Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, December 13, 2010

RUMAH UNTUK DISEWA

Salam semua...

Miss Annaz nk wat iklan jap...bukan iklan ubat kurus ataupun iklan ubat nyamuk...
Tapi nak iklankan pasal rumah sewa...

Miss Annaz tengah penin2 kepla nk cari orang nk sewa rumah.. Ada ke sesapa yg dok tengah mencari2 rumah untuk disewa?

Rumah yang nk disewakan tu di Pangsapuri Mutiara Magna, Kepong,
  • Rumah dah reno. Tile satu rumah. Dapur ada table top.Kipas, lampu siap pasang.
  • Ada lif
  • Terletak bersebelahan Jusco Metro Prima Kepong
  • Berdekatan Carrefour Kepong
  • KTM station (kepong sentral), bus stop station,
  • Easy access to KL, Highway DUKE etc.
  • Seven Eleven, laundry shop, mini market, laundry shop, car park and playground.

Saturday, December 11, 2010

24 jam "dikurung" dalam blok ais


SPITTAL, Austria - Satu rekod baru dunia dicatat kelmarin oleh seorang ahli silap mata, Klaus Fox yang masih hidup selepas dia 'dikurung' di dalam blok ais selama 24 jam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sepanjang aksi itu, Fox menyimpan sebuah telefon bimbit bersamanya bagi menghubungi teman wanitanya, Sabrina Pichler, jika berlaku kecemasan.

Rekod dunia sebelum ini turut dicatatnya dengan masa lapan jam.

Fox dan kekasihnya berharap untuk mengumpulkan dana untuk Tabung Anggota Bomba dan Penyelidikan Kanser melalui aksi cemas berkenaan.

Tuesday, December 7, 2010

Edit Foto Contest

Salam..

Miss Annaz tertarik dengan satu contest nie, anjuran dari Qaseh Dalia Adelia.
Tak dapat tag dari sesapa pun. Hanya tahu dari blog seorang rakan blogger nie.. Gadis Kampung

klik banner contest utk melihat syarat2nya...

Contest nie nampak menarik. Jadi Miss Annaz mmg sangat2 berminat nk join.


Yang nie gambar asal yang belum diedit lagi


Inilah hasilnya gambar wajah Miss Annaz setelah diedit dengan menggunakan Photoscape. Miss Annaz bukan slalu wat keje edit-mengedit gambar nie. Cuma ini yang terbaik yang pernah di hasilkan.

Rasanya klu sesuatu yang menarik baik dikongsi dengan orang lain. So kat sini Miss Annaz nk tag contest nie kat :-

Sunday, December 5, 2010

Tersenarai dalam featured post

Entry Miss Annaz bertajuk "Tasik 'darah' ditemui di Sumatera Selatan" tersenarai dalam Featured post. Miss Annaz berterima kasih di atas "nanged" rakan2 blogger yang sudi berkunjung ka blog Miss Annaz.



Selalunya entry Miss Annaz jarang tersenarai dalam Featured Post. Klu ada pun dalam tempuh masa yang agak lama. Untuk entry nie dalam masa 38 minit jer dah dapat 6 nangs.

Tq kan blogger smua..Miss Annaz akan berkunjung ke blog anda juga..

Tasik ‘darah’ ditemui di Sumatera Selatan


Sumatera Selatan - Merah bak darah! Itulah warna permukaan sebuah tasik seluas enam hektar yang ditemui sekumpulan penduduk tempatan dan peminat paranormal di Pagar Alam di sini, lapor akhbar Kompas semalam.

"Kami bersama rombongan 21 orang melakukan ekspedisi di kawasan Rimbacandi dengan menyusuri tebing, hutan, dan bukit bukau selama dua hari untuk sampai ke lokasi tasik merah itu," kata Asmidi, seorang penduduk tempatan.

Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.

"Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan," kata Asmidi.

Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya.

Thursday, December 2, 2010

Si montel Giuly

Jatuh hati melihat kegebuan di montel Giuly. Lihat sahaja foto2 di bawah nie...

Giuly seekor kucing betina seberat enam kilogram menjadi sensasi di Internet setelah pemiliknya, Chiara Bagnoli, 28, memuat naik gambar kucing itu di laman web peribadinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Si montel Giuly yang berusia lima tahun itu mendapat perhatian pelayar Internet dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Kucing yang dibeli di sebuah kedai haiwan itu tidak kuat meragam.

Kucing itu sentiasa mengekori ke mana sahaja Chiara pergi seperti tabiat seekor anjing.

"Ia agak suka bermain tetapi sangat pemalas. Ia suka bersiar-siar dan memeluk pokok," kata Chiara.

Wednesday, December 1, 2010

Contest : JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG

Salam...

Miss Annaz tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh GaDis KaMPuNg. Saja nak join..Ganjaran pun menarik. Bukan senang orang nak bagi...


Create your own banner at nukilangadiskampung.blogspot.com!


Yang paling menariknya, suami tersayang dia yang sponsor hadiahnya...wahhh..dapat sokongan penuh dari hubby tersayang nampak...

Syarat-syarat penyertaan

  1. Jadi follower blog GaDis KaMPuNg & nyatakan anda follower ke berapa.
-Dah follow...Miss Annaz Follower ke 457.

2. Buat entry di blog korang yang bertajuk JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG. Klu bleh citer skit pasal blog GaDis KaMPuNg

- Sudah wat entry. Citer pasal blog penganjur jap lagi...

3. Nyatakan dari mana korang tahu pasal contest ini. (nyatakan url@alamat blog orang yang memberitahu mengenai contest ini).

- Miss Annaz tahu pasal contest ini ketika membuat kunjungan balas ke blog seorang follower yang meninggalkan komen untuk entry Miss Annaz yang tajuk REDAH AKU DAN KAU PUNYA - oleh Ben Ashaari. Beliau ialah nurazzah8.


Masa berkunjung ke blog beliau Miss Annaz tinggalkan jejak di ShoutMix dan ternampak pesanan yang ditinggalkan oleh GaDis KaMPuNg supaya join contest nie. So, walaupn tak dijemput, Miss Annaz tanpa rasa segan silu dan rasa yang tak bersalah nak jugak join contest nie. Panjang lebar sungguh penerangan...

4. Bila dah buat entry sila tinggalkan komen berserta dengan url entry anda...dah
5. Letak banner beliau di sidebar anda...juga sudah

Apa lagi yang tertinggal agaknya..??

Ok, nak citer skit pasal blog penganjur contest nie..

Miss Annaz rasa blog nie cantik, kemas dan sedap mata memandang. Agak popular la jugak sbb follower pun dah sampai ke 457 orang..yang last Miss Annaz la...Kira best la dapat berkunjung ke blog penganjur contest nie...

Akhir sekali pasal hadiahnya.. seronok citer bab hadiah dan ganjaran..Ye la..sapa yang nak join contest kalau tak nak merebut hadiahnya..

Hadiahnya berjumlah RM 101.00 akan diberikan kepada peserta yang paling banyak mempromosikan contest ini...

Selamat mencuba nasib...