Pages

Thursday, February 28, 2013

Berdietlah ikut usia


Pertambahan usia bukan bermakna usaha untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan diet yang sihat terhenti begitu sahaja. Di sini ada tip berdiet mengikut usia.

Usia 20-an


  1. Mulakan dari awal kerana metabolisme badan yang masih muda lagi baik dari yang telah berusia.
  2. Makanlah lima hidangan buah-buahan dan sayuran segar setiap hari.
  3. Masukkan bijirin dalam hidangan anda dan kira jumlah kalori seperti yang terdapat pada label mengikut kesesuaian badan.
  4. Makan ikut masa supaya mudah mengatur program diet serta mengelakkan berasa lapar seterusnya mengunyah snek yang kebanyakannya mengandungi lemak.
Usia 30-an

  1. Ambil makanan yang mengandungi protein tinggi ketika sarapan, makan tengahari dan malam.
  2. Gabungkan senaman secara rutin untuk meningkatkan metabolisme badan.
  3. Lebihkan sayur-sayuran dan imbangkan dengan nutrisi lain.
Usia 40-an
  1. Pada peringkat usia ini, wanita mula mengalami gejala menopaus yang membuatkan anda stress.
  2. Tingkatkan pengambilan kekacang dan buah-buahan bagi mengurangkan masalah tersebut.
Usia 50-an

  1. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi omega seperti salmon, sardin dan kacang.
  2. Jangan lupa mengambil makanan yang mengandungi vitamin C dan kalsium untuk tulang.
Usia 60-an

  1. Hipertensi dan tiroid adalah masalah yang akan dihadapai oleh wanita pada usia ini.
  2. Tingkatkan pengambilan lemak omega 3, elakkan pengambilan garam dan masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran, gandum serta produk susu rendah lemak.
Beginilah sedikit tip untuk dikongsi bersama. Semoga kita mendapat manfaatnya bersama.

No comments:

Post a Comment