Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Sunday, June 13, 2010

Takziah buat keluarga di Singapura

Berita sedih menyayat hati di terima pada hari Khamis lepas amat mengejutkan keluarga kami..
Berita Pak Long n Mak Long meninggal dalam kemalangan di Terengganu bersama amahnya

Dua cucunya Taufik Hidayat n Nor Istihara di tempatkan Hospital Kuantan kerana mengalami kecederaan

Kemudian terima berita Nor Istihara meninggal dunia...

.

.

.

Dari KL turun ke Negeri Sembilan dalam cadangan ke Singapura..

Tak jadi sbb jenazah ada di Hospital Kemaman n Kuantan..

.

.

.

Kami hanya melawat jenazah di hospital di Malaysia sahaja..

Taufik di transfer ke hospital di Singapura

Kepada Kak Ana, Abg Hidayat n Taufik..

Takziah buat kalian..

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

Aminn...



Wednesday, June 9, 2010

Buah Zuriat bagi yang sukar hamil

Comelnya baby nie....mmm..teringin nak beranak kecik lagi bila tengok kecomelan dan keletah baby yang baru lahir....

Kepada yang senang hamil, memang tak de masalah...tapi kesian kepada yang sukar nak hamil nie...tercari2 petua nak kasi ada baby dalam perut..

Ada yang pergi jumpa pakar kat sepital2 kerajaan mahupun swasta, ada yang jumpa bidan untuk urat, ada yang try berbagai2 produk kesihatan..pendek kata macam2 cara lah...

Pernah tak kengkawan dengar tentang BUAH ZURIAT...baru tau sbb ada kawan nie pun ada masalah untuk hamil...so dia nak syer le dengan kengkawan yang sewaktu dengan nya....

Inilah rupanya buah zuriat tu
Baru dapat kawan bagi...Tq Fina...

Ada gak terbaca kat laman web tentang buah zuriat nie... Buah nie dikatakan berkhasiat untuk tujuan mendapatkan zuriat. Buah nie nak dapat mmg susah.. Buah zuriat boleh didapati di Mekah dan Madinah. So, klu ada sesapa berhajat bleh la kirim pada saudara mara, sepupu sepapat, atuk nenek, sahabat handai yang pergi ke sana...

Ada juga yang mengatakan buah zuriat nie adalah buah dari pokok kokka yang dijadikan bahtera Nabi Nuh.

Menurut kawan yang bermurah hati bagi sebijik buah nie kata makan sblm subuh, istifar 100 kali, selawat 10 kali dgn niat untuk mendapat zuriat yg sempurna.... Ada yang kata rebus dan minum airnya...nie yang nk cari cara makan yang terbaik...

P/s : - klu ada sesapa yang pernah makan atau ada petua nak guna bleh la bg komen & tips...


Tuesday, June 8, 2010

Sekentut punya hal...

Hari nie Miss Annaz tukar profesion jap...Nama jawatan tak tau..

Pepagi ada la dua tiga hamba Allah kat opis nie bersembang dari satu topik ke satu topik...Dari citer kelakar, serius, kelakar balik..

Yang jadi mangsa aku la...Entah kenapa tetiba jer aku kena jadi Pegawai Penerangan bab pokok2 nie...Nasib baik aku orang kampung..terpaksa la layan mereka2 yang memang duduk kat bandar nie...

Mula2 dari buah 'genuak' (kerdas)..ada yang tak tau...Pas tu daun sekentut..puas gak nk terangkan..al maklum la...mereka pun tak pernah tengok...apa lagi tanya la kat Mr google..(....tq Mr. Google...he..he..he..)...


Pokok Sekentut
...(ikhsan dari Mr. Google)...

Haa...dah jumpa..tengok la puas2...Tq skali buat Mr. Google yang baik hati...Disebabkan aku dah penat layan dorang nie tak sudah2 suh cari gambar pokok tu la...pokok nie la...aku pun klentong la..Aku cakap pokok nie bunga nya akan keluarkan asap bau macam kentut...sbb tu dipanggil Sekentut..ha..ha..ha..dorang percaya...

Last skali aku cakap, satu pokok jer yang aku tak leh nak tunjuk...

Nak tau pokok apa?....

Jawab nya...

"POKOK DEK KAU LAH..."

Monday, June 7, 2010

Mee Hoon Hongkong

Sesekali pekena Mee Hoon Hongkong pun sedap gak...Dah lama tak buat dah masakan nie.. Terlanjur tu nak kongsi la dengan kengkawan semua macam mana nak masak mee hoon nie.. Mesti ada yang lagi pakar masak mee hoon nie. Nie masak style saya plak...

Bahan-bahan dia : -

Dah tentu la bahan utamanya mee hoon

Mee Hoon rendam semalaman sampai lembut

Rencah dia boleh letak apa yang kita suka.. nak sedap letak daging, seafood, fishball..
Klu ayam rasanya kurang skit la kot...

Sayur sawi.

Cili besar dihiris, daun sup dan daun bawang untuk tabur.

Bahan penumisnya bawang besar/merah, bawang putih, sedikit halia. Blend semua.
Satu lagi serbuk lada sulah ataupun ada yang guna lada hitam.

Cara nak masak

Panas minyak, tumis bahan yang di blender hingga kuning dan naik bau..


Then, masuk rencah2 tadi. Masa nie bleh la letak serbuk lada sulah/lada hitam.
Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Nanti tawar tak leh nk makan ...agak2 jer la....

Masukkan sawi

Masukkan pulak mee hoon yang dah direndam tadi kacau rata.

Kemudian masukkan cili besar yang dah dihiris2 tadi..

Haa...dah siap pun...tabur daun sup dan baun bawang yang dah dipotong2..

Nak lagi enak makan dengan sambal kicap..
Mmmm...ada masa cuba la masakan nie....


####....SELAMAT MENCUBA....>>>>

Contest Nota Cinta Nestle Coffee-Mate

Hai, rakan2 di luar sana...dan try ker Contest Nota Cinta anjuran Nestle Coffee-Mate?...

Jom arr...bukan susah pun..mana tau bleh dapat hadiah utama...Pakej Percutian ke Bali...tak nak lagi ker...jangan bertangguh lagi..

Saksikanla video NOTA CINTA yang meruntun perasaan anda..
Dan jangan lupa join contest tu, yer...

Selamat mencuba...



Sunday, June 6, 2010

Selamat Pulang Wira Malayisa

12 orang sukarelawan yang ditawan tentera rejim Zionis ketika menghantar bantuan kemanusiaan ke Ghaza telah pun selamat pulang ke tanah air.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki, Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan kemanusiaan seperti perubatan telah diserang oleh tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan, kebanyakannya rakyat Turki, terbunuh.

Kepulangan mereka telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai dari Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.

Disamping kegembiraan menyambut kepulangan sukarelawan negara itu, ia juga dapat memberi gambaran mengenai kekejaman tentera Israil. Kita dapat menilai bagaimana situasi sebenar mengikut perspektif atau pandangan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia..

Semoga Malaysia dapat mengekalkan kemerdekaan dan keamanan yang telah kita kecapi sehingga kini

...saksikan...

Thursday, June 3, 2010

Novel yang baru habis dibaca

Novel : Kuseru Namamu
Pengarang : Ilani Mysara
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd

Novel yang covernya gambar seorang wanita berpakaian ala-ala srikandi ni lama dah jadi hak milik aku..tapi baru kini abis baca..kadang2 keboringan tahap tapir + bluehyppo membuat aku dah membaca beberapa kali tapi tak abis2 menelaah novel nie...

Novel yang menceritakan kisah perjuangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang dewi dalam menamatkan sumpahan nenek moyangnya. Pelbagai dugaan yang dihadapi melibatkan pengorbanan cinta dan airmata dalam perjuangan untuk melunaskan sumpah yang berkurun lama menghantui keturunannya.

Memang boring nak baca kepada yang tak berminat dalam kisah2 bangsawan nie..boleh sawan nak mengabiskannya... Kisah selanjutnya baca la sendiri yek.. klu nak cerita kat sini sampai esok pun tak habis...