Pages

Monday, March 28, 2011

Pokok dipenuhi sarang labah-labah


KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.

Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

- : : -

Miss Annaz mmg takut dgn binatang yg namanya labah2..

Klu bleh dgn sarang dia pun tak nk dekat sbb dh ada pengalaman digigit labah2..

Nasib x jd Spiderwomen...

3 comments:

  1. mcm citer seram dalama filem hehehe

    ReplyDelete
  2. Miss Annaz mmg fobia ngan menatang tu, so tengok gambar pun meremang tengkuk..

    ReplyDelete
  3. hehehe.. pasni adala org duk wat pengambaran seram kat situ.. shooting baik punyer.. missz labah2 tak takut sgt, tapi kalau katak.. eeeeeiiiiiii, geli.. mesti menjerit terkejut punyer..

    senang je nak join, miss annaz perlu komen je byk2.. pzah tu dulu satu hari 50 komen dia bagi.. hhehe.. dia org paling last join, tapi sekarang dah di tempat kedua.. hehe..

    lucky draw pun jgn lupe join tau.. tak perlu komen.. senang jer nak join.. dapat gelang glitter lagi tu.. nanti cek sticky notes ppage missz k..

    ReplyDelete