Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label dunia blog. Show all posts
Showing posts with label dunia blog. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Tunggang Singa Jantan

Berdepan dgn haiwan ganas umpama menempah maut. Tapi lain pula cerita dengan seorang penjinak singa di Afrika Selatan..

Kevin Richardson menunggang seekor singa di taman Dunia Singa Putih di Broederstroom, dekat Johannesburg, Afrika Selatan.
----------------------------------------------

BROEDERSTROOM - Berdepan dengan seekor singa jantan dewasa memang perbuatan bodoh manakala menunggang belakangnya ibarat sengaja membunuh diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang penjinak singa di Afrika Selatan, Kevin Richardson, aksinya cukup selamat dan dia gemar melakukan kegiatan tersebut.

Menggelarkan dirinya sebagai 'duta singa' Richardson, 34, mendakwa bahawa dia boleh tidur sekali gus bermalam bersama haiwan itu.

Lelaki itu menguruskan sebuah taman pemuliharaan haiwan yang dikenali sebagai taman Dunia Singa Putih di sini dan dia turut memelihara beberapa ekor cheetah, harimau bintang serta dubuk.

Dia menjadi kawan rapat haiwan-haiwan itu dengan bercakap dan melayan dengan penuh kasih sayang.


Sumber : Kosmo

Saturday, May 22, 2010

Penemuan Makhluk Aneh di Kitchenuhmaykoosib

Satu bangkai makhluk aneh telah ditemui di ke tepi sebuah tasik di bandar Kitchenuhmaykoosib di Ontario, Kanada. Bangkai itu ditarik oleh seekor anjing yang bernama Sam the Dog milik seorang jururawat yang bersiar2 di tepi tasik tersebut bersama seorang rakan nya.

Jururawat itu telah merakam gambar makhluk aneh itu yang pergi. Orang ramai pergi semula ke tempat tersebut, tetapi malangnya bangkai tersebut telah hilang.

Mereka menganggap ia mungkin raksasa Montauk kerana terdapat persamaan dengan satu lagi mahkluk ganjil yang ditemui di Montauk, New York pada 2008.

> selebihnya baca la Kosmo

Wednesday, April 21, 2010

KISAHNYA....

Aku seolah-olah baru melangkah ke alam baru...Terlalu asing rasanya...
Tak tau hala tuju...ku toleh ke kiri...wow...indahnya halaman itu..
ku pandang depan...cantiknya ciptaan itu...

Aku terpinga-pinga...lihat saja tempat ku berdiri
tak la secantik pemandangan yang ku lihat tadi..
Nasib baik ada yang datang membantu...
Pendatang baru, tersesat, tersasul...

Sebenarnya,
itu hanya kisah tentang diri ku yang terjebak ke dalam 'Dunia Blog'..
hasrat ku nak jadi penulis blog...
tak pe la..belajar dari bawah..
harap-harap ada yang nak tunjuk ajar...