Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, May 24, 2021

RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI


➡️Pada umur 20 tahun "di luar negeri" dan "kampung halaman" tiada beza (tidak kira di mana pun kita boleh menyesuaikan diri) 

➡️Pada umur 30 tahun, "siang" dan "malam" tiada beza (tidak tidur satu malam pun tak mengapa) 

➡️Pada umur 40 tahun, "berpendidikan tinggi" dan "berpendidikan rendah" tiada beza (kadang-kadang yang berpendidikan rendah mungkin lebih mewah atau kaya) 

➡️Pada umur 50 tahun, "cantik" dan "hodoh" tiada beza (walau bagaimana cantik pun semuanya sudah luntur, kendur dimakan usia)

➡️Pada umur 60 tahun, "pegawai tinggi" dan "pegawai rendah" tiada beza (sama-sama dah pencen, taraf dan status sama sahaja)

➡️Pada umur 70 tahun, "rumah besar" dan "rumah kecil" tiada beza (gout, penyakit tua, tak boleh jalan, banyak duduk dan baring sahaja)

➡️Pada umur 80 tahun, "banyak duit" dan "tiada duit" tiada beza (gigi dah takde, banyak makanan tak boleh makan) 

➡️Pada umur 90 tahun, "lelaki" dan "perempuan" tiada beza (dua-dua pun dah takde tenaga)

➡️Pada umur 100 tahun, "tidur" dan "bangun" tiada beza (lepas bangun tak tau nak buat apa) 

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhilah hidup ini dengan seadanya dan gembira. Suatu hari nanti kita semua sama sahaja tidak ada bezanya.

Thursday, July 28, 2011

Bangau Oh Bangau



Layan nampak..
Bestkan? comel adik2 kat dlm klip tu..
Teringat masa kecik2 dulu menyanyi lagu nie..

Layan2 juga..
Tp lagu nie..

> sentiasa membuat seseorang mencari ALASAN atas sesuatu perkara yg berlaku
> memaparkan org yg suka menunding jari mencari kesalahan org lain
> menceritakan org yg x mengaku kesalahan sendiri sebaliknya menyalahkan org lain.

Jgn jd seperti watak2 yg terkandung dlm lagu nie..
di mana semuanya meletakkan sesuatu kejadian yg berlaku kpd org lain..
Jadi la seperti ular , watak last dlm lagu ini yg mengakui kesalahan sendiri dan tidak menunding jari kpd yg lain..

Walaubagaimanapun, yang baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan


UNTUK RENUNGAN


Erti Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Keterangan:

Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin Beliau memberikan penjelsan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.Maka yang demikian ini adalah haram”.

“Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.

“Demikianlah yang dijelaskan oleh para ‘ulama dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya.Di antara ‘ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain”.

“Hadis ini sengaja diletakkan di peringkat awal ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan disini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri kita sendiri bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain.Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.

Amiin.