Sudah agak lama tak join mana2 GA / segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger..
Baru aje berkunjung ke Blog To Shout....Blog Till Drop. Ownernya join segmen nie. Nampak menarik, so Annaz nak try gak la..
Nie banner segmen tu..
Jom kita terjah
Cik Mia menjual pantun, Annaz akan beli..
Ini jawabnya..
Pantun Pertama
Malam-malam pergi ke kedai Nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja
Jawabnya
Bunga melati, bunga seroja
Cincin emas dibalas suasa
Soalan itu mudah sahaja
Annaz nama panggilan manja
Pantun Kedua
Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga
Jawabnya
Buah nyiur buah kelapa
Siapa dia tuan empunya
Boleh ditegur, boleh disapa
Diriku ini sudah berpunya
Pantun Ketiga
Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja
Jawabnya
Pergi bercuti di hari Ahad
Kurang panas cuaca redup
Tuntut ilmu hingga ke liang lahad
Cari rezeki tuntutan hidup
Pantun Keempat
Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
Jawabnya
Puas menanti terasa lama
Ada sampan hilang pendayung
Kita berpijak di bumi yang sama
Di langit itu kita berpayung
Leganya semua pantun dijual sudah dijawab
Harap cik Mia berpuas hati akan jawabnya..
Mana yang terkurang harap dimaafi
Terima kasih daun sadri
ReplyDeleteSudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Dalam entri segmen ini
KELASS GITU PANTUN DIA .. SINGGAH DRI SEGMEN KAK MIA GAK
ReplyDeleteterbaik lah pantun awk..
ReplyDeletedtg dr segmen yg sme :)
Dh baca pantun awak. N dh follow..
ReplyDeletenice pantun
ReplyDelete~dh follow sini ye =)
bebas burung menari-nari
ReplyDeleteterbang tinggi seronok sekali
dari segmen sama dtg kemari
sudilah kunjungi yana kembali
http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
Ramai sungguh join segmen ini
ReplyDeleteTidak terlepas diriku ini
Bertandang ke sini memperkenalkan diri
Sudi-sudikanlah terima salam ukhuwah ini
http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
Dari jauh hamba berjalan,
ReplyDeleteSambil memikul seguni padi,
Datang sini hendak berkenalan,
Singgahlah kembali kalau sudi..
http://loveprettydinda.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html