Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label kebersihan. Show all posts
Showing posts with label kebersihan. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Petua Arwah Nenek : Mengatasi Masalah Ketiak Berbau dan Hitam

Penjagaan kebersihan badan harus dititikberatkan supaya jangan ada yang tutup hidung bila kita dekat dengan mereka. Paling utama ketiak lah. Masalah nie timbul bila time berpeluh. Gerentilah pening orang sebelah kalau kita kurang menitikberatkan kebersihan badan.



Kat sini Annaz nak syer petua yang arwah nenek Annaz bagi kat kitorang adik-beradik. Kira mujarab gak petua nie.

Arwah nenek masa mandi, tengah gosok-gosok apa yang patut kat badan tu, masa tu lah guna petua nie. Buat dalam keadaan mencangkung. Kumur-kumur air dan sembur kat lutut sebelah kanan. Gosok ketiak sebelah kiri pada lutut kanan. Pas tu kumur-kumur lagi dan sembur pulak kat lutut sebelah kiri. Gosok la ketiak sebelah kanan pada lutut kiri...

Boleh buat tak?..Agak-agak sampai tak?..hehehe...mesti seksa kan..

Selamat mencuba...

Friday, July 16, 2010

Aduh...aku keracunan makanan...

Gejala-gejala keracunan

* Rasa loya dan muntah-muntah

* Sakit Perut

* Cirit-birit

* Demam

* Sakit kepala

Langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan

~ Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum menyiapkan makanan, ketika memasak dan selepas selesai menyediakannya.

~ Cuci sebersihnya tangan sebelum makan.

~ Jangan biarkan makanan terdedah kerana takut dicemari kuman bakteria penyebab keracunan.

~ Jaga makanan agar kekal panas dan makanan dingin tetap sejuk.

~ Elak makan berisiko terutama yang sudah melebihi 4 jam.

Hati-hati memilih makanan ketika membeli-belah

> Periksa tarikh luput. Jangan beli yang dah tamat tempoh.

> Lihat label makanan untuk melihat jika terdapat kandungan allergen (penyebab alergi) dan mengetahui khasiatnya.

> Hindarilah makanan yang tampak busuk atau basi serta yang telah bertukar warna.

> Alak dari membeli makanan dalam tin yang telah rosak atau kemek.

> Elak dari membeli makanan berisiko tinggi atau beku yang diletakkan di luar peti pembeku.

> Beli makanan di tempat yang bersih.


Bakteria yang menyebabkan keracunan membiak dengan cepat.
Lebih dari 2 juta bakteria boleh didapati di dalam makanan hanya dalam tempoh 7 jam.


Antara makanan yang paling mudah dijangkiti bakteria ialah:

=> Daging, daging ayam dan daging itik

=> Produk tenusu

=> Telur

=> Nasi

=> Makanan laut

=> Pasta yang sudah dimasak dengan sala
d


Jaga kebersihan, elak keracunan...