Pages

Thursday, June 17, 2010

Senyum ketawa sihat badan...


Anda suka senyum? @ Anda suka ketawa?

Senyum banyak kategori...
ada senyum kambing...

Manisnya.....

ada senyum simpul...

Comel tak?

Tapi..jangan asyik tersengeh jer nanti orang kata macam benda nie...

kerang busuk

Apa2 pun senyum tu biar ikhlas...senyum itu sedekah...


Mungkin juga anda suka ketawa...


ketawa pun ada banyak kategori

ada orang suka ketawa terbahak2,
ada yang ketawa mengilai...

ada juga yang ketawa yg susah nak berhenti...


Jangan ketawa lebih2..
kerana ketawa lebih2 boleh membuatkan hati kita mati..


Senyum dan ketawa pun ada kebaikannya selain dari awet muda..

Senyum dan ketawa juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita. Senyuman dan ketawa merupakan senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otat abdoman, merangsang kedua belah otak dan maningkatkan keupayaan untuk belajar. Ketawa juga boleh melegakanketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otot lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus dimana ianya boleh meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam tubuh. Ada juga yang mempercayai dengan ketawa boleh membakar kalori sama seperti bersenam selama untuk beberapa minit.


Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dikatakan boleh mengaktifkan tindakbalas kimia badan dan secara tidak langsung boleh merendahkah risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.


So...hari2 senyum..hari2 ketawa...

ha..ha..ha..


2 comments: