Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Patutkah mereka didera?


 
Isu penderaan kanak-kanak di pusat asuhan atau taska bukan lagi perkara asing bagi kita pada masa sekarang. Ini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan dan taska.


Patutkah ini semua berlaku sedangkan mereka ini diberi tanggungjawab "berbayar" bukannya "free" untuk menjaga anak-anak yang dihantar kepada mereka untuk dijaga sementara para ibu bapa menjalankan tugas-tugas mencari rezeki? Annaz rasa mereka bukannya manusia sebab manusia dikurniakan akal dan fikiran, dikurniakan sifat kasih sayang dan belas kasihan. Mahu dilabelkan sebagai binatang pun tak layak sebab ibu kucing pun kalau kehilangan anak, dia akan melilau mencari anaknya yang hilang. Mungkin mereka inilah syaitan bertopengkan manusia.

Perasaan marah memang meluap-luap dalam hati kerana perkara ini pernah berlaku dalam keluarga Annaz iaitu kehilangan seorang anak saudara angkara kecuaian pihak taska. Sehingga sekarang masih terbayang wajah seorang anak kecil yang telahpun terkulai layu tak bernyawa.

Annaz berharap pihak berwajib dapat memantau kewujudan pusat asuhan dan taska supaya keselamatan anak-anak yang dititipkan untuk dijaga terjamin.


Friday, November 26, 2010

Hentikan Segera Penderaan Kanak-kanak

unicef
Get on board....klik sini

HENTIKAN SEGERA..!!!!!!



Anak-anak ibarat anugerah kepada pasangan suami isteri. Anak-anak adalah penyeri dan pengikat hubungan suami isteri. Merekalah penghibur dikala suka duka. Mereka juga lambang cinta seseorang yang sudah berumahtangga. Kehadiran mereka jua lah yang senantiasa ditunggu-tunggu selepas seseorang itu menjejakkan kaki ke alam rumahtangga..

Anak-anak ini juga merupakan tonggak negara. Mereka bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka juga lah yang akan menentukan perjalanan kemakmuran, kesejahteraan, keamanan dan kemerdekaan negara yang selama ini kita kecapi.


Tetapi mengapa hari ini terdapat kes-kes penderaan, pembuangan dan pengabaian kanak-kanak yang senantiasa memenuhi di dada akhbar mahupun media elektronik?.. Dimanakah kesedaran dan keperimanusiaan mereka yang bertanggungjawab dalam membesarkan, memberi kasih sayang, memberi pendidikan yang sempurna dan menjamin keselamatan mereka?..


Lihatlah betapa kejamnya manusia hari ini...!!!!!

Untuk itu saya memang menyokong 100% kempen ini. Saya tidak mahu penderaan terhadap kanak-kanak berlaku lagi pada masa akan datang. Antara penderaan yang dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab adalah :-

  • Penderaan Seksual - contohnya rogol dan cabul
  • Penderaan Fizikal - contohnya melakukan sesuatu yang mendatangkan kecederaan terhadap anggota badan kanak-kanak.
  • Penderaan Mental - contohnya melakukan sesuatu yang menjejaskan emosi dan pemikiran kanak-kanak.
Dengan menyokong dan menyertai kempen ini juga anda boleh memenangi sebuah Sony Cybershot W190 keluaran terbaru. Untuk maklumat lanjut klik di sini..

Hentikan segera perbuatan penderaan terhadap kanak-kanak. Kita juga pernah bergelar kanak-kanak juga. Hulurkan tangan anda hentikan penderaan kanak-kanak.