Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Wednesday, October 4, 2017

BIAR AWAK NAMPAK MAHAL DI MATA SAYA

"Awak ingat saya tunggul ke kat sini? Dari td tak abis dok tengok yang ketat, sendat, singkat. Nampak semua bukit bukau, gunung ganang, lurah dendam. Suka?"

"Saja suka tengok. Bukan apa pun. Tengok cuci mata je" sambil senyum nakal.

"Suka? Kalau macam tu esok saya pakai mcm tu juga lah.. Awak kan suka.. Dari tengok orang lain lebih baik awak mengadap saya nie"

"Tak payah.. jangan mengada ngada.. Saya tak suka"
" Apesal pulak?
" Biar mereka murah di mata saya janji awak tetap mahal, berharga dan terpelihara di mata saya"



#kaumilikku

From page Kaki Bahan

Friday, November 2, 2012

10 Hotel Termahal Di Dunia

Kepada yang berminat untuk melancong semestinya anda semua mencari tempat penginapan yang selesa, nyaman dan tenang. Namun begitu, tidak semestinya hotel-hotel atau rumah penginapan yang termahal menjadi pilihan. Ada yang sekadar mencari tempat untuk berehat dan tidur sementara menunggu keesokan harinya untuk meneruskan perjalanan.

Pada yang mempunyai kedudukan kewangan yang agak tinggi, semestinya hotel-hotel mewah yang menjadi pilihan. Jom kita tengok 10 buah hotel termahal di dunia.



The Le Dune, Forte Village Resort
Sardinia, Italy
$ 2,539



Royal Mansour
Marakesh, Morocco
 $2,060


Hotel Pitrizza
Sardinia, Italy
$2,041


Villa del Parco
Sardinia, Italy
$2,031


Amonkara & Spa
Paro, Bhutan
$1,910


Hotel Cala di Volpe
Sardinia, Italy
$1,904


Hotel Romazzino
Sardinia, Italy
$1,850


Maia Luxury Resort & Spa
Anse Louise, Seychelles
$1,692

Southern Ocean Lodge
Kangaroo Island, Australia
$1,665


 Lizard Island
Great Barrier Reef, Australia
 $1,651

Cantikkan? secantik harganya...
Ada berani?
 



Friday, July 8, 2011

Jadi Ratu Cantik Bila Dah Kurus Badan...

Sebelum ini mempunyai berat badan 140 kg, Bree Boyce nekad menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bree berjaya menurunkan berat badan sehingga 49 kg.

Dulu...

Bree Boyce mampu membuktikan bahawa dulunya dia gadis gemuk, kini mampu menyandang gelaran Ratu Cantik.



Kini..Ratu Cantik..





Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan...
Tekad dan semangat membawa kejayaan...


Rujukan : Kosmo
abcNews

Wednesday, November 10, 2010

Rawat kulit dengan scrub semulajadi

Kulit memerlukan rawatan supaya kelihatan remaja. Scrub merupakan rawatan yang membantu membuang sel kulit mati dan mengembalikan keremajaan kulit. Ia bukan sahaja menyegarkan, malah dapat meningkatkan perjalanan darah dan menegangkan kulit.

Bahan-bahan :

1 cawan oat
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan ground mustard
2 sudu makan daun ketumbar dihaluskan
3 sudu makan air mawar
1 cawan jus limau
1/2 cawan air

Cara membuatnya :

1.Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau rata.
2.Gosok campuran ini keseluruh tubuh dan wajah dalam gerakan yang lembut.
3.Bilas wajah dn tubuh anda dengan air suam.


Selamat Mencuba

Saturday, June 26, 2010

Petua untuk mencantikkan wajah...

Semua orang tidak kira lelaki mahupun perempuan mesti ingin kelihatan cantik, tampan dan menawan...Macam2 cara dilakukan untuk tujuan tersebut..

Ada yg ke salun kecantikan, ada yang menggunakan pelbagai produk kecantikan, tak kurang juga yg menelan pelbagai ubat-ubatan untuk kelihatan cantik..

Selain dari menggunakan cara moden, cara tradisional juga boleh digunakan...itu rasanya lagi selamat kerana bahan2nya asli tanpa campuran bahan2 kimia..

Jd Miss Annaz nk la kongsi beberapa petua untuk dgn kengkawan kat luar sana..
Manalah tau masih ada yg berminat nk mencuba cara yg tradisional lagi selamat ini....

Petua untuk kulit muka


Putih telur boleh melicinkan kulit muka yang kasar dan menegangkannya.
Caranya : Ambil sebiji putih telur dan isikannya ke dalam piring. Sapukan ke semua bahagian kulit muka. Biarkan sehingga kering dan melekat pada kulit muka selama 1 jam. Jangan la time tu nk bercakap2..Selepas tu cuci dengan air suam. Lakukan sehari sekali sebelum tidur.

Madu lebah licinkan kulit
Ambil 2 sudu madu lebah. Campurkan dengan putih telur. Sete
lah itu sapu pada kulit muka. Biarkan kering. Setelah itu cuci dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih.

Bedak batu untuk ubat jerawat

Masalah jerawat yang merimaskan!!!!!...
Bersihkan kulit anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
Selain itu boleh guna bedak batu. Sapu kat muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan harinya cuci muka dengan air bersih. Lakukan setiap malam hingga jerawat anda hilang...

Tegangkan kulit muka

Bunga cempaka putih

Bunga melur

Anda mengalami masalah kulit kendur dan kasar?
Caranya : Ambil 5 kumtum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur. Kisar kedua2 nya hingga halus. Setelah itu campur dengan bedak sejuk.
Campur dengan sedikit air, sapukan pada muka setiap malam sebelum tidur. Keesokkan harinya, cuci dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Keringkan dengan tuala bersih. Lakukan setiap malam...

Segarkan wajah

Anda kelihatan lesu...
Minum air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengah hari.

Seri Wajah


Rebus secekak daun pegaga dengan 2 gelas air. Rebus hingga tinggal segelas air. Tapis dan sejukkan. Minum sehari sekali selepas makan malam. Amalkan seminggu tiga kali...

Ambil sepotong lempuyang sebesar ibu jari tangan, kunyit sebesar ibu jari tangan. besihkan dan tumbuk halus dengan sedikit air. Campurkan dengan madu lebah dan kuning telur ayam kampung dan minum. Lakukan seminggu sekali.

Apa yang penting jaga kecantikan luaran dan dalaman...
Jangan luar jer nampak cantik tp hakikatnya......

Sekian saja yang dapat dikongsi dengan kengkawan semua...
Klu ada yang nk mencuba silakan..