Pages

Tuesday, March 19, 2013

Birthday Aina ke 8...

Birthday Aina ke 8 jatuh pada tarikh 8 Mac 2013 (Jumaat). Pengasuh dia buat skit jamuan bersama sorang lg anak yang dia jaga. Terima kasih, Kak Leha..




Pada hari Ahad, Annaz n incik hubby planning nak buat sedikit party untuk Aina. Dia memang excited dan tak sabar-sabar menanti tibanya hari itu. Paling dia tak sabar-sabar untuk potong kek.

Untuk jamuan kali nie Annaz dibantu oleh ibu merua di dapur. Juadahnya ialah nasi putih, gulai lemak daging, ikan goreng, telur dadar, bergedil, sambal goreng, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Untuk pencuci mulut ada agar-agar, buah tembikai dan buah anggur. Juga disediakan bubur kacang, kuih karipap dan kuih popia.


Ramai juga jemputan yang hadir pada hari tersebut. Aina memang happy hari tu...



Antara rakan yang hadir. Bos Annaz pun datang bersama anak isteri




Ni kek dia. Cantik tak? 


Aina seronok sangat nak tiup lilin.

Apa yang penting bagi Annaz dan incik hubby adalah kegembiraan satu-satunya buah hati kami. Semoga apabila dewasa kelak Aina menjadi seorang anak yang berjaya dalam kerjaya dan agama...




No comments:

Post a Comment