Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, May 8, 2010

Berpantang maut sebelum ajal

Berpantang maut sebelum ajal. Adik Adif Hakimi berusia 2 tahun (dalam bulatan merah) ditemui ibu dan bapanya dalam keadaan tertonggeng dalam baldi selepas masuk ke tandas tanpa disedari. Adif sudah tidak bernafas dan lemas hampir 15 minit dalam baldi yang setinggi paras lutut orang dewasan telah bernafas kembali walaupun doktor hanya memberi harapan lima peratus untuk menyelamatkan mangsa.

***Pengajaran kepada kita semua jangan biarkan anak-anak kita berbuat sesuatu di luar pengawasan kita..



Selamat Hari Ibu Untuk Emak Tersayang







Ini doa anakanda buat ibu yang paling aku cintai..juga buat para ibu yang lain..amin...






Selamat Hari Ibu diucapkan untuk semua para ibu di dunia..Semua orang ada ibu, emak, ummi, mummy, mama dan apa jua panggilan buat seorang ibu yang melahirkan dan membesar kita. Begitu juga diriku, cuma diala satu-satunya ibu yang aku ada di dunia yang selama ini sanggup berkorban semata-mata untuk membesar anak-anaknnya. Keluarga ku bukanlah dari golongan orang-orang yang senang, tapi kami adik-beradik tak pernah kesempitan.

EMAK YANG BERBAJU HIJAU


Inilah cahaya mata ayahanda bonda. Keluarga ku besar. Anak ibu semuanya 12 orang. Tapi walaupun hidup sederhana kai bahagia hidup bersama mu ibu...Hingga kini segala jasa-jasa mua akan ku kenang selagi hayat dikandung badan..Ketika ini ingin sekali anakanda pulang untuk memeluk dan mengucup pipi mu untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU....

Adakah Kita Telah Kembali Ke Zaman Jahiliyah

Memandangkan macam-macam perkara yang terjadi dalam masyarakat moden hari ini, tetiba teringat kembali masa sekolah dulu pernah belajar tentang zaman Jahiliyah nie...Bila direnungkan kembali apa yang berlaku pada hari ini, dalam dunia yang semakin maju ini tak ubah seperti zaman itu...

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial.

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin..." (Surah al-Maa’idah:50)
Antara yang dapat kita lihat pada hari ini ialah : -

Kes Pembuangan Bayi
Seperti apa yang kita tahu, pada zaman Jahiliyah setiap anak perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup. Apa yang terjadi dalam masyarakat yang serba maju ini kes pembuangan dan pembunuhan kanak-kanak sering dipaparkan di dada akhbar. Tetapi hari ini bukan setakatbayi perempuan sahaja malah bayi lelaki pun menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Penderaan dan Penganiayaan Terhadap Kaum Wanita
Di zaman Jahiliyah, wanita dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah dan sering bertukar-tukar isteri. Pada hari ini kita sering terdengar kaum wanita yang menjadi magsa kekejaman. Isteri disimbah asid, isteri ditikam, dipukul, tak kurang juga yang dibunuh kejam. Walaubagaimana pun diucapkan setinggi terima kasih kepada Menteri KPWKM Pembangunan Wanita, YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil yang tidak putus-putus berusaha dalam mempertahankan hak-hak wanita.

Keciciran Dalam Menuntut Ilmu Pengetahuan
Apa yang saya dapat lihat pada hari ini, terutamanya mesyarakat Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar, ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran, walhal ilmu itu amat penting kerana anak-anak merekalah yang akan menjadi pelapis pemimpin-pemimpin negara kita pada masa akan datang. Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang sekiranya masalah ini berlanjutan.

Hubungan Seks Sejenis
Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.

Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud,

“ Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? ”

Ayat 81 bermaksud,

“ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.
Itulah juga yang berlaku pada hari ini samada kita sedar atau pun tidak, masyaallah...

Rompakan Dan Kecurian
Banyak perbuatan jenayah yang sering berlaku pada ketika ini. Orang sengau pun ada geng sendiri (Geng Sengau). Rompak bank, rompak kedai emas, ragut, culik dan sebagainya.

Bila ini akan berakhir, kita pun tak tahu. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Tuhan akan sentiasa mamberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk hambaNya yang taat..

* Saya hanya nak berkongsi apa yang saya tahu..kalau apa fakta yang salah atau silap pada pandangan GB harap maaf

Omelan pagi Sabtu

Pagi nie cuti tak kerja. Tak de apa nak buat..kemas rumah sikit-sikit sambil-sambil tu layan belog aku ini..Suami tercinta dah pergi kerja. Tinggal la aku dua beranak...Perut dah berkeroncong. Anak dah mengadu lapar..Nak turun beli sarapan malas la pulak.. Tiba-tiba terdengar dari luar "Naaa...si...le..mak..., ku..ih..kuih"..Pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorong bantal..ha..ha..ha..tak payah susah-susah turun beli sarapan..Beli nasi lemak dengan kuih..Kesian tengok budak tu jualan nasi lemak dan kuih pagi-pagi..ada masa malam pun dorang datang jualan makanan. Tolong orang susah tak rugi...

Bekas penggali kubur cipta keranda jadi kereta

Seorang bekas penggali kubur di Britain, Phil Bissett telah membina sebuah kereta satu tempat duduk berkelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan keranda sepanjang dua meter, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Warga emas yang berusia 60 tahun telah membeli keranda besi buatan tangan seberat 75 kilogram itu dengan harga £98 (RM470) melalui laman web lelongan eBay dan menamakan kenderaan ciptaannya Holy Smoke yang bermaksud kejutan. Kereta ini mempunyai enjin berkapasiti 1300 cc dan kelajuannya pula mencecah 160 km/j.

Pelik tapi benar... Kreatif kan..?

Friday, May 7, 2010

Teh hijau untuk kanser payu dara

Banyak produk yang berasaskan teh hijau boleh kita dapati di pasaran. Tapi kita kurang arif tentang khasiat yang terkandung dalam teh hijau ini. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal of Cellular Biochemistry membuktikan bahawa amalan meminum teh hijau dapat mengecilkan saiz tumor wanita yang menghidap kanser payu dara.

Kajian Fakulti Perubatan, Universiti Boston, Amerika Syarikat juga mendapati kandungan folifenol yang tinggi dalam teh dapat meneutralkan radikal bebas penyebab kanser.

Folifenol bukan sahaja menjadi musuh kepada kanser payu dara, malah dapat mengelakkan risiko kanser pankreas, hati, paru-paru dan usus besar.


Thursday, May 6, 2010

Aaarrggggghhhh....tensen...


Tensen giler....PC aku buat hal lagi..virus merosakkan segalanya...kerja aku selama 4 bulan nie hilang, ghaib tak dapat cari lagi....bengang..bengang..bengang...nasib baik bulan Jan hingga Mac dan print out...Malasnya nak kena taip balik....tulun..tulun..tulun..!!!!