Alhamdulillah..setelah beberapa kali bersauna sihat juga badan. Terasa ringan dan segar.
Annaz baru jer beli set sauna nie. Itu pun Incik Hubby yang syor untuk beli bagi kegunaan sendiri. Kalau kat luar kena keluar kos juga. Kalau dah ada sendiri punya bila-bila masa pun boleh buat.
Dalam tu macam-macam Annaz letak. Ada daun pandan, limau nipis, limau purut, halia, manjakani, bunga melur, serai..Sekali tengok dah macam tom yam daa...
Kelebihan Bersauna
- Pembersihan kulit. Kulit menjadi segar, halus dan licin.
- Menurunkan berat badan dan membantu pembakaran lemak dari luar.
- Mengeluarkan toksid dari badan.
- Mengurangkan kesakitan anggota badan, lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan.
- Meningkatkan kardiovascular.
- Menghilangkan tekanan dan merehatkan tubuh.
- Melancarkan peredaran darah.
- Meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Meningkatkan tahap metabolisme badan.
- Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
- Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
- Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
- Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
- Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
* walaubagaimanapun, aktiviti sukan itu juga penting untuk kesihatan tubuh.
Kalau kawan-kawan berpeluang mempunyai set sauna sendiri, jangan lepaskan peluang itu sebab banyak juga kebaikannya pada yang tiada masa untuk bersukan.
No comments:
Post a Comment