Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label pukul. Show all posts
Showing posts with label pukul. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Pelajar Malaysia cedera diserang


Asyraf Haziq, seorang pelajar Malaysia menjadi mangsa diserang dan disamun oleh sekumpulan belia lelaki yg terlibat dlm rusuhan di London.


Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.

Kejadian itu dirakam oleh org awam dan disiarkan di dlm YouTube.



Rakaman ini menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain.

Semoga rakyat Malaysia yg ada di sana selamat dan kejadian ini tidak berulang lagi.


Thursday, March 24, 2011

Anak belasah mak sbb mak kawin lain...

Seorang anak sanggup memukul dan membelasah org yg melahirkannya sehingga mendatangkan kecederaan semata2 tidak puas hati mak dia kawin lain..

Ibu itu cedera di tubuh dan patah tangan kanak akibat dihentak dgn pasu bunga..Sebelum itu si anak bertindak memecahkan semua barangan dlm rumah itu.. Akibat terlalu marah sbb dihalang oleh ibunya dia bertindak lebih agresif memukul ibunya sendiri..

Sumber : Harian Metro..


Patut ker sorang anak memukul ibunya sendiri??..
Itulah org yg bertarung nyawa melahirkan kita..
Itulah jua org yg berkorban segalanya dlm membesarkan kita, memberi pelajaran dan memastikan kita hidup sempurna...
Derhaka sungguh anak itu...