Pages

Monday, November 29, 2010

Puisi Gila Untuk Ariel, Luna dan Cut


Kes video hangat melibatkan 3 orang artis Indonesia memang menggegarkan dunia seni tanahair negara itu. Bahangnya terasa sampai ke sini.

Berbagai-bagai cara dilakukan oleh pihak penunuk perasaan anti-Ariel bagi meyampaikan pandangan mereka. Salah satunya ialah puisi berjudul Puisi Gila.

Pihak Front Umat Islam (FUI) telah mengadakan satu demontrasi di depan Pengadilan Negeri Bandung yang bertempat di Jalan RE Martadianata, Bandung pada Selasa lalu. Sepanjang persidangan mahkamah Ariel berlangsung, mereka berterusan menjerit agar sidang tersebut dilakukan secara terbuka.

Pelbagai spanduk menolak pornografi dan poster kecaman dibawa. Selain itu, mereka juga sempat membacakan puisi yang mengecam Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.

Uniknya, setiap bait kata puisi tersebut diawali dengan huruf depan nama Ariel, Luna dan Cut Tari...

Sunday, November 28, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA - oleh Ben Ashaari

Siapa yang tidak kenal dengan Ben Ashaari, blogger yang terkenal masa kini. Encik Ben mmg slalu membantu blogger2 lain mempromosikan blog mereka..Tq Encik Ben.

Salah satu nie la nih...REDAH AKU DAN KAU PUNYA. Nak tahu lebih lanjut terjah la BEN ASHAARI : REDAH AKU DAN KAU PUNYA.

Redah punya redah yang miss annaz dapat nie la 5 entri Encik Ben yang paling menarik :-
Ok. Itulah saja 5 entri Encik Ben yang Miss Annaz rasa yang paling menarik untuk diterjah..

Sekarang nie tiba giliran untuk menerjah 5 entri Miss Annaz yang rasa2nya patut dan berbaloi untuk anda kunjungi :-

Itu saja setakat ini. Jom kita join rama2 supaya lagi bertambah meriah...

Friday, November 26, 2010

Hentikan Segera Penderaan Kanak-kanak

unicef
Get on board....klik sini

HENTIKAN SEGERA..!!!!!!



Anak-anak ibarat anugerah kepada pasangan suami isteri. Anak-anak adalah penyeri dan pengikat hubungan suami isteri. Merekalah penghibur dikala suka duka. Mereka juga lambang cinta seseorang yang sudah berumahtangga. Kehadiran mereka jua lah yang senantiasa ditunggu-tunggu selepas seseorang itu menjejakkan kaki ke alam rumahtangga..

Anak-anak ini juga merupakan tonggak negara. Mereka bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka juga lah yang akan menentukan perjalanan kemakmuran, kesejahteraan, keamanan dan kemerdekaan negara yang selama ini kita kecapi.


Tetapi mengapa hari ini terdapat kes-kes penderaan, pembuangan dan pengabaian kanak-kanak yang senantiasa memenuhi di dada akhbar mahupun media elektronik?.. Dimanakah kesedaran dan keperimanusiaan mereka yang bertanggungjawab dalam membesarkan, memberi kasih sayang, memberi pendidikan yang sempurna dan menjamin keselamatan mereka?..


Lihatlah betapa kejamnya manusia hari ini...!!!!!

Untuk itu saya memang menyokong 100% kempen ini. Saya tidak mahu penderaan terhadap kanak-kanak berlaku lagi pada masa akan datang. Antara penderaan yang dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab adalah :-

  • Penderaan Seksual - contohnya rogol dan cabul
  • Penderaan Fizikal - contohnya melakukan sesuatu yang mendatangkan kecederaan terhadap anggota badan kanak-kanak.
  • Penderaan Mental - contohnya melakukan sesuatu yang menjejaskan emosi dan pemikiran kanak-kanak.
Dengan menyokong dan menyertai kempen ini juga anda boleh memenangi sebuah Sony Cybershot W190 keluaran terbaru. Untuk maklumat lanjut klik di sini..

Hentikan segera perbuatan penderaan terhadap kanak-kanak. Kita juga pernah bergelar kanak-kanak juga. Hulurkan tangan anda hentikan penderaan kanak-kanak.

Sunday, November 21, 2010

Petua memutihkan kulit kerang

Kerang yang selalu kita beli di pasar selalunya jarang jumpa yang sudah dibersihkan. Kulitnya perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.

Bagaimanakah caranya anda membersihkannya. Ada bermacam-macam cara yang digunakan. Ada di antaranya menggosok dengan berus. Tapi cara nie memenatkan jer dan buang masa. Ada yang guna pelepah pisang dan macam-macam cara lagi...

Mungkin cara ini yang paling mudah dan jimat masa.

Rendamkan kerang dengan air yang dicampur dengan serbuk soda bikarbonat dalam beberapa minit. Kemudian gaul-gaul kerang itu. Dan gosok sikit-sikit. Insyaallah...kulit kerang itu akan bersih.

Selamat Mencuba....

Friday, November 19, 2010

Aina pergi Majlis sambutan Deepa-Raya di Holiday Hotel Subang Jaya

18 November 2010 yang lalu, Aina dapat peluang pergi ke Majlis Sambutan Deepa-Raya kerjasama Bakti dan Holiday Hotel Subang Jaya.

Seawal jam 9.00 pagi Annaz dah siapkan si comel Aina. Annaz mmg nk Aina kelihatan cantik dan comel bila pergi mana-mana majlis. Siap beli baju lagi khas untuk pergi majlis tu. Tengok tu..bukan main seronok lagi dia...


sempat gak berposing dlm lif

Macam gaya model...


Klip nie dirakam oleh my hubby melalui berita kat TV

GA : viWy_gurLisH Giveaway

Terbaca ttg GA nie melalui blog cik Nina.
So, sbb tertarik terasa nak join GA nie.
Giveaway nie anjuran cik viwy_gurlish sempena bulan Aidiladha nie..



Syarat2nya...
- mestilah menjadi follower cik viwy_gurlish
- Buat special special post ttg GA nie & tinggalkan link
- Letak banner Ga kat sidebar blog memasing
- hadiah ditaja oleh viwy_gurlish
- tag kepada 2 rakan blogger yang lain...

Mudah sesangat..

Lihat hadiah nie..pasti anda tertarik nak mencuba kan?
Sebab tu miss annaz beriya2 nak join gak GA nie..

Klik kat sini untuk maklumat lanjut...

miss annaz nak tag sapa yek...???
Kakyong
cik zurazari


yang lain klu berminat bleh gak join...

Saturday, November 13, 2010

Bila berakhirnya jangka hayat produk kosmetik anda?...

Adakah anda seorang yang obses dgn alat2 mekap? Mungkin anda juga adalah pengumpul koleksi alat2 mekap? Terutamanya golongan wanita, kita selalu dan dah sememangnya dikaitkan dengan pengunaan alat2 kosmetik.. Dalam pada ralit menggunakan produk kosmetik anda itu, pernah atau tidak anda terfikir untuk memastikan bila jangka hayatnya berakhir? Bagaimana kita nak tau bila sesuatu produk kosmetik kita dah tak boleh digunakan lagi?...

Berikut adalah sebagai panduan kepada kita semua sebagai pengguna produk kosmetik :




Bedak Asas

Mampu bertahan selama 12 hingga 18 bulan bermula dari saat ia dibuka. Sekiranya
ia berubah warna dam mula mengeluarkan bau, maka hentikan penggunaannya.




Bedak Debu

Lazimnya bertahan sehingga 2 tahun. Manakala bedak padat pula bertahan hanya lebih kurang setahun kerana minyak yang terserap pada span akan merosakkan produk.




Penyamar noda

Biasanya boleh digunakan sehingga 12 bulan tetapi perlu menggantikannya dengan yang baru jika strukturnya mula padat dan menempel apabila disapu di kawasan bawa mata.



Pembayang Mata

Ia boleh bertahan sehingga 3 tahun tetapi sekiranya ianya mula merekah, tukarkannya kepada yang baru.





Pengaris mata

Ia dapat bertahan sehingga 3 tahun. Jika ia dalam bentuk pensil, pastikan matanya sentiasa tajam. Jenis twist-up pula adakalanya mudah kering dalam satu tempoh masa. Sekiranya ia agak kering selepas disapukan ke mata, maka ia tidak boleh digunakan lagi.


Maskara

Biasanya maskara akan bertahan sehingga 4 bulan. Jika terlalu lama, ia akan kering dan merekah. Oleh itu, jangan pam berus maskara terlalu kerap kerana udara mudah masuk melalui tiub maskara, seterusnya membuatkan maskara kering. Cara yang betul ialah memusingkan berus maskara dan keluarkannya dengan cermat.


Pengilat / pewarna kuku

Ia boleh bertahan selama sehingga 12 bulan. Jika kandungannya mula bertukar warna kekuningan, tukarlah kepada yang baru.




Pencuci & pelembab wajah

Sekurang-kurangnya bertahan dalam tempoh setahun. Pastikan anda menjaga kebersihan produk. Jangan sekali-kali memasukkan jari pada tiub atau balangnya. Guna kapas agar kandungannya tidak tercemar


Berus

Berus yang berkualiti akan bertahan dalam tempoh yang lama. Cuci dengan pencuci wajah yang lembut dan biarkannya kering. Cuci berus solek sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali.




Gincu

Sesetengah pakar berpendapat gincu bibir boleh bertahan antara satu hingga dua tahun. Sekiranya ia sudah mengeluarkan bau yang agak tengik, jangan gunakan lagi..

Memastikan jangka hayat alat kosmetik adalah penting kerana ia penggunaan produk yang jangka hayatnya sudah berakhir akan mendatangkan kesan buruk kepada kulit kita.

Friday, November 12, 2010

Kreatif : Cipta litar permainan F1

Seorang pereka ruang pameran dan peminat kereta, James-Michael Harlan, Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa selama tiga tahun dengan mencipta litar permainan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) sepanjang 44.19 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 39 tahun dan masih bujang membelanjakan sebanyak AS$6,000 (RM18,546) serta 7,000 jam untuk membina litar tersebut.

Litar setinggi 0.76 meter itu mengandungi empat lorong, tempat duduk grandstand, laluan berhenti kereta F1 dan jambatan.

"Saya mengendalikan perlumbaan malam dengan melibatkan kira-kira 30 orang," katanya yang menganggap ciptaannya itu sebagai luar biasa.

"Ia (mencipta litar itu) merupakan satu keseronokan dan saya akan menggunakannya dengan penuh kegembiraan selama beberapa tahun akan datang," tambahnya.

Wednesday, November 10, 2010

Rawat kulit dengan scrub semulajadi

Kulit memerlukan rawatan supaya kelihatan remaja. Scrub merupakan rawatan yang membantu membuang sel kulit mati dan mengembalikan keremajaan kulit. Ia bukan sahaja menyegarkan, malah dapat meningkatkan perjalanan darah dan menegangkan kulit.

Bahan-bahan :

1 cawan oat
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan ground mustard
2 sudu makan daun ketumbar dihaluskan
3 sudu makan air mawar
1 cawan jus limau
1/2 cawan air

Cara membuatnya :

1.Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau rata.
2.Gosok campuran ini keseluruh tubuh dan wajah dalam gerakan yang lembut.
3.Bilas wajah dn tubuh anda dengan air suam.


Selamat Mencuba

Tuesday, November 9, 2010

Tak sabar nak berbini lagi...


Budin merasa sgt sedih atas kematian isterinya yang tercinta. Disebabkan terlalu sayang terhadap arwah isterinya, Budin tidak melepaskan peluang untuk menziarahi pusara arwah isterinya.

Orang kampung sangat kagum melihat kesetiaan Budin. Tak kurang juga yang simpati...

Mat : Budin...Budin, aku kagum melihat kau nie. Walaupun Limah dah tak ada, kau tetap juga setia
tak kawin2


Budin : Gitu la nampaknya.

Mat : Rajin betul kau jengok
kubur Limah,ye Budin..Hari2 aku
tengok kau kat sana...

Budin : Ye le, Limah dah tak der. Jadi aku jengok ler kubur dia. Jaga dan siram air hari2.

Mat : Bertuah....Limah...

Budin : Gitu ler nampaknya. Arwahnya ada pesan, klu dia mati,dia izinkan aku kawin lagi..Tp dgn syarat, tunggu ler sampai rumput kat kuburnya tumbuh dulu..Jangan tanah masih merah, dh gatal nk berbini lagi. Sbb tu hari2 aku ke sana siram air. Biar cepat skit rumput tu tumbuh..Aku tak sabar
nk berbini lagi nie...

Mat : ???????????!!!!!!!!!!!!!!.....

Monday, November 8, 2010

Putihkan kulit dengan lulur kopi


Pancaran sinar matahari boleh menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Pernahkah anda terbaca atau mengetahui kekusaman kulit boleh dirawat dengan menggunakan serbuk kopi?

Sebuk kopi dipercayai boleh mengembalikan kecerahan kulit anda. Biji kopi yang telah dikisar halus akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghalus, mencerah dan membuatkan kulit kelihatan lebih putih.

Buat sendiri lulur kopi.

  • 1/2 kg biji kopi
  • Olive oil / minyak zaitun secukupnya
  • Tepung sengkuang secukupnya.
Cara-caranya :
  • Tumbuk kopi bali sehingga setengah halus.
  • Tambah minyak zaitun dan tepung sengkuang. Gaul rata.
  • Sapu lulur kopi seluruh badan sambil digosok-gosok secara perlahan. Biar sekurang-kurangnya 1 jam supaya minyak yang terkandung pada kopi tersebut menyerap ke seluruh tubuh.
  • Bilas tubuh sehingga bersih dengan air yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Selamat mencuba...

Thursday, November 4, 2010

Be Part of ChurpChurp Today

Salam,
Hai, semua. Pasti semua telah tahu dan sememangnya dah terlibat dalam ChurpChurp yang terhangat di pasaran sekarang ini. Di mana saja dan rata-rata memperkatakan tentang ChurpChurp."Oleh itu Jadilah Sebahagian Dari ChurpChurp Hari Ini"



Apa itu ChurpChurp? ChurpChurp adalah satu komuniti pengiklanan menggunakan laman twitter di mana anda akan dibayar setiap kali anda mengtweet setiap tugasan yang diberikan oleh ChurpChurp. Di sini para penulis Twitter boleh menjana pendapatan walaupun hanya sekadar mencari sampingan dengan menyertai ChurpChurp.


Mesti tengok...

Banyak aktiviti yang diadakan oleh ChurpChurp. ChurpChurp sering mengadakan aktiviti beramah mesra bersama dengan ahli-ahli ChurpChurp yang lain. Aktiviti yang terbaru yang diadakan oleh ChurpChurp untuk para ahlinya ialah permainan layang-layang di Taylor's Universiti.



Menarikkan?.
Apa tunggu lagi, jom kita...
Register ChurpChurp sekarang.


American Bullfrog


LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.

Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.

Amfibia karnivor ini dikatakan bersifat agresif, mampu melompat setinggi 3.65 meter dan memiliki gigi yang tajam. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam.

Penjaga Kanan Rumah Tropika di Zoo Newquay, Cornwall, Britain, Dan Garrick merupakan seorang pakar dalam memberi makan katak itu yang turut dipanggil sebagai bullfrog atau nama latinnya, Pyxicephalus adspersus itu.

"Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya. Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus malang ini," kata Dan yang berusia 30 tahun.

Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam.

Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.

Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.

Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.

Beratnya boleh mencecah dua kilogram, sepanjang 24 sentimeter dan membentuk kokun air bagi mengelakkan dirinya daripada kering akibat matahari yang terik.

Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.

American bullfrogs akan menyerang dan memakan apa saja yang terjangkau olehnya.