Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label labah-labah. Show all posts
Showing posts with label labah-labah. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Pokok dipenuhi sarang labah-labah


KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.

Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

- : : -

Miss Annaz mmg takut dgn binatang yg namanya labah2..

Klu bleh dgn sarang dia pun tak nk dekat sbb dh ada pengalaman digigit labah2..

Nasib x jd Spiderwomen...

Thursday, May 13, 2010

AKU PALING ALEGIK BINATANG NIE...


Aku paling alegik @ takut kat menatang yang satu nie..labah-labah @ spider..usahkan yang besar, yang kecik pun boleh aku tak nak jumpa..ada sejarah sebenarnya di sebalik ke alegikkan dan ketakutan aku terhadap si labah-labah nie..

Semuanya bermula ketika aku masih kecil lagi..(tak ingat umur berapa)..Masa tu kat kampung. Ikut arwah datuk balut buah cempedak. Masa tu masih ada karung kertas. Aku memang suka sangat karung kertas sebab sebelah dalamnya klu dikoyak macam-macam kertas ada. Kadang-kadang kertas lama-lama, siap ada citer-citer yang best-best lagi untuk kanak-kanak yang umur seperti aku ketika itu..

Memang tak disangka-sangka si labah-labah nie berumah kat situ..Aauuuu....satu das sengatan dilepaskan...bisanya tak tau nak cakap (dah lupa sebab dah bertahun) Menurut arwah nenda ku, bisa tu akan meresap kat setiap sendi-sendi dan kita rasa macam labah-labah berjalan. Entahlah.. Walaupun dah lupa rasa macam mana, tapi alegik dan ketakutan aku terhadap si labah-labah tetap kekal..

Sampai la ke hari ini, terlanggar sarang pun aku akan menjerit...