Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label hujan. Show all posts
Showing posts with label hujan. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Alahai...hujan la pulak...

Tetiba jer hujan la pulak. Baru tadi planning ngan incik hubby nak keluar cari buku untuk adik dan bawak anak pergi taman. Nak buat macam mana, sekarang nie memang dah musim hujan. Lebat la pulak tu. Siap ngan kilat dan guruhnya sekali. Anak dah awal-awal masuk bilik.



Time hujan nie apa lagi nak di buat. Perut dah kenyang baru lepas santap.  Nak layan TV pun tak boleh. Biasa la Astro. Bila hujan jer, siaran tak de. Apa pun tak boleh....Naik katil, tarik bantal, tarik selimut, tidur..huhuhu...


Sebelum tu baca dulu doa nie...



Thursday, September 5, 2013

Hujan Pagi

Hujan yang turun, bagaikan mutiara...



Lebat sungguh hujan pagi nie. Dingin dan kesejukan..Bila dah hujan pepagi nie, jalan pun sesak lah coz ramai yang pergi kerja naik kereta. Nasib baik Annaz cuti hari nie sebab anak demam. Sekarang otw nak ke klinik.

Tepi-tepi jalan bagaikan ada "perhimpunan" sebab ramai penunggang motosikal berhenti berteduh.

Time hujan nie, jalan licin dan macam-macam perkara boleh berlaku. Oleh itu, pandulah dengan cermat. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Wednesday, December 12, 2012

Gelagat Orang Tengok Bola

Dah lama tak ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan bola sepak. Dulu masa belum ada anak, selalu gak ikut incik hubby ke sana. Tengok bola lah, hoki lah. Sekarang nie musim cuti sekolah, anak lebih suka duduk kat kampung coz ramai yang layan dia. Maka tinggallah Annaz berdua dengan incik hubby.


 Oleh itu, Annaz tak mo lah lepas peluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 9 Disember2012 yang lalu. Annaz tak nak citer sangat pasal game bola nie sebab bukannya pandai sangat pasal bola nie. Setakat jadi penyokong dan tukang sorak jer..hehehe...

Tak caya?..
Tengok nie..dengan semangatnya..
Walaupun meredah hujan, dayakan juga demi menyokong Harimau Malaya..cewahh..




 Paling seronok bila dapat tengok macam-macam gelagat orang tengok bola sepak. Dengan bersemangatnya melaungkan kata-kata semangat. Bila tak gol jer, korang paham-paham jer la.

Antara yang sempat dirakam gelagat dorang, ha...tengok nie...






Disebabkan terlalu excited, tak banyak gambar yang dapat dirakam. Itu aje yang ada untuk dikongsi dengan u all...

Incik hubby pun turut sama..bersemangat betul dia...

p/s : Sorry coz Annaz syer gambar korang kat sini.. izinkan hamba..


Sunday, December 9, 2012

Tenanglah duhai hati..

Rasa resah, rasa gelisah..
Rasa terbuku, terasa sebu..
Rasa gundah seakan parah..

Tenanglah duhai hati
Agar dapat ku rasa nikmat dalam ketenangan..
Pada siapa harus ku luahkan..

Pada angin..
angin itu hanya bertiup lalu..
Pada hujan..
turunnya juga seperti air mata yang jatuh di pipi
Pada burung..
hinggap seketika, sudah terbang jauh..

Tapi pada siapa?
Baru ku tersedar, hanya padaMu yang Maha Esa
Yang bisa mengetahui apa yang tersembunyi di hati ini...

Teringat padaMu..
Mengalun ayat-ayatMu..
Menadah tangan berdoa padaMu
Baru ku temui ketenangan yang ku cari...