Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Hari Kedua di Pulau Penang : Bertamu di Bukit Bendera

Hari kedua di Pulau Pinang, destinasi pertama adalah Bukit Bendera. Memang tidak lengkap kalau tidak berkunjung ke Bukit Bendera jika kita bercuti di Pulau Pinang nie.


Bukit Bendera dahulunya di kenali sebagai ' Penang Hill' mempunyai ketinggian 830 dari paras laut. Bukit Bendera ini telah dibangunkan oleh Francis Light dengan menggunakan orang salah dari India dan penduduk tempatan.


Alhamdulillah, setibanya kami di stesen Bukit Bendera, pengunjung belum berapa ramai lagi. Jadi tidaklah terlalu lama berbaris untuk membeli tiket.



...dalam train menuju ke puncak Bukit Bendera

Menyaksikan pemandangan dari puncak Bukit Bendera amat menyeronokkan. Begitu mempersonakan.



Kami ambil kesempatan ambil gambar kenangan di sini...


...with my lovely hubby and princess Aina



...mertua, adik ipar dan Aina

Disebabkan tak sempat bersarapan pagi, kami bersarapan aje kat puncak Bukit Bendera. Makanannya sedap-sedap dan harganya pun murah..





Selepas sarapan, kami ronda-ronda di sekitar Bukit Bendera menikmati kehijauan pemandangnya..Udaranya nyaman, bebas dari pencemaran...

Habis jer ronda-ronda, Aina merengek-rengek nak masuk Museum Burung Hantu..Dalam tu tak ada seekor pun burung hantu. Yang ada hanya ukiran kraftangan dan lukisan burung hantu...





 Sudah tiba masanya untuk turun dari Bukit Bendera..Selamat tinggal Bukit Bendera...

Klik sini

Pengalaman Turun Dari Bukit Bendera




Sunday, May 16, 2010

Ronda-ronda Tesco Selayang di pagi Sabtu

Sebenarnya kepala tengah buntu. Almaklumlah, cuti tak de apa nak buat. Mula-mula nak pergi sarapan jer. Tetiba suami ajak pergi Tesco Selayang. Dah lama tak pergi katanya. Tak jadi sarapan, langsung naik kereta menuju ke Selayang.

Emmm..dah sampai dah..anak kami yang paling excited sekali..
Dia dulu ke depan


Pantang nampak permainan, mesti nak try.
Biasa la..nama pun budak-budak..


Mula-mula cari Food Court dulu kat tingkat atas. Perut dah berkeroncong dah ni. Lambat sarapan. Apakan daya kedai baru buka..kenalah tunggu. Sementara menunggu nampak tempat buat terapi ikan. 20 minit RM10. Kira murah.

Bukan main seronok ikan dapat makan kaki...

Sementara buat terapi nie, si kecik tu apalagi.. Kids Playland jadi tempat tumpuan dia. Memang pucuk dicita ulam mendatang..

Seronok dapat permainan..

Dah siap buat terapi, nak layan perut pulak. Dari tadi dah berkeroncong, lambat makan.

Menu sarapan pagi. Nasi Paprik untuk anak, Chicken Chop suami punya, aku punya makanan hot plate

Air kopi O dengan kopi.. Beli kat Kopitiam Station. Satu cawan RM 2.50..

Tak sabar nampaknya nak menikmati hidangan sarapan pagi

Tunggu....sempat lagi bergambar dua beranak..

Puas main kat playground budak nie..

Kat Tesco Selayang nie banyak tempat permainan kanak-kanak. Bagus la..sekurang-kurang nya tak la bosan budak-budak..Siapkan ongkos nya aje..

Sebenarnya pergi Tesco nak cari Stack'em Wooden Block Game. Yang nie kat Tesco je ada. Kat tempat lain ada tapi tak sama dengan yang nie..

Banyak pun..yang besar ada, yang kecil pun ada. Pilih jer la yang mana satu..

Beli barang rumah sikit, pas tu gerak balik rumah...Tensen..jalan "jam" giler...