Pages

Monday, October 4, 2010

Tip awet muda untuk kaum wanita

Setiap wanita inginkan sentiasa kelihatan muda dan cantik. Kesalahan dalam pola hidup, cara pemakanan dan sebagainya boleh membuatkan wajah anda tidak berseri.

Ikuti tip di bawah :-

1. Fikiran Positif
Terlalu banyak berfikir bolah membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua. Berfikir secara positif dan sentiasa menerima apa jua masalah sebagai sesuatu yang baik.

2. Kosmetik Yang Sesuai
Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan mudah terpengaruh dengan harga dan jenama.

3. Tidur Yang Cukup
Cuba tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang cukup membantu tubuh anda memperbaiki sel-sel yang rosak.

4. Senaman
Sibuk dengan tugas harian membuatkan kebanyakan kita tidak ada masa untuk bersenam. Demi untuk kesihatan diri, luangkan masa bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

5. Pengambilan Buah & Sayur
Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayuran dan buah-buahan adalah berguna bagi kesegaran wajah.

2 comments:

  1. Setuju dgn tips di atas. Mungkin boleh tambah lagi satu kot. Iaitu hati juga mestilah bersih. Jauhi dari sifat negatif spt iri hari, hasad dengki & seumpamanya.

    ReplyDelete
  2. good info...tip paling bagus..sentiasa memberi senyuman dan jangan stress..kalo selalu stress muka cepat kedut..

    ReplyDelete