Pages

Saturday, May 8, 2010

Adakah Kita Telah Kembali Ke Zaman Jahiliyah

Memandangkan macam-macam perkara yang terjadi dalam masyarakat moden hari ini, tetiba teringat kembali masa sekolah dulu pernah belajar tentang zaman Jahiliyah nie...Bila direnungkan kembali apa yang berlaku pada hari ini, dalam dunia yang semakin maju ini tak ubah seperti zaman itu...

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial.

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin..." (Surah al-Maa’idah:50)
Antara yang dapat kita lihat pada hari ini ialah : -

Kes Pembuangan Bayi
Seperti apa yang kita tahu, pada zaman Jahiliyah setiap anak perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup. Apa yang terjadi dalam masyarakat yang serba maju ini kes pembuangan dan pembunuhan kanak-kanak sering dipaparkan di dada akhbar. Tetapi hari ini bukan setakatbayi perempuan sahaja malah bayi lelaki pun menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Penderaan dan Penganiayaan Terhadap Kaum Wanita
Di zaman Jahiliyah, wanita dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah dan sering bertukar-tukar isteri. Pada hari ini kita sering terdengar kaum wanita yang menjadi magsa kekejaman. Isteri disimbah asid, isteri ditikam, dipukul, tak kurang juga yang dibunuh kejam. Walaubagaimana pun diucapkan setinggi terima kasih kepada Menteri KPWKM Pembangunan Wanita, YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil yang tidak putus-putus berusaha dalam mempertahankan hak-hak wanita.

Keciciran Dalam Menuntut Ilmu Pengetahuan
Apa yang saya dapat lihat pada hari ini, terutamanya mesyarakat Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar, ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran, walhal ilmu itu amat penting kerana anak-anak merekalah yang akan menjadi pelapis pemimpin-pemimpin negara kita pada masa akan datang. Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang sekiranya masalah ini berlanjutan.

Hubungan Seks Sejenis
Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.

Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud,

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Ayat 81 bermaksud,

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.
Itulah juga yang berlaku pada hari ini samada kita sedar atau pun tidak, masyaallah...

Rompakan Dan Kecurian
Banyak perbuatan jenayah yang sering berlaku pada ketika ini. Orang sengau pun ada geng sendiri (Geng Sengau). Rompak bank, rompak kedai emas, ragut, culik dan sebagainya.

Bila ini akan berakhir, kita pun tak tahu. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Tuhan akan sentiasa mamberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk hambaNya yang taat..

* Saya hanya nak berkongsi apa yang saya tahu..kalau apa fakta yang salah atau silap pada pandangan GB harap maaf

3 comments: