Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Kalori dalam makanan...


Dalam keenakan menjamu selera, adakalanya kita kurang prihatin terhadap kandungan kalori yg terkandung dlm makanan yg kita mkn...


Sedap mmg sedap tapi akhirnya mengidap...mcm2 penyakit sampai..masa baru nk ingat..
Masa sihat mkn bukan ikut perut tp ikut tekak..

[INFO] Kandungan kalori dalam makanan
  • Beriani ayam = 877 kalori
  • Fish & Chips =850 kalori
  • Laksa (semangkuk) = 690 kalori
  • Nasi goreng ayam = 591 kalori
  • Soto ayam = 512 kalori
  • Nasi Lemak = 389 kalori
  • Burger Daging = 317 kalori
  • Ayam Goreng (seketul) = 271 kalori
  • Bingka Ubi (sekeping) = 220 kalori
  • Pisang Goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Popia Goreng (satu) = 130 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Kuih Lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bubur Kacang (semangkuk) = 100 kalori
  • Sandwich Sardin (sekeping) = 70 kalori
Byk nya kalori dlm makanan di atas.
semoga info nie dpt dijadikan panduan kita bersama dlm memilih makanan seharian utk menjaga kesihatan kita...

Sumber : KOSMO, Isnin, 25 April 2011
cari juga di : dietmate5mecche.blogspot.com dan pakarmakanan.wordpress.com


Tuesday, March 15, 2011

Kesan Radiasi Nuklear Kepada Manusia

Akibat dari bencana alam tsumani yg melanda Jepun mengakibatkan reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup dan menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.

Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu.

Apa yg membimbangkan penduduk dunia adalah kesan radiasi nuklear kepada manusia. Antara kesan radiasi nuklear kepada manusia adalah seperti berikut:-

  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma

  • Sama2lah kita berdoa semoga negara kita terlepas dari bahana radiasi nuklear ini.

    Thursday, May 27, 2010

    Apa yang perlu kita tahu tentang beg plastik


    Dalam kehidupan kita sehari-harian, kita tidak terlepas dari menggunakan beg plastik. Tak kira la apa jua bentuknya dan penggunaan.

    Kat sini saya nak kongsi info tentang beg plastik. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi tak salah klu nak kongsi pada yang kurang tahu.

    1. Beg plastik samada dalam tanah ataupun lautan mengambil masa 200 - 400 tahun untuk reput / hancur.

    2. Beg plastik sekiranya dibakar akan mengeluarkan asap yang mengandungi racun kimia yang boleh menyebabkan penyakit saluran pernafasan dan barah.

    3. Plastik jika digunakan untuk merebus makanan boleh mengakibatkan kemandulan dan barah.

    4. Beg plastik boleh membunuh haiwan di daratan dan di lautan. Ia boleh menyebabkan binatang itu mati terperangkap di dalamnya atau mati tercekik.

    Kurangkan pengunaan beg plastik. Macam mana?..

    Lu pikir la sendiri...

    Thursday, April 29, 2010

    Cili boleh kuruskan badan

    Posted on the April 29th, 2010 under Berita, Tips, Unik by Syed

    LOS ANGELES – Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah akhbar semalam.

    Penemuan itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.

    Kajian itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perisa cili tiruan.

    Sapa-sapa yang nak kurus sama-salah kita telan cili bebanyak.... gerenti buasir..


    Saturday, April 24, 2010

    JAWATAN KOSONG


    Interwiev Terbuka
    Jawatan : Pengawal Keselamatan KP 11
    Tarikh : 10 Mei 2010
    Tempat : DEWAN TITIWANGSA, Taman Tasik Titiwangsa (depan Astaka),
    Kuala Lumpur
    Masa : 8.00 pg hingga 4.00 ptg
    Kelayakan : PMR
    ***Datang berpakaian kemas dan jangan lupa bawa sijil yag berkaitan