Pages

Sunday, October 4, 2015

Throwback Sambutan Hari Jadi di Aidiladha

Seperti yang dijanjikan di entry yang lepas, hati nie Annaz nak update tentang sambutan hari jadi 2 orang anak buah iaitu Annur Humairah 2 tahun dan Zara Nur Nabiha 3 tahun. First time buat sambutan birthday yang sebegini, agak meriah dengan kerjasama kami adik beradik..


Juadah yang disediakan pun banyak. Sate, meehon hong kong, nasi campur, lauk kacang panjang campur hati ayam, ayam bakar, puyuh bakar, sosej, daging burger, koktail, kek coklat. Macam-macam lah..Jemputan yang hadir pun puas hati.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ayahanda kami sebelum menikmati hidang. Yang nie untuk family sahaja.



Kedua-dua birthday girl dah tak sabar nak potong kek..kalau boleh masing-masing nak dulu tapi tak boleh sebab keknya syer..


Seronok mereka dapat potong kek, dapat hadiah. Terhibur dengan keletah mereka membuka hadiah. Mula-mula main sama-sama. Lepas tu gaduh. Adat la, budak-budak..


Kat bawah nie ada beberapa keping gambar lagi untuk tatapan semua..



Annaz harap di masa akan datang dapat berkumpul lagi macam nie. Bukan senang nak kumpul semua adik beradik melainkan waktu-waktu perayaan..






No comments:

Post a Comment