Pages

Thursday, November 7, 2013

Patutkah mereka didera?


 
Isu penderaan kanak-kanak di pusat asuhan atau taska bukan lagi perkara asing bagi kita pada masa sekarang. Ini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan dan taska.


Patutkah ini semua berlaku sedangkan mereka ini diberi tanggungjawab "berbayar" bukannya "free" untuk menjaga anak-anak yang dihantar kepada mereka untuk dijaga sementara para ibu bapa menjalankan tugas-tugas mencari rezeki? Annaz rasa mereka bukannya manusia sebab manusia dikurniakan akal dan fikiran, dikurniakan sifat kasih sayang dan belas kasihan. Mahu dilabelkan sebagai binatang pun tak layak sebab ibu kucing pun kalau kehilangan anak, dia akan melilau mencari anaknya yang hilang. Mungkin mereka inilah syaitan bertopengkan manusia.

Perasaan marah memang meluap-luap dalam hati kerana perkara ini pernah berlaku dalam keluarga Annaz iaitu kehilangan seorang anak saudara angkara kecuaian pihak taska. Sehingga sekarang masih terbayang wajah seorang anak kecil yang telahpun terkulai layu tak bernyawa.

Annaz berharap pihak berwajib dapat memantau kewujudan pusat asuhan dan taska supaya keselamatan anak-anak yang dititipkan untuk dijaga terjamin.


2 comments:

  1. X faham.. kenapa nak bukak pusat asuhan kalau sampai nak dera anak-anak bagai.. geram!

    ReplyDelete
  2. betul tu.. sakit hati dengan perbuatan mereke. tak ker mereke rasa kalau anak ereke dibuat macam tu

    ReplyDelete