Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts

Monday, September 16, 2013

Aku dan Shaklee


  

Ramai juga rupanya pengguna produk Shaklee termasuklah Annaz yang sedang mencuba alternatif lain dalam usaha menambah cahaya mata. Produk ini sedang hangat di pasaran kerana ianya menawarkan produk yang baik dan diakui berkesan.

Annaz terbuka hati untuk menggunakan produk Shaklee setelah bertemu dengan seorang Shaklee Independent Distributor. Banyak tips dan panduan pengambilan produk ini. Kepada yang ingin mencuba produk ini, boleh cari maklumat di internet atau cari dealer yang berhampiran kerana mereka juga menawarkan nasihat percuma.

Annaz berharap usaha kali ini berhasil. Annaz harap doa dari kalian dan Annaz akan doakan yang terbaik untuk korang semua...




Sunday, August 14, 2011

Produk Babi..


Awas kepada produk yg berlabel "This product contain subtance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan daripada babi". Juga kepada produk yang berlabel "The source of gelatin capsule porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Adakalanya kita yang kurang prihatin kepada label sesuatu produk akan tertipu kerana label-label tersebut menggunakan istilah sains. Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :-

  1. Pork - Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
  2. Swine - Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
  3. Pig - Istilah umum unutk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg.
  4. Hog - Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
  5. Porcine :- Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber berasal daripada babi.
  6. Boar - Babi liar.
  7. Lard - Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
  8. Bacon - Daging haiwan yang disalai termasuk babi.
  9. Ham - Daging pada bahagian paha babi.
  10. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
  11. Sow Milk : Susu babi.
Bahagian babi yang sering digunakan dalam penghasilan produk adalah seperti berikut :-

  1. PANKREAS - bagi menghasilkan insulin
  2. LEMAK - digunakan dalam proses penghasilan susu, alat kosmetik, perisa serta pewarna tambahan, tablet serta minyak.
  3. DARAH - digunakan dalam penghasilan serum atau vaksin serta tablet.
  4. TULANG - bagi penghasilan gelatin, cairan atau emulsifier dalam ubat, minuman dan makanan. Juga digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam produk ubat gigi serta susu.
  5. KULIT - penghasilan kologen dalam perkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan.
  6. ORGAN DALAMAN - bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol, laktat, aseton dan butirat.
Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberi panduan kepada kita, khususnya kepada orang Islam dalam memilih produk yang halal untuk kegunaan harian.