Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, May 30, 2013

Segmen Bloglist Setahun by Arni


Klik banner untuk join..

Tq sis Arni sebab menjemput Annaz untuk sama-sama join segmen ini..

Tag :

Video : Pengalaman Turun Dari Bukit Bendera

Kalau bercuti ke Pulau Pinang, memang tidak lengkap jika tidak singgah ke Bukit Bendera. Satu pengalaman yang menyeronokan jika dapat naik dan turun dari Bukit Bendera..

Dari atas sana boleh lihat pemandangan yang indah. Makan dan minum di atas Bukit Bendera pun sedap-sedap dan boleh tahan murah harganya.

Annaz tidak melepaskan peluang untuk merakamkan pengalaman naik train turun dari Bukit Bendera..Annaz juga telah kongsikan video nie di laman YouTube..

Layan la video nie..



Tuesday, May 28, 2013

Cuti-Cuti di Pulau Pinang - Hari Pertama


Musim cuti sekolah nie ramai yang merancang untuk membawa anak-anak makan angin. Masa nie lah nak meluangkan masa bersama keluarga dan merehatkan minda dari tekanan di tempat kerja.

Cuti sekolah kali nie, Annaz dan incik hubby telah membawa anak kesayangan kami dan keluarga mertua (sebelah suami) bercuti di Pulau Pinang. Kami memang teruja nak ke sana sebab kata orang seronok ke Pulau Pinang. Makanannya sedap-sedap.

Kebetulan hari Jumaat 24 Mei 2013 adalah cuti hari Wesak, jadi seawal pukul 5.00 pagi kami berangkat dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang. Firstly dalam kepada terbayang-bayang akan Jambatan Pulau Pinang.

Ha..tu dia Jambatan Pulau Pinang yang selama nak sangat-sangat melaluinya. Pemandangan yang memukau. Dalam kereta nie semua seronok.



Di sana, incik hubby dah booking satu unit kediaman di Apartment Sri Sari di Taman Sri Sari, Persiaran Paya Terubong. Memang susah nak dapatkan penginapan kosong di saat-saat akhir musim cuti sekolah nie. 

Disebabkan apartment belum tersedia untuk kami, lokasi pertama yang dituju ialah Taman Kota Lama yang terletaknya betul-betul di hadapan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Di situ juga terdapat Fortwallis berbentuk bintang yang terletak di Timur Laut Pulau Pinang. Dibina oleh Kapten Francis Light pada tahun 1986 dengan menggunakan kayu nibong serta meliputi kawasan seluas 417.6 kaki persegi. Ia dinamakan sempena Gebenor Jeneral India pada masa itu.Tapi kami tak masuk pun kat Fortwallis tu. So tak ada gambar yang nak dikongsi bersama.


Pemandangan persisir pantai berhampiran memang menarik. Ombaknya kuat sehingga air laut memercik naik ke siarkaki. Alamatnya kalau tak berhati-hati, anda akan kebasahan. Masa kami sedang menikmati pemandangan laut nan luas tu, ada la satu group family dan anak-anaknya turut sama lepak di situ. Tetiba ombak kuat sehingga memercik air ke atas, abis kuyup. Kesian...
Jadinya, kami pun ber 'posing' la kat tepi tebing tu. Nak amik gambar berlatarkan percikan air. Cuak juga takut basah. Inilah hasilnya.. 






Setelah berehat-rehat di sana. Lunch time dah sampai. Tibalah masanya untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Apa-apa pun, makan dulu sebelum check in dan berehat di apartment penginapan. Incik hubby bawa kami ronda-ronda cari makan. Katanya nak cari Nasi Kandar Line Clear sebab kawan-kawan dia yang cadangkan untuk makan di sana. Kata mereka sedap.


Gambar nie amik dari Mr. Google jer...


 Huhuhu...perut dah berkeroncong nie...


Tu dia..makanan dah sampai. Jom makan..
   

 

Mmmm..makan dulu lah yer..

Boleh tahan juga makanan kat sini.. Apa lagi makan sampai kenyang sebelum balik ke tempat penginapan.




Thursday, May 16, 2013

Mini Giveaway by Najwa Ayuni


Kepada sesiapa yang berminat nak join, klik banner yang cute nie, ok..

Mood hari nie agak lemau sikit, jadi untuk hepy2 Annaz GA nie..

Tarikh tutup : 16 Mei - 16 Jun 2013

Ditag kepada :





Tuesday, May 14, 2013

Segmen Klik dan Menang by Huda


Untuk join, sila klik banner di atas untuk melihat syarat-syaratnya..
Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi segmen ini...

Shaqzspixca First Giveaway (GA) untuk 10 orang pemenang bertuah


Klik banner di atas

dan banner rakan penganjur di bawah


Jom kita sokong dan meriahkan lagi GA ini dan hadiahnya memang menarik.



My hubby masuk wad..

Kesian incik hubby...semalam masuk wad di Sentosa Medical Center untuk ambil suntikan ubat tahan sakit. Hubby Annaz mengidap sakit slipdisk. Lama juga dia dapat sakit nie..dah hampir 3 tahun.


Dulu dia pernah juga ambil suntikan nie, tapi tak tahan lama. Sekarang dia bergantung pada ubat jer. Itu pun kadang-kadang makan, kadang-kadang tak. Boring agaknya kena makan ubat jer...


Nie la dia 'jajan' dia hari-hari, Celebrex 200 mg dan Neurontin* Gabapentin 300 mg. Tengok dia amik ubat nie pun macam kesian pun ada.

Semalam dah suntik ubat harap-harap lama sikit la tahan. Kesian tengok dia menahan sakit. Tak sabar nak tunggu hubby keluar wad sebab tak best kalau dia tak ada bersama. Aina pun bising nak jumpa ayah dia sebab dia manja sangat dengan ayahnya...

Semoga cepat sembuh ye sayang...