Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, July 31, 2013

Iklan Raya 2013 JKKN Sabah - Kasut Buruk

Iklan Raya 2013 dari JKKN Sabah ini amat menyentuh perasaan dimana seorang murid yang daif bersemangat meneruskan persekolahannya...

Filem pendek ini Annaz tengok melalui Facebook yang telah dishare oleh rakan. Jadi, Annaz tertarik untuk berkongsi dengan anda semua. Filem pendek ini harus dijadikan tauladan kepada anak-anak yang masih dibangku sekolah. Walaupun adalah serba kekurangan, kita masih boleh berusaha mencapai kejayaan...



Sunday, July 28, 2013

JAHIT - Iklan Raya Petronas 2013

Tersentuh hati melihat ketabahan dan pengorbanan seorang ibu..
Teringat akan ibu Annaz di kampung..
Terima kasih ibu kerana membesarkan kami adik-beradik dengan sempurna...








Terbakar...

Tragedi yang mencemaskan. Semalam mak mertua sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Mak mertua Annaz memang suka memasak. Tak boleh lawan kalau dia masak. Cepat dan pantas, yang penting sedap..

Semalam ramai ada kat rumah dia. Adik lelakinya dari Singapura, Annaz 3 beranak, adik ipar suami isteri, abang ipar 5 beranak termasuk yang 3 lagi sedia ada kat rumah tu.. Macam-macam yang dimasaknya..Nasi Ayam, sayur campur, sambal ikan tenggiri dan macam-macam lagi lah..

Tapi tragedi berlaku dengan pantas. Annaz baru jer beredar dari dapur ke ruang tamu untuk panggil incik hubby. Tetiba terasa bahang jer kat belakang nie. Bila Annaz toleh kebelakang, kelihatan mak mertua tengah mengibas api yang tengah marak. Annaz panik seketika coz tak pernah melalui situasi yang macam tu..


Apalagi, Annaz jerit la kat dorang yang tengah rancak berbual dan ada yang melayan anak buah main game.. Nasib baik ramai kat rumah tu.. 

Akhirnya api berjaya dipadamkan dan mak mertua pun dapat dapur gas yang baru...

Thursday, July 25, 2013

Duit Raya dari Nuffnang..

As salam...

Syoknya hari nie. Setelah sekian lama akaun tak bergerak, akhirnya berganjak juga jumlahnya..
Adakah ini duit raya tahun nie dari Nuffnang?
Nanti Annaz fikirkan...


Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga untuk incik Nuffnang..

Sudoku, Uji kecerdasan minda..

Hari nie saja-saja nak nak uji kecerdasan minda disaat sedang berpuasa nie. Kebetulan hari nie keje kat opis nie tak banyak. Dari duduk-duduk bersembang yang bukan-bukan baik duduk layan Sudoku..


Annaz tak mahir sangat dalam permainan Sudoku nie. Saja suka-suka. Pening juga kepala..memang saja cari penyakit..

Sedikit pengenalan mengenai Sudoku :-

SUDOKU adalah sebuah permainan yang dapat mencerdaskan minda kita. Sudoku juga dapat mempertajamkan daya pemikiran serta dapat menambah minat terhadap angka seterusnya pelajaran Matematik.

Sudoku juga mewujudkan minat untuk kita cuba dan terus mencuba untuk menyelesaikan permainan ini tanpa berasa jemu..

...memang pun..masuk permainan ketiga, dari tadi asyik terpadam-padam. Ada je yang tak kena.

Korang pun boleh cuba main Sudoku nie..

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan Giveaway by Nina Shukri


Klik banner di atas untuk lihat syarat penyertaan.

Tarikh tutup : 30 Julai 2013

cepat-cepat join...

Saturday, July 20, 2013

Anakku memang selamba...

Anakku Aina adakalanya suka bermain sendirian. Maklumlah dia pun anak tunggal, belum punya adik. Tapi, dia juga suka berkawan janji jangan yang terlalu lasak. Dia susah skit nak masuk 'line'.

Aina nie juga sikapnya selamba jer. Tak peduli sekeliling, janji keinginannya tercapai. Ada sesuatu yang amat-amat selamba yang dia lakukan. Masa tu kami bercuti di Golden Palm Tree Resort Sepang. Nak mandi kat kolam tak boleh sbb pakaian tak sesuai. Oleh kerana dia suka sangat main air, kami bawa dia main-main di tepi pantai.

Kebetulan masa tu ada orang tengah shooting. Tak pasti la, drama ke apa. Pelakonnya macam filem tamil, tapi cakap macam hindustan pun ada. Aina dengan selambanya tak berganjak pun dari situ sedangkan budak-budak lain dah bangun. Dia tengok lagi ada...




Masa nie ada lagi la budak yang sama-sama bermain pasir di tepi pantai tu...walaupun sendirian tetapi tetap seronok dan leka bermain pasir di gigi air.

Akhirnya tinggal dia jer kat situ sebab budak-budak lain dah berganjak ke tempat lain. Aina siap boleh tengok lagi orang tu shooting. 


 
  
   


Kalau dah dapat apa yang dihajati, dipanggil pun dia buat tak tau jer. Apa nak jadi pun jadilah. Bila dipanggil dia tak mau berganjak..



Kelakar pulak tengok gelagat dia..tak apalah janji dia bahagia...