Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Berita Yang Paling Menyedihkan

Hari Jumaat yang lepas, keluarga Annaz menerima berita yang paling menyedihkan. Seorang sepupu Annaz kehilangan anak sulungnya akibat kecuaian Pusat Asuhan. Paling menyedihkan, kali pertama dan terakhir bertemu bayi itu sebelum dimandikan dan selepas dikafankan. Semoga Muhammad Waiz Wafiq tenang di alam sana.

Ya Allah, Kau kurniakan kekuatan kepada kedua ibu bapanya untuk menghadapi segala ujian dari Mu. Apa yang berlaku ini menginsafkan aku yang apa yang ada padaku ini hanyalah pinjaman.





Seorang lagi yang menerima nasib yang sama akibat kecuai pekerja pusat asuhan itu.


Semoga kedua-dua bayi ini mendapat pembelaan yang sewajarnya...

Saturday, November 3, 2012

Gangnam Style kedua tertinggi di YouTube

SEOUL - Populariti penyanyi rap Korea Selatan, Psy terus meningkat apabila lagu Gangnam Style miliknya menjadi muzik video kedua tertinggi ditonton di laman perkongsian video YouTube.
Muzik video tarian kuda itu kini ditonton lebih 620 juta kali di seluruh dunia sejak ia dimuat naik pada Julai lalu.
Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 34, semalam mengenepikan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez menerusi muzik video On the Floor.
Lagu hit Lopez, 43, yang dimuat naik sejak Mac tahun lalu itu ditonton lebih 615 juta kali.
Bintang pop remaja, Justin Bieber, 18, pula kekal di tempat pertama apabila muzik video Baby ditonton lebih 790 juta kali di YouTube.
Muzik video Baby dimuat naik di YouTube dua tahun lepas. - AFP

Yang nie salah satu videonya..


Wednesday, August 10, 2011

Pelajar Malaysia cedera diserang


Asyraf Haziq, seorang pelajar Malaysia menjadi mangsa diserang dan disamun oleh sekumpulan belia lelaki yg terlibat dlm rusuhan di London.


Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.

Kejadian itu dirakam oleh org awam dan disiarkan di dlm YouTube.



Rakaman ini menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain.

Semoga rakyat Malaysia yg ada di sana selamat dan kejadian ini tidak berulang lagi.


Wednesday, May 18, 2011

Apa reaksi anda bila dpt tahu dlm air kat rumah anda ada......


Air merupakan satu keperluan harian manusia dan juga hidupan lain..
Nak membasuh, juga air..
Nak masak guna air..
Nak mandi, minum dan sebagainya..

Bersih ker air dlm tangki rumah anda?
atau bersih ker air yg disalur terus dari paip ke rumah anda?..
Kurang tahu, tak tahu atau tak amik tahu..
Tak pernah plak terfikir sampai ke situ...

Bagaimana reaksi kita bila dpt dlm tangki air tu ada bangkai binatang atau mayat manusia..
Eeeeiiiii!!!! yekkk..!!!!
mesti muntah terbelahak...

Laporan Straits Times, penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tak sedar bahawa air yg mereka gunakan hari2, rupa2nya adalah air mayat. Air dlm tangki mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati.

Tangki air di Blok Blok 686B, Woodlands Drive 73, Sembawang


Perkara ini disedari selepas ada aduan kpd Majlis Perbandaran Sembawang mengenai air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

Kembang tekak bila baca berita tu..mesti ada yg terbelahak bila dpt tahu selama nie mereka minuam air mayat...


Sumber : Kosmo




Tuesday, May 10, 2011

Lelaki Tanpa Muka Dapat Wajah Baru

Tiada sesiapa pun di dunia ini ingin kehilangan sesuatu yg berharga pada diri masing2..
Begitu juga pada Dallas Wiens, seorang lelaki di Amerika Syarikat. Wiens, 25 tahun, kehilangan wajahnya selepas mukanya terbakar dlm satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada tahun 2008.


Wiens juga merupakan lelaki pertama di Amerika Syarikat yg menjalani pembedahan pemindahan muka penuh. Dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dgn melibatkan kepakaran lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pd bulan Mac lalu.

Gambar sebelum kemalangan

Kini, Wiens boleh merasi ciuman dr anaknya setelah lebih 2 tahun tidak merasainya. Ia adalah satu pengalaman yg menakjubkan bg beliau. Walaupun masih buta, Wiens sudah boleh menghidu bauan.


Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.



Thursday, April 21, 2011

Classmate Durjana

Panas sungguh hati bila baca berita mengenai kejadian cabul di sekolah dimana seorang pelajar berusia 15 tahun dicabul oleh empat orang rakan sekelas dan seorang lagi pelajar lelaki tingkatan empat..

Paling mengaibkan dia dicabul di hadapan pelajar2 lain..
Sungguh tak berhati perut classmate dia tu..

KANGAR - Empat pelajar lelaki ditahan kerana disyaki mencabul seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Supritendan Lee Swee Meng berkata, penahanan keempat-empat pelajar lelaki itu dilakukan selepas mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Arau kelmarin.

Katanya, mereka yang ditahan itu adalah tiga pelajar berusia 15 tahun yang merupakan rakan sekelas mangsa dan seorang lagi pelajar tingkatan empat di sekolah tersebut.

"Selain suspek, polis juga mempunyai dua saksi iaitu kawan mangsa yang melihat kejadian cabul berkenaan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Swee Meng, kes tersebut disiasat mengikut Seksyan 354 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek akan dikenakan reman bagi melengkapkan siasatan polis.

Sumber : KOSMO!
Rabu, 20 April 2011

Memalukan sungguh..
Klu masih bersekolah dh mcm nie punya perangai, cam ner la nanti bila dh dewasa...
Mesti perangai mcm s***n..!!!!!



Monday, March 28, 2011

Pokok dipenuhi sarang labah-labah


KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.

Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

- : : -

Miss Annaz mmg takut dgn binatang yg namanya labah2..

Klu bleh dgn sarang dia pun tak nk dekat sbb dh ada pengalaman digigit labah2..

Nasib x jd Spiderwomen...

Monday, March 14, 2011

Pemenang ratu cantik perlu lapah ular


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Pemenang Ratu Cantik Ular di Sweetwater, Texas perlu melapah ular spesies orok-orok selain diberikan tiara kemenangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemenang ratu cantik itu, Laney Wallace yang memenangi gelaran tersebut pada minggu lalu hanya menggunakan parang untuk memutuskan kepala dan melapah kulit ular tersebut dengan menggunakan gunting.

"Saya terlalu teruja untuk memutuskan dan melapah kulit ular," katanya.

Daging ular itu digoreng untuk dijadikan makanan ringan, manakala kulit haiwan itu digunakan untuk membuat but dan dompet manakala racunnya pula untuk dibuat kajian.

Pemenang kedua pula diminta mencelup tangannya dengan darah ular tersebut dan membuat kesan tapak tangannya yang berdarah di dinding. - Agensi

KOSMO

Friday, January 14, 2011

Air Sungai Goldstream bertukar warna...

OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam.

SUNGAI Goldstream di Kanada bertukar menjadi hijau pada 29 Disember lalu.

Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.

Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.

Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.

Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.

Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.

Imej sungai itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi


Wednesday, October 20, 2010

Gempar klip video kuda bertanduk...


ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.

Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.

"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.

"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu

Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai.

Sumber : Kosmo


Yang nie ker klip video yang dimaksudkan di atas?
Entahlah....
Apa2 pun tengok jer la...

Saturday, October 16, 2010

Tunggang Singa Jantan

Berdepan dgn haiwan ganas umpama menempah maut. Tapi lain pula cerita dengan seorang penjinak singa di Afrika Selatan..

Kevin Richardson menunggang seekor singa di taman Dunia Singa Putih di Broederstroom, dekat Johannesburg, Afrika Selatan.
----------------------------------------------

BROEDERSTROOM - Berdepan dengan seekor singa jantan dewasa memang perbuatan bodoh manakala menunggang belakangnya ibarat sengaja membunuh diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang penjinak singa di Afrika Selatan, Kevin Richardson, aksinya cukup selamat dan dia gemar melakukan kegiatan tersebut.

Menggelarkan dirinya sebagai 'duta singa' Richardson, 34, mendakwa bahawa dia boleh tidur sekali gus bermalam bersama haiwan itu.

Lelaki itu menguruskan sebuah taman pemuliharaan haiwan yang dikenali sebagai taman Dunia Singa Putih di sini dan dia turut memelihara beberapa ekor cheetah, harimau bintang serta dubuk.

Dia menjadi kawan rapat haiwan-haiwan itu dengan bercakap dan melayan dengan penuh kasih sayang.


Sumber : Kosmo

Thursday, October 14, 2010

Bapa gigit anak...apa kes??...

Biasa yg kita dengar baby yg baru nk tumbuh gigi mmg suka menggigit..
Tp lain hal pula ada satu kes nie..Bapa gigit anak..
Ada ke patut?..
Tak patut..tak patut...

*

*

*


"Saya geram, saya tertekan, saya gigit anak saya" kata seorang bapa semasa merayu di Mahkamah Majistret Kajang semalam selepas mengaku bersalah kerana menggigit anak perempuannya yg berumur 3 bulan..Kesian budak tu....

Kenapa ye dia gigit anak dia?
Dah tak de keje lain ke dia?...
Pelik jugak!!!
?..?..?..?..

Puncanya, dia marah kat isteri dia sbb enggan memenuhi permintaanya supaya mengisi air dlm botol. Tak bleh isi sendiri ker?...Time mengada2 dh dtg la tu...

Yg kesiannya baby tu mengalami pendarahan bawah mata kanan, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan..
Kesian sungguh baby tu...

Kes ni bleh lah dikategorikan sebagai kegeraman yang melampau....
kecik2 dulu x puas menggigit kot...
Ha..ha..ha..

Sunday, October 3, 2010

Sampai hati ibu...

LINCOLN (Nebraska): Gambar dipaparkan ini menceritakan kisah yang menyayat hati apabila seorang bayi lelaki dipercayai menjadi mangsa kekejaman ibu dan kekasihnya.

JAYLA dan Honea bergambar dengan bayi itu yang cuba melepaskan tangannya yang dibalut dengan pita pelekat.

Bayi berusia 22 bulan itu dilekatkan ke dinding selepas ibu dan kekasih wanita itu seronok berparti di kediaman mereka di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat. Jayla Hamm, 18, dikatakan membantu kekasihnya, Corde Honea,19, melekatkan lengan, kaki dan tubuh bayinya ke dinding menggunakan pita pelekat. Jayla dan Honea kemudian mengambil gambar bayi malang itu yang menangis kesakitan sambil mengacukan minuman kegemarannya. Perbuatan tidak berhati perut pasangan itu terdedah apabila Jayla menunjukkan gambar berkenaan kepada seorang rakan yang kemudian menghubungi polis. Polis merampas kamera digital yang digunakan pasangan itu untuk mengambil gambar bayi terbabit.


Menurut polis, bayi itu dilihat menangis kesakitan ketika dilekatkan ke dinding dengan pita pelekat.


Satu daripada gambar memaparkan bayi itu cuba melepaskan diri apabila lengan dan tangannya dilekatkan ke belakang pada dinding.


Gambar lain pula menunjukkan pita pelekat dilekatkan merentangi tubuh dan kakinya.


Polis berkata, pasangan itu yang didapati khayal selepas seronok berparti melekatkan bayi berkenaan ke dinding untuk tujuan hiburan bukan mendisiplinkannya.


Perbuatan kejam itu berlaku selepas kisah seorang budak perempuan dilekat pada dinding tersebar di Internet sebelum ini.


Hakim Paul Korslund menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas Jayla dan tempoh percubaan selama dua tahun. “Apa yang mengejutkan mengenai kes ini ialah ia menyalahi fitrah semula jadi ibu bapa yang biasanya akan melindungi anak mereka daripada penderaan dan penghinaan,” kata Korslund. Bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat perlindungan negeri.


Honea pula dihukum 3 hingga 5 tahun penjara kerana mendera kanak-kanak dengan niat. Dia juga dipenjara 2 hingga 5 tahun atas tuduhan berasingan iaitu melakukan rompakan dan 12 ke 24 bulan kerana memiliki senjata api curi. -Agensi



Thursday, May 27, 2010

Cahaya ganjil di barat Kanada

Gambar ini menunjukkan lingkaran cahaya aneh yang dirakam oleh kamera milik Steven Murray yang dirakam di barat Kanada.

Lingkaran cahaya ini sama seperti yang ditemui di langit Norway pada 9 Disember tahun lalu yang pada awalnya disangka sebagai UFO tetapi kemudian dianggap berpunca dari ujian peluru berpandu Rusia yang tidak berjaya.

Untuk yang selanjutnya klik kat sini - KOSMO


Tuesday, April 20, 2010

Tak Berhati Perut

Aku baru saja membaca berita di myMetro. Lagi-lagi kes penganiayaan kaum wanita. Seorang gadis mangsa nahas menjadi manga rogol seorang lelaki kejam yang tak berhati perut.

Dah lah dia yang menyembur muka muka pengunggang motosikal tu sampai terjatuh dan cedera. Tanpa mengendahkan raungan kesakitan gadis itu, si durjana menarik dan membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah tandas awam dan merogol mangsa...

Apalah nasib kaum wanita hari ini yang menjadi mangsa manusia yang bertopengkan syaitan. tak sudah-sudah berita menjadi mangsa dera, simbah asid, dibunuh kejam, dirogol dan macam-macam lagi.

Selagi manusia tidak dapat mengawal hawa nafsu dipengaruhi syaitan, selagi itulah kejadian-kejadian ini tidak dapat dihentikan...