NuffnangX
Wednesday, February 23, 2011
Kapten "Apeq"...

Apeq dh naik pangkat..
Apeq dh jd Kapten..
Kapten Apeq...
Tu dia..
Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol kebangsaan telah dilantik menjadi Kapten skuad negara bg Kempen Kelayakan Olimpik 2012.
Apeq bakal memulakan tugas sulungnya sbg Kapten apabila Malaysia turun berdepan dgn Pakistan pd aksi pertama pusingan pertama di Stadium Shah Alam.
Semoga Apeq dapat menjalankan tugas barunya dengan baik...

Monday, February 21, 2011
GA : 1st GIVEAWAY Sayangku Faish
"1st GIVEAWAY Sayang Faish itu sendiri.
Dah lama tak join sebarang GA, so apa salahnya Miss Annaz memenuhi jemputan dari Faish.
Syarat-syaratnya senang jer...
1. Buat satu entry tentang GA nie dengan tajuk "1st GIVEAWAY Sayangku Faish".
(letak banner GA dan link kan terus kepada blog penganjur).
2. Mesti jadi follower Faish.
3. Tag kepada 1 orang. Pastikan dorang tau dorang tu di tag..
4. Tinggalkan link entry di ruang komen di blog tuan penganjur.
Senangkan?
Untuk memenuhi syarat tuan penganjur, kat sini Miss Annaz nk tag GA ini untuk :-
"World's Biggest Family"...
Bagaimana agaknya memiliki sebuah keluarga yang besar? Pada masa sekarang tak ramai orang memiliki ramai anak.Tapi lain pula ceritanya dengan seorang lelaki India, Ziona Chana. Beliau memiliki 39 isteri, 94 anak, 14 menantu perempuan dan 33 orang cucu. Keluarga ini dipercayai merupakan keluarga paling besar di dunia.

Ziona Chana tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah empat tingkat yang terletak di bawah bukit di kampung Baktwang, Mizoram. Rumah itu mempunyai 100 bilik.
Untuk makan satu malam sahaja, sebanyak 30 ekor ayam diperlukan untuk dijadikan juadah disamping 60 kilogram kentang dan 99.79 kilogram beras.
Keluarga itu diselia dengan disiplin seperti tentera. Isteri yang paling tua akan memastikan madu-madunya melakukan kerja-kerja rumah. Sistem keluarga ini dikatakan berasaskan kasih sayang dan saling hormat menghormati.
Chana merupakan ketua ajaran yang membenarkan ahli-ahlinya untuk mengahwini seramai mana isteri yang mereka mahukan. Dia sendiri pun pernah berkahwin sebanyak 10 kali dalam setahun. Sehingga kini, Chana mengaku tidak pernah berhenti mencari isteri yang baru. Untuk mengembangkan ajarannya, beliau sanggup ke Amerika Syarikat (AS) untuk berkahwin.
Info : Kosmo
Gambar diambil dari whatonsanya.com
Tuesday, February 15, 2011
Rawat Rekahan Tumit Kaki
Rekahan di bahagian tumit kaki sering terjadi terutama di kalangan kaum wanita. Kulit yang kasar, keras dan merekah itu kadangkala menimbulkan kerisauan dan kurang enak dipandang. Terdapat pelbagai produk di pasaran yang boleh didapati untuk merawat rekahan tumir kaki. Namun begitu ia boleh juga dirawat menggunakan kaedah semulajadi.
Buah mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan dan kecantikan. Buah mengkudu juga boleh digunakan untuk merawat rekahan tumit kaki.
Caranya, bersihkan kaki anda. Gosok tumit kaki yang pecah dengan alat untuk membuang kulit-kulit mati yang boleh didapati dipasaran. Kemudian gosokkan buah mengkudu yang telah dipotong ditumit kaki anda. Lakukan selalu untuk mendapat tumit kaki yang cantik. Selamat mencuba...
Thursday, February 10, 2011
Cuti-cuti di Pulau Langkawi
Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina yang panjang, aku bersama suami tercinta dan puteri kesayangan pergi ikut rombongan ke Pulau Langkawi. Belum pernah menjejak kaki ke pulau lagenda Mahsuri tu..excited rasanya.
Pada 2 Februari 2011 seawal jam 10.00 mlm, kami menaiki bas menuju ke Pulau Langkawi. Yang paling seronok, Aina la..Jalan2 mmg kesukaan dia...Sampai di Jeti Kuala Perlis kami terpaksa menunggu sbb feri pukul 10.00 pagi...Apa2 pun kami isi perut yang dah berkeroncong...
Suasana di jeti penuh sesak. Semua nk menuju ke Pulau Langkawi menghabis waktu cuti panjang. Bila dah naik feri lega rasa hati dapat melepaskan diri dari kesesakan tempat menunggu di jeti itu. Di Pulau Langkawi kaki menaiki bas menuju ke tempat penginapan. Hotel Budget di Pekan Kuah. Terkilan juga sebab pada awalnya kami dimaklumkan akan menginap di chalet yang tempatnya tak dimaklumkan pulak.
Hari pertama sampai, tiada sebarang aktiviti. Kami naik ke bilik masing-masing tidur aja. Melayan mengantuk tak tidur dalam bas. Bangun tidur call kawan ajak keluar jalan2. Kat belakang hotel ada Pasaraya Sakan dan ada Kamdar. Sekadar tengok2 jer...
Sebelah malam plak, kami ronda2 kat bazar kat Pekan Kuah. Meriah gak la bazar tu. Habis tu, kami singgah di Hj. Ismail Group beli coklat.. Mmg dah jd kemestian, bila ke Langkawi mesti beli coklat dan pinggan mangkuk. Orang kata kat sini coklat murah. Mmg pun jika nak dibandingkan sekiranya kita beli di mana2 pasaraya. Borong...borong...
Penat2 berjalan, singgah minum di kedai makan masakan Thai..Harga bleh tahan..ha..ha..ha..Balik ke bilik meluruskan kaki dan melelapkan mata sbb esak pukul 8.00 pagi dan nk pergi ronda2...
Keesokan hari, tempat pertama yang dituju ialah tempat pembuatan minyak gamat, MH Saujana.

Ada yang pilih2 ubat, ada yang amik kesempatan merasa uratan dengan minyak gamat, ada yang mencuba rasa air ubat yang disediakan. Aku sempat jugak menjengok dapur tempat membuat minyak gamat.

Habis itu, kami singgah pula kat tempat menjual kain batik dan juga tempat menjual ikan bilis. Dorang pun apa lgi borong jer apa yang ada. Sesekali berbelanja lebih. Aku cuma beli 2 peket anak sotong kering. 3 beranak jer yang nak makan.
Kemudian kami di bawa melawat Makam Mahsuri dan sekitarnya.
Lagenda Mahsuri memang masyhur. Dimana seorang wanita bernama Mahsuri menjadi korban fitnah hasutan manusia yang dengki dan iri hati. Sumpahannya menjadi nyata dimana Pulau Langkawi menjadi hancur dan musnah selama 7 keturunan. Walaupun ianya hanya lagenda, namun kesan2 yang ditinggalkan cukup menjadi pengajaran pada mereka yang mahu mengambil iktibar dari
peristiwa itu.

Lokasi seterusnya Beras Terbakar.
Kawasan beras yang terbakar itu berdekatan dengan rumah milik Ku Halim bin Ku Hassan. Pada hari ini tiada lagi kelihatan beras2 yang terbakar hanya kawasan kecil berpagar yang ditumbuhi rumput2 kecil ada seperti kesan terbakar.

Kami singgah di situ agak lama kerana hari Jumaat. Yang lelaki solat Jumaat dulu, yang perempuan membeli-belah..
Setelah sudah waktu solat Jumaat kami menuju ke Langkawi Cable Car. Aku dan suami mmg dari mula teruja nak merasa pengalaman menaiki Cable Car. Tapi apakan daya setibanya di sana kelihatan barisan manusia yang amat panjang. Terkuburlah hasrat nak naik Cable Car. Masing2 mengeluh la tak dapat naik.
Lepas tu dengar mereka kata nak naik bot keliling pulau. Seronok tu. Aku dah pakat dgn kawan nk sewa bot yang sama. Satu bot RM 200 bleh syer. Tapi kecewa jugak sbb singgah kat Idaman Mahsuri lama sangat. Kata 1 jam jer. Tapi biasalah kalau dah ramai. Dorang shopping pinggan mangkuk.
Last sekali kat Dataran Helang jer. Bergambar kat sana.

Rasa macam tak puas pulak berkunjung ke Pulau Langkawi nie sebab banyak tempat tak pergi dan banyak hasrat tak tercapai. Suatu hari nanti aku pasti ke sana lagi...
Pada 2 Februari 2011 seawal jam 10.00 mlm, kami menaiki bas menuju ke Pulau Langkawi. Yang paling seronok, Aina la..Jalan2 mmg kesukaan dia...Sampai di Jeti Kuala Perlis kami terpaksa menunggu sbb feri pukul 10.00 pagi...Apa2 pun kami isi perut yang dah berkeroncong...
Suasana di jeti penuh sesak. Semua nk menuju ke Pulau Langkawi menghabis waktu cuti panjang. Bila dah naik feri lega rasa hati dapat melepaskan diri dari kesesakan tempat menunggu di jeti itu. Di Pulau Langkawi kaki menaiki bas menuju ke tempat penginapan. Hotel Budget di Pekan Kuah. Terkilan juga sebab pada awalnya kami dimaklumkan akan menginap di chalet yang tempatnya tak dimaklumkan pulak.
Hari pertama sampai, tiada sebarang aktiviti. Kami naik ke bilik masing-masing tidur aja. Melayan mengantuk tak tidur dalam bas. Bangun tidur call kawan ajak keluar jalan2. Kat belakang hotel ada Pasaraya Sakan dan ada Kamdar. Sekadar tengok2 jer...
Sebelah malam plak, kami ronda2 kat bazar kat Pekan Kuah. Meriah gak la bazar tu. Habis tu, kami singgah di Hj. Ismail Group beli coklat.. Mmg dah jd kemestian, bila ke Langkawi mesti beli coklat dan pinggan mangkuk. Orang kata kat sini coklat murah. Mmg pun jika nak dibandingkan sekiranya kita beli di mana2 pasaraya. Borong...borong...
Penat2 berjalan, singgah minum di kedai makan masakan Thai..Harga bleh tahan..ha..ha..ha..Balik ke bilik meluruskan kaki dan melelapkan mata sbb esak pukul 8.00 pagi dan nk pergi ronda2...
Keesokan hari, tempat pertama yang dituju ialah tempat pembuatan minyak gamat, MH Saujana.
Kemudian kami di bawa melawat Makam Mahsuri dan sekitarnya.
peristiwa itu.
Kami singgah di situ agak lama kerana hari Jumaat. Yang lelaki solat Jumaat dulu, yang perempuan membeli-belah..
Setelah sudah waktu solat Jumaat kami menuju ke Langkawi Cable Car. Aku dan suami mmg dari mula teruja nak merasa pengalaman menaiki Cable Car. Tapi apakan daya setibanya di sana kelihatan barisan manusia yang amat panjang. Terkuburlah hasrat nak naik Cable Car. Masing2 mengeluh la tak dapat naik.
Lepas tu dengar mereka kata nak naik bot keliling pulau. Seronok tu. Aku dah pakat dgn kawan nk sewa bot yang sama. Satu bot RM 200 bleh syer. Tapi kecewa jugak sbb singgah kat Idaman Mahsuri lama sangat. Kata 1 jam jer. Tapi biasalah kalau dah ramai. Dorang shopping pinggan mangkuk.
Last sekali kat Dataran Helang jer. Bergambar kat sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)