Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, June 27, 2012

Ombak Rindu lagi...




Lagi..lagi dan lagi..
tak puas rasanya tengok movie nie..
mana tak nya. Awal2 dh baca novel dia. Jalan citer panjang..
bila tengok movie dh tak puas rasanya. Ye la..takkan nk wat panjang2 kut...

Ditambah lagi dengan adanya pelakon hebat...Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae... wow...

Apa2 pun Ombak Rindu memang terbaikkk..!!!

Thursday, June 21, 2012

Trafik Jam Kerana Itik....

Kat KL nie suasana trafik jam nie mmg dh biasa dh..
kete la...lori la...motor la...

Klu kat kawasan kampung2 pulak, terpaksa berhati2..haiwan ternakan banyak melintas kat jalan..lembu,kambing...
klu tak hati2 mmg naya la..
tak pasal2 eksiden..

Lain pulak kesnya di China. Bayangkan klu dh 5000 ekor itik melintas di jalan raya..


Tengok gambar tu..mesti jenuh nak tunggu sampai semua itik2 tu beredar...


Wednesday, June 13, 2012

Kalau mau kaya, kena kerja kuat-kuat...


Nie citer tentang dua sahabat yang taik judi, kaki tarik duit dan mcm2 lg la..Bila ada barang baik mesti cepat cari bomoh utk untuk proses tarik duit..

Nak dijadikan cerita, suatu hari ada la dorang nie dapat satu barang antik. Dengan tak sabar rasa di hati kononnya nak jadi orang kaya, dibawa barang tu jumpa sorang bomoh indonesia..

A : Wak. Nie kami bawak barang baik, Wak. Kami dengar Wak boleh bikin tarik duit..

Bomoh tu senyum jer tengok kat dorang berdua..

B : Betul Wak..Klu jadi, kami boleh bagi berapa yang Wak mau kan..

Mereka berdua memang dah tak sabar gayanya. Ye la..dalam kepala dah terbayang wang juta2..

Wak : Bapak berdua...kalau mau jd kaya, bukan begini caranya..kerja kuat-kuat..pasti boleh dapat wang      banyak..Pasti boleh jadi kaya..

Apa lagi...tersipu-sipu la dua sahabat tu..
Ha..baru padan muka kena sound tepek dengan Wak tu..


Friday, June 8, 2012

Aku Cinta Kamu...

Dalam hati ada satu rasa..
Rasa itu, rasa cinta yang tersemat jauh di dasar hati...

Kenapa mesti cinta?
Kenapa di hati?

Kerana..

Cinta itu suatu kuasa
kerana ia terletak dalam hati 
raja yang paling berkuasa dalam
kerajaan diri manusia...

Kerana itu juga..

Aku cinta akan kamu wahai
Suamiku..
ibu bapaku
anak-anakku
adik-adikku
saudara-maraku
sahabat-sahabatku

...aku cinta akan kamu kerana ALLAH..

Kenapa?

Cinta kepada manusia kerana Allah adalah cinta yang suci. Cinta itulah yang menyatukan dua hati dengan mantap dan serasi. Cinta itulah yang menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar..

Firman Allah SWT :

Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-mara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.  Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(Surah at-Taubah 9:24)

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Tidak sempurna iman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudara Islamnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".


Panduan Penulisan :-

Cinta kerana Allah
Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Karya Pahrol Mohamad Juoi