Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label menangis. Show all posts
Showing posts with label menangis. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Bayi anda menangis? Kenapa?

Baby korang nangis? Kenapa ye?
Biasa la kan, baby? Kalau mak baby nangis, memang ada yang tak kena tu..hihihi...
Annaz terbaca satu artikel mengenai makna tangisan bayi. Penting juga untuk kita ambil tahu mengenai bahasa tangisan bayi. Oleh itu, Annaz nak kongsi la info yang ada dalam artikel nie...

» Tangisan bunyi 'neh' bermaksud bayi lapar.
» Tangisan bunyi 'owh' bermakna bayi tu mengantuk.
» Tangisan berbunyi 'aeirh' menandakan bayi anda kembung perut.
» Tangisan berbunyi 'heh' tandanya bayi tidak selesa (kebasahan).
» Tangisan berbunyi 'eh' bermakna bayi itu perlu disendawakan (ada angin)

 
Semoga info di atas berguna untuk kita mengenali bahasa tangisan bayi kita...

Kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan
DVD Dunstan Baby Language
boleh hubungi Uswatun di talian 012-6724705
atau layari www.dunstanbaby.com


Friday, August 12, 2011

Kalah, Menang, janji main..

31 Julai 2011, Aina ada sukan di sekolahnya. Suka sangat dia dpt jumpa kawan2. Kat rumah sorang2 jer, kami jer yg layan dia.

Awal2 lagi incik asben dh berpesan kat dia. Aina nie kengkadang takut skit bila ada apa2 pertandingan. Masa kat padang jer dh wat muka sedih bila nampak kami. Kami pun tinggalkan ajer dia kat khemah dgn kengkawan dia.

Incik asben awal2 dh pesan kat dia.."Aina, tak kisah kalah ke menang ke, janji main, tau?" begitulah bunyi pesanannya.

Keputusan keseluruhannya rumah sukan Aina (Hijau) dpt nombor 3..jd la..Masa kat khemah incik asben sajer2 usik Aina.

"Apa la Aina..sukan dpt nombor 3".
"Ayah..kan ayah kata, kalah ke menang tak pe, janji main. Kan Aina dh kalah" jawab Aina selamba.

Tetiba ada kakak tu manyampuk.."Kalau nk kalah baik tak yah main"..

Incik asben mati akal..

"Menyesal plak abg ckp mcm tu kat dia"..

Aku hanya bleh gelak jer sbb Aina slalu buat kami mati akal..klu lawan cakap mmg kami slalu kalah..


Monday, April 11, 2011

Air Mata Ibu

Dikeheningan pagi Isnin..
Di kala ramai orang sibuk mengejar masa ke tempat kerja..
Di kala makcik2 sibuk dengan menjual..
Di kala anak-anak kelam kabut takut lambat ke sekolah...

Di kala itu juga..
Ada seorang insan bernama ibu..
Menangis...merintih..merayu
pada sang anak...

Sepatutnya ke sekolah menimba ilmu..
malangnya, pagi buta dah ukur jalan..
merayau-rayau dengan basikal buruknya..


Di hadapan mataku..
ku lihat rayuan seorang ibu pada anak yang tak mendengar kata...
merayu agar anak terus ke sekolah..
merayu agar anak taat pada org tua..
merayu agar anak jadi orang berguna..

Adakah anak itu mendengar rayuan si ibu...??..


"Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu."