang boleh buat suka-suka hati.

Baik kau jaga je hati kau tu betul-betul dulu.
Biar kita selfish sikit.

Selfish tu kadang-kadang perlu juga, daripada kau asyik rasa sakit hati...  ๐Ÿ˜Š



Wednesday, April 17, 2019

RM50 DAN CUCUR JAWA : REZEKI ALLAH MAHA LUAS

Hari ini saya ada sedikit perkongsian pada sahabat-sahabat di luar sana. Ini kisah benar..

Saya baru sahaja memulakan hidup baru setelah mengalami kegagalan rumahtangga. Seperti yang lain juga. Memang agak sukar untuk bangkit dan memulakan kehidupan yang baru. Ditambah lagi dengan kos hidup di kota, tambang pengangkutan awam, sewa bilik, makan minum dan lain-lain.

Ada satu hari, duit di tangan betul-betul tinggal RM50 sahaja. Ikutkan dengan tambang pergi kerja, berulang alik dengan pengangkutan awam, duit untuk makan minum dan lain-lain perbelanjaan paling lama pun 3 hari je boleh bertahan.

Dalam tengah termenung, teringat dulu pernah tolong mak buat kuih cucur jawa. Teringin pulak tekak nie. Nak guna dui RM50 yang ada macam sayang tapi tekak jahat nie dah teringin.. Time2 nie juga la tekak nie buat hal. Nak tak nak guna juga la buat beli bahan-bahan cucur jawa.



Balik bilik, bancuh siap-siap dan peram dulu bancuhannya. Cukup masa, goreng. Lepas juga keinginan, tak la kempunan nanti..hehehe..

Sebelum makan tu ambil gambar dulu. Bukan senang-senang nak buat. Dah la payah nak jadi bentuk "UFO".. Bergigi di tepi, kembung di tengah-tengah.. Pastu macam biasa la kan.. Update di FB, status whatsapp, IG..hehe.. Korang pun buat gak kan?

Alhamdulillah.. Tak sangka mendapat like dan komen yang banyak dan memberangsangkan.. Bukan setakat like dan komen, saya mendapat tempahan cucur jawa. Pertama kali saya dapat tempahan 80 keping kuih cucur jawa.

Gembira dan teruja sebab dapat tempahan dan rezeki yang tak disangka-sangka. Dalam masa yang sama hati risau takut kuihnya tak menjadi. Rasa memang tip top.. Rupa kuih tu takut tak jadi apa..hehe.. Terus call mak bagi tau perkara nie. Mak tumpang gembira tapi dalam masa yang sama dia risau seperti saya juga. Tawakal je laa.. Rezeki sudah di depan mata..

Malam tu bancuh tepung, peram, pagi seawal jam 4 dah bangun goreng cucur jawa. Alhamdulillah, semua menjadi. Siap packing, mandi dan siap-siap untuk cod dan masuk keje.

Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat duit yang RM50 tadi bertahan sehingga dapat gaji. Tempahan yang diterima tak putus-putus. Ada customer yang repeat order..

Apa yang nak saya kongsikan di sini, rezeki Allah maha luas... Berusahalah untuk mendapatkannya.. Bangkitlah dari kegagalan dan jangan berputus asa.

Jangan sedih jika kamu gagal. Hidup ini perjalanan. 

Jika kamu jatuh, bangun kembali. Jatuh lagi, bangun lagi dan lagi. Jangan pernah berputus asa.

Rezeki tak salah tempat tak salah alamat. Cuma belum masa yang tepat.

*UNTUK RENUNGAN*

Walaupun rezeki kita tidak mewah sederhana sahaja

TAPI JIKA KITA BERSYUKUR

Inya Allah kita akan rasa cukup dan allah akan tambah lagi
ALLHAMDULILLAH




SELALU ADA

*HARAPAN itu selalu ada.
*Bagi mereka yang selalu BERDOA.

*JALAN itu selalu ada.
*Bagi mereka yang selalu BERUSAHA.

*KETENANGAN itu selalu ada.
*Bagi mereka yang selalu REDHA.

*Satu perkara yang membuatkan kita GEMBIRA adalah CINTA.

*Satu perkara yang membuatkan kita BINASA adalah PUTUS ASA.

*Satu perkara yang membuatkan kita PERCAYA adalah SETIA.

*Satu perkara yang membuatkan kita BERJAYA adalah USAHA.

*Satu perkara yang membuatkan kita BAHAGIA adalah TAQWA.

*Satu perkara yang membuatkan kita WAJA adalah DOA.

๐Ÿ‘INSYAA ALLAH


Saturday, September 1, 2018

ISTIMEWANYA WANITA DICIPTAKAN

Berdiri bulu roma bila membacanya..

"Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, 
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Allah ???"     

Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".   
 
 Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."     
"Untuk apa???", tanya malaikat. 
 Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,


Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. 
 
 Allah S.W.T berfirman:         
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."     

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "   

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya." 

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."   
"CINTANYA TANPA SYARAT".

Allahuakbar... specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi, mak, mama, ibu.... dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita. ๐Ÿ‘๐Ÿ˜˜
๐Ÿ’šTAHNIAH KPD SEMUA WANITA

#copypaste