Get on board....klik sini
HENTIKAN SEGERA..!!!!!!
Anak-anak ibarat anugerah kepada pasangan suami isteri. Anak-anak adalah penyeri dan pengikat hubungan suami isteri. Merekalah penghibur dikala suka duka. Mereka juga lambang cinta seseorang yang sudah berumahtangga. Kehadiran mereka jua lah yang senantiasa ditunggu-tunggu selepas seseorang itu menjejakkan kaki ke alam rumahtangga..HENTIKAN SEGERA..!!!!!!
Anak-anak ini juga merupakan tonggak negara. Mereka bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka juga lah yang akan menentukan perjalanan kemakmuran, kesejahteraan, keamanan dan kemerdekaan negara yang selama ini kita kecapi.
Tetapi mengapa hari ini terdapat kes-kes penderaan, pembuangan dan pengabaian kanak-kanak yang senantiasa memenuhi di dada akhbar mahupun media elektronik?.. Dimanakah kesedaran dan keperimanusiaan mereka yang bertanggungjawab dalam membesarkan, memberi kasih sayang, memberi pendidikan yang sempurna dan menjamin keselamatan mereka?..
Lihatlah betapa kejamnya manusia hari ini...!!!!!
Untuk itu saya memang menyokong 100% kempen ini. Saya tidak mahu penderaan terhadap kanak-kanak berlaku lagi pada masa akan datang. Antara penderaan yang dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab adalah :-
- Penderaan Seksual - contohnya rogol dan cabul
- Penderaan Fizikal - contohnya melakukan sesuatu yang mendatangkan kecederaan terhadap anggota badan kanak-kanak.
- Penderaan Mental - contohnya melakukan sesuatu yang menjejaskan emosi dan pemikiran kanak-kanak.
Hentikan segera perbuatan penderaan terhadap kanak-kanak. Kita juga pernah bergelar kanak-kanak juga. Hulurkan tangan anda hentikan penderaan kanak-kanak.
mana hilang perikemanusiaan tak tahu la ..
ReplyDeletesuka mendera,kalau dapt,bagi hukuman dera gak kat mereka2 nih..ISTIMEWANYA SEORANG IBU