Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label gelagat. Show all posts
Showing posts with label gelagat. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Anakku memang selamba...

Anakku Aina adakalanya suka bermain sendirian. Maklumlah dia pun anak tunggal, belum punya adik. Tapi, dia juga suka berkawan janji jangan yang terlalu lasak. Dia susah skit nak masuk 'line'.

Aina nie juga sikapnya selamba jer. Tak peduli sekeliling, janji keinginannya tercapai. Ada sesuatu yang amat-amat selamba yang dia lakukan. Masa tu kami bercuti di Golden Palm Tree Resort Sepang. Nak mandi kat kolam tak boleh sbb pakaian tak sesuai. Oleh kerana dia suka sangat main air, kami bawa dia main-main di tepi pantai.

Kebetulan masa tu ada orang tengah shooting. Tak pasti la, drama ke apa. Pelakonnya macam filem tamil, tapi cakap macam hindustan pun ada. Aina dengan selambanya tak berganjak pun dari situ sedangkan budak-budak lain dah bangun. Dia tengok lagi ada...




Masa nie ada lagi la budak yang sama-sama bermain pasir di tepi pantai tu...walaupun sendirian tetapi tetap seronok dan leka bermain pasir di gigi air.

Akhirnya tinggal dia jer kat situ sebab budak-budak lain dah berganjak ke tempat lain. Aina siap boleh tengok lagi orang tu shooting. 


 
  
   


Kalau dah dapat apa yang dihajati, dipanggil pun dia buat tak tau jer. Apa nak jadi pun jadilah. Bila dipanggil dia tak mau berganjak..



Kelakar pulak tengok gelagat dia..tak apalah janji dia bahagia...

Wednesday, December 12, 2012

Gelagat Orang Tengok Bola

Dah lama tak ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan bola sepak. Dulu masa belum ada anak, selalu gak ikut incik hubby ke sana. Tengok bola lah, hoki lah. Sekarang nie musim cuti sekolah, anak lebih suka duduk kat kampung coz ramai yang layan dia. Maka tinggallah Annaz berdua dengan incik hubby.


 Oleh itu, Annaz tak mo lah lepas peluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 9 Disember2012 yang lalu. Annaz tak nak citer sangat pasal game bola nie sebab bukannya pandai sangat pasal bola nie. Setakat jadi penyokong dan tukang sorak jer..hehehe...

Tak caya?..
Tengok nie..dengan semangatnya..
Walaupun meredah hujan, dayakan juga demi menyokong Harimau Malaya..cewahh..




 Paling seronok bila dapat tengok macam-macam gelagat orang tengok bola sepak. Dengan bersemangatnya melaungkan kata-kata semangat. Bila tak gol jer, korang paham-paham jer la.

Antara yang sempat dirakam gelagat dorang, ha...tengok nie...






Disebabkan terlalu excited, tak banyak gambar yang dapat dirakam. Itu aje yang ada untuk dikongsi dengan u all...

Incik hubby pun turut sama..bersemangat betul dia...

p/s : Sorry coz Annaz syer gambar korang kat sini.. izinkan hamba..