Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label katak. Show all posts
Showing posts with label katak. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

American Bullfrog


LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.

Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.

Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.

Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu.

"Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.

Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.

Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.

Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.

Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.

Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.

Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.

American bullfrogs akan menyerang dan memakan apa saja yang terjangkau olehnya.

Saturday, September 4, 2010

Oh! Ular..oh! Katak..

Baru sudah kemas rumah..raya dh dekat.. Cuci cermin, turun langsir...setahun sekali..hik..hik..hik..
Nie dh bleh releks..update blog jap..

Nie nk citer skit..citer lawak..lawak ker?..lawak la sangat!!!

Citer nie x der kene mengena dgn yg hidup atau pun yg tlh meninggal dunia...

Citer bermula di sebuah hutan..ceewahhh...
Ada 2 org sahabat tengah berkhemah kat dlm utan.. tengah releks & sembang2 sbb dr td dok jln x henti2.. Sembang punya sembang...tetiba si A berteriak..

"Ular..ular...", mcm takut pun ada, geli-geleman pun ada..
Yg si B nie terkejut..

"Katok..katok...", teriaknya dlm loghat utara..

..mereka berdua x der kena-mengena dgn ini citer...

"Bukan katak...ular..ular....", si A pelik la pulak..nak kata kwn pekak tak la pulak..


"Iya la..katok...",
teriak B..

Lalu begitu la selanjutnya smp bergaduh...
A dgn "ular" nya, B dgn "katok" nya

Mmg dh betul dh tu.. Maksud si B td suh ketuk jer ular td..
Si A mati2 ingat si B kata itu katak..


Kadang2 mmg ssh nk faham loghat org lain.. tp itulah uniknya masyarakat di Malaysia...