Pages

Thursday, February 24, 2011

Bila ku pandang anak ku tidur..


Apa yang anda buat bila anak anda nak tidur? Pertanyaan nie diajukan terutamanya kepada kaum ibu sebab kebanyakkan mereka yang selalu melayan kerenah anak-anak masa mereka nak tidur.

Ada yang merengek-rengek sebab rasa tak selesa nak tidur. Ada yang minta digaru kerana gatal tak bersebab. Ada yang minta dipeluk dan sebagainya.

Yang paling seronok bila mereka dah tidur. Apa yang seronoknya? Cuba renung muka mereka. Aku nak kongsi apa yang aku rasa bila aku merenung muka anak kesayanganku masa dia tidur.

  • Dalam hati memuji betapa comelnya anak ku ini.
  • Berdoa supaya anak menjadi anak yang soleh/solehah, jadi anak yang pandai, hormat ibubapa dan selamat dunia akhirat.
  • Membayangkan sesuatu untuk masa hadapan anak.
  • Masa tu mulalah teringat masa kita marah-marah bila dia buat sesuatu yang kita tak berkenan. Sayu rasa hati..Tapi itu untuk kebaikan supaya dia tak mengulangi kesalahan yang sama.
  • Berdoa semoga dia dapat tidur lena dan bangun dalam keadaan yang sihat esok harinya.
Adakah anda merasa perasaan yang sama? Jom kongsi bersama..

No comments:

Post a Comment