Setelah isu siapa yg akan mengacarakan rancangan Akademi Fantasia 9 yg selama ini menjadi teka-teki terjawab. Dimana pihak Astro telah mengumumkan Aznil Nawawi kembali mengemudikan tugas itu.Namun persoalan siapa bakal memegang jawatan Pengetua Akademi Fantasia 9 masih lagi menjadi teka-teki.
Sebelum ini, nama Ahmad Dhani iaitu vokalis dan pengasas kumpulan Dewa telah disebut sebagai bakal Pengetua AF 9 mendapat bantahan ramai pihak. Antara nama selain Ahmad Dhani yang diramalkan bakal menyandang jawatan Pengetua AF 9 ialah Ramli Sarip, Amy, Edry dan Faizal Tahir.
Boleh dikatakan semua mempunyai kredibiliti tersendiri. Siapakah yang akan menjadi pilihan yang tepat?...
Masih lagi menjadi tanda tanya....
