Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Sunday, October 24, 2010

Contest Gambar Percutian Anjuran Cik Kojah

Salam semua..
Hari nie terasa cam nk join contest..
Ada satu nie yang menarik perhatian..
Contest apa yek...

---------------------------------------------------------------------------------------------

KONTEST GAMBAR PERCUTIAN YANG MENARIK LAGI TERTARIK!
Anjuran cik KOJAH kita...
Klik banner contest di atas utk melihat syarat2 nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Gambar nie dirakamkan ketika bercuti di Cameron Highland. Nak tahu di mana lokasinya?.. Lokasinya di atas puncak Ladang Boh. Masih terasa kedinginan cuaca ketika itu. Si kecik yg atas dukungan tak lepas peluang mendaki sendiri puncak Boh walaupun ketika itu masih berumur 3 tahun. Larat betul. Smua org tegur dia di sepanjang pendakian kami. Saya suka gambar nie sbb kehijauan pemandangannya sayup mata memandang..

Ok...setakat ini sajer yang bleh dikongsi bersama...
Harap2 cik KOJAH kita suka...

Saturday, October 23, 2010

Guru Togel...

Guru Togel...???

Guru merupakan seekor cipanzi yang juga bekas haiwan perliharaan sarkas.

Kenapa dia togel??

Bulu di tubuhnya gugur akibat penyakit alopecia. Guru mengalami penyakit alopecia ketika menjadi sebahagian daripada haiwan sarkas sebelum diselamatkan dan dihantar ke zoo di Chennai. Dia berada di Chennai hampir 10 tahun sebelum dipindahkan ke Zoo Mysore 7 tahun yang lalu bagi membolehkan pakar veterina menjalankan pemantauan.


Lihatlah otot2 di tangannya....

Guru dikatakan berusia 20 tahun. Memiliki susuk tubuh seperti manusia setelah bulu diseluruh tubuhnya gugur akibat alopecia.

Beratus-ratus orang berkunjung ke Zoo Mysore, selatan India untuk melihat guru walaupun kedatangan mereka disambut dengan balingan batu.

Malu agaknya smua pakat dok tengok dia...


Alopecia is the medical description of the loss of hair from the head or body, sometimes to the extent of baldness. - Wikipedia.


Friday, October 22, 2010

Dirasuk hantu rambut panjang...

Belum pernah aku alami situasi yang seram sebegini...dan mmg berharap pun tak akan mengalaminya..

Ketika itu aku baru sampai ke rumah..Masa tu rumah ada tetamu. Masuk jer rumah salah sorang dari mereka tegur aku..
"Panjangnya rambut kau". Aku agak terkejut gak bila ditegur begitu. Ye la, selalu pakai tudung, mlm nie plak gatal nk free hair..

Aku cuba meraba rambut ku. "Takkan dorang nie tak nampak yg rambut ku hanya lepas paras bahu jer". Tindakan ku gagal. Tangan ku seolah2 terkunci. Aku menoleh ke kiri. Ku lihat rambut ku panjang berjela2. Aku yang berdiri nie pun lebih paras tumit..

Tiba2 aku dpt merasakan ada satu kuasa yg mengawal segala pergerakan ku. Aku cuba sedaya upaya untuk melepas diri dari dibelenggu kuasa ghaib itu.

Melihatkan keadaan ku yg tiba2 berubah laku, mereka menegur ku..
"Kau kenapa nie".
"Kau diam. Jangan ganggu aku," aku lantas menjawab. Tapi suara ku telah berubah menjadi garau. Aku ketawa mengilai2..Mereka yang berada di sekelilingku terkejut.

Dari dalam diri aku yg sebenar, aku sedar akan perubahan itu. Aku cuba meronta2 tetapi kuasa itu seolah2 semakin kuat. Aku cuba membaca ayat Kursi walaupun dalam seribu kepayahan...

Aku semakin tidak sedar diri.. terasa kesakitan dan kepenatan..Aku tak tau apa yang berlaku seterusnya.. Sedar2 aku merasa semakin tenang. Kuasa ghaib yg mengawal diri ku sejak tadi sudah hilang..

Aku bangun...
Aku lihat sekeliling...sunyi..
Al Hamdulillah...aku telah bebas..
Al Hamdulillah...Aku cuma bermimpi..
mimpi yg aku rasa mmg 'real' berlaku ke atas diri ku..


Org2 tua pesan, sebelum tido basuh kaki..
Baca2 apa yang patut..
Agaknya aku keletihan, tu yg tertido x sedar diri...

Thursday, October 21, 2010

Thank you so much...


Salam smua...
Hari nie harap2 smuanya sihat2 & ceria2..
Dan harap2 hari nie hari yang terbaik dr hari2 yang sebelumnya...

Miss Annaz hanya nk ucapkan terima kasih kat u alls yg dtg berkunjung kat blog nie..
Tengok kat shoutmix ramai yg tinggalkan jejak kat situ..
Miss Annaz mmg sesangat sukahati & teruja bila nampak ramai pengunjung kat situ...

Sapa agaknya yer mereka2 nie?..

*

*

*

*

*

*

Mereka ialah :-

Malek ku - thank you nuffnang for giving me 4 buffered earning in a time

feyus - kod rahsia handset anda..

Pn. Ros - surat dari Tijah

GaDiS KaMPuNg SePaRa BaNDaR - aku baru sedar, dalam hidup ini ramai orang pentingkan diri sendiri !!!

Solihin - TV3 didenda RM 50,000 kerana menghina Islam

Udeen

Fuziani JSR - Aku diganggu jin warna-warni

KongSibeRsamaNora - Contest gambar menarik lagi tertarik

GematriA - (preview) Hikayat Merong Mahawangsa

Tubelawak - mulakan hari anda dengan ceria : senaman pagi yoga.

currentlife2u - Skim Rumah Pertama : Positif atau Negatif

Dzul - Produk alien yang diimpi2kan oleh Gamers seluruh dunia

ellen - cuma doa ku pinta dari kalian

Syatoza - -------> -______-"

cilepalviolet - ikan pirana gergasi??

madihah87 - ada sesuatu nak bagitau nie..baca la

Fiqas - "Sape nak hadiah free dari Paris =)"

Alienellis - Pertandingan 'header' tercantik kali ke 2

Bio Aura - Bio Aura Murah - RM999

~

~

~

Nama2 kat atas tu mmg dh di link kan kat blog dorang..
apalagi..jom terjah dorang ramai2....

p/s : pada yg x tersenarai minta maaf bebanyak yer...
korang pun pengunjung yg setia...

Wednesday, October 20, 2010

Gempar klip video kuda bertanduk...


ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.

Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.

"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.

"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu

Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai.

Sumber : Kosmo


Yang nie ker klip video yang dimaksudkan di atas?
Entahlah....
Apa2 pun tengok jer la...

Tuesday, October 19, 2010

Hajat yg dh tertunai..

Dia mmg suka bila dh bagi..
Puas la tu...
Bukan main suka lagi...seronok yang tak terhingga...

*

*

*


Dia mmg minat kartun nie..klu bleh x nak tinggal satu episod pun..
Dah hafal dh jln citer..
apalagi citer..The Powerpuff Girl yg cute tu..

Siap mintak tolong belikan sabun mandi gambar Powerpuff Girl..cari gak tp tak tau cam ner rupanya..
Hari tu g shopping ada la nampak mende yg dia nak tu...

So, belikan jer la..lepaskan hajat..

bath soup

body powder


Suka sangat la tu...puas la hati...


Saturday, October 16, 2010

Tunggang Singa Jantan

Berdepan dgn haiwan ganas umpama menempah maut. Tapi lain pula cerita dengan seorang penjinak singa di Afrika Selatan..

Kevin Richardson menunggang seekor singa di taman Dunia Singa Putih di Broederstroom, dekat Johannesburg, Afrika Selatan.
----------------------------------------------

BROEDERSTROOM - Berdepan dengan seekor singa jantan dewasa memang perbuatan bodoh manakala menunggang belakangnya ibarat sengaja membunuh diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang penjinak singa di Afrika Selatan, Kevin Richardson, aksinya cukup selamat dan dia gemar melakukan kegiatan tersebut.

Menggelarkan dirinya sebagai 'duta singa' Richardson, 34, mendakwa bahawa dia boleh tidur sekali gus bermalam bersama haiwan itu.

Lelaki itu menguruskan sebuah taman pemuliharaan haiwan yang dikenali sebagai taman Dunia Singa Putih di sini dan dia turut memelihara beberapa ekor cheetah, harimau bintang serta dubuk.

Dia menjadi kawan rapat haiwan-haiwan itu dengan bercakap dan melayan dengan penuh kasih sayang.


Sumber : Kosmo