Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Thursday, April 27, 2017

Jangan lepaskan genggaman ini


Setelah kau gapai tangan ku ini, jangan lepaskan lagi..
Genggam erat, bersama menuju ke jalan bahagia..
Jika dileraikan genggaman itu, pasti aku akan berlalu pergi kerana sudah tak diperlukan lagi..

Saturday, September 28, 2013

Giveaway Saya Sayang Malaysia - JiwarOsak





Giveaway Saya Sayang Malaysia


Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..


Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia



1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway


3. Follow dan Like fanpage Sponser


AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha



4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana Malaysia adalah tempat kelahiran saya. Malaysia cukup lengkap dengan segalanya dari segi keamanan, keindahan, insfrastruktur, makanan yang sedap-sedap dan sebagainya. Walaupun masyarakatnya hidup dalam komuniti berbilang kaum, eratnya silaturahim masih boleh dipupuk kerana masyarakat Malaysia mudah mesra antara satu sama lain.

Kerana itu Saya Sayang Malaysia….


Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

Thursday, December 20, 2012

Anniversary ke 9 tahun

Tanggal 19 Disember 2012 (semalam) adalah hari ulang tahun perkahwinan Annaz dan suami tercinta. Sudah 9 tahun rupanya kami melayari bahtera rumahtangga. Sudah bermacam-macam perkara pahit dan manis kami rempuhi bersama..

Untuk itu Annaz dah sediakan satu surprise untuk dia...


















Disediakan khas buat suami tersayang...
Apa isinya ?...















Sebuah jam tangan Casio..
Incik hubby ucap terima kasih..
Tergambar kegembiraan di wajahnya..
Walaupun nilainya tak seberapa, tapi itu tanda ingatan.

Terima kasih, sayang sebab sentiasa menyayangi diri ini..
Selagi hayat dikandung badan, akan ku pertahankan kesucian perhubungan ini...


Friday, December 14, 2012

Sungguh Aku Rindu Dia..

Terkenang raut wajahnya..
Teringat keletah dan gerak badannya..
Terbayang-bayang rajuknya
Terngiang-ngiang gelak tawanya..
Terdengar-dengar rayuan manjanya..

Segalanya bisa buat hati ini merasa rindu..
Tak sabar rasa bertemu..
Ingin memeluk, mencium, mengucup
Sungguh aku rindu..
 

Sesungguhnya dialah buah hati pengarang jantung...
Tunggu..ibu dan ayah akan menjemput adik nanti..
Jangan nakal-nakal duduk kat kampung..


Friday, June 8, 2012

Aku Cinta Kamu...

Dalam hati ada satu rasa..
Rasa itu, rasa cinta yang tersemat jauh di dasar hati...

Kenapa mesti cinta?
Kenapa di hati?

Kerana..

Cinta itu suatu kuasa
kerana ia terletak dalam hati 
raja yang paling berkuasa dalam
kerajaan diri manusia...

Kerana itu juga..

Aku cinta akan kamu wahai
Suamiku..
ibu bapaku
anak-anakku
adik-adikku
saudara-maraku
sahabat-sahabatku

...aku cinta akan kamu kerana ALLAH..

Kenapa?

Cinta kepada manusia kerana Allah adalah cinta yang suci. Cinta itulah yang menyatukan dua hati dengan mantap dan serasi. Cinta itulah yang menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar..

Firman Allah SWT :

Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-mara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.  Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(Surah at-Taubah 9:24)

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Tidak sempurna iman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudara Islamnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".


Panduan Penulisan :-

Cinta kerana Allah
Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Karya Pahrol Mohamad Juoi