Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, February 28, 2013

Berdietlah ikut usia


Pertambahan usia bukan bermakna usaha untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan diet yang sihat terhenti begitu sahaja. Di sini ada tip berdiet mengikut usia.

Usia 20-an


  1. Mulakan dari awal kerana metabolisme badan yang masih muda lagi baik dari yang telah berusia.
  2. Makanlah lima hidangan buah-buahan dan sayuran segar setiap hari.
  3. Masukkan bijirin dalam hidangan anda dan kira jumlah kalori seperti yang terdapat pada label mengikut kesesuaian badan.
  4. Makan ikut masa supaya mudah mengatur program diet serta mengelakkan berasa lapar seterusnya mengunyah snek yang kebanyakannya mengandungi lemak.
Usia 30-an

  1. Ambil makanan yang mengandungi protein tinggi ketika sarapan, makan tengahari dan malam.
  2. Gabungkan senaman secara rutin untuk meningkatkan metabolisme badan.
  3. Lebihkan sayur-sayuran dan imbangkan dengan nutrisi lain.
Usia 40-an
  1. Pada peringkat usia ini, wanita mula mengalami gejala menopaus yang membuatkan anda stress.
  2. Tingkatkan pengambilan kekacang dan buah-buahan bagi mengurangkan masalah tersebut.
Usia 50-an

  1. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi omega seperti salmon, sardin dan kacang.
  2. Jangan lupa mengambil makanan yang mengandungi vitamin C dan kalsium untuk tulang.
Usia 60-an

  1. Hipertensi dan tiroid adalah masalah yang akan dihadapai oleh wanita pada usia ini.
  2. Tingkatkan pengambilan lemak omega 3, elakkan pengambilan garam dan masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran, gandum serta produk susu rendah lemak.
Beginilah sedikit tip untuk dikongsi bersama. Semoga kita mendapat manfaatnya bersama.

Wednesday, February 27, 2013

CINTA


Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta...

Masa bercinta semuanya indah..

Cinta itu buat orang tersenyum gembira
Cinta itu buat orang menangis duka
Cinta itu buat orang gila bayang
Cinta itu buat orang hilang pertimbangan
Cinta itu buat orang bahagia
Cinta itu buat orang sengsara

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati
Cintakan ALLAH itu kekal abadi


Wahai sang pencinta yang sedang dilamun cinta
jangan biarkan perasaan cinta anda dikawal oleh nafsu
Semoga anda semua temui cinta yang sejati


Monday, February 18, 2013

Hari nie birthday kami...

Hari nie, 18 Februari 2013 merupakan hari lahir Annaz n incik hubby yang ke 34. Dah semakin tua nampaknya..



...kenangan ketika bercuti di Cameron Highland

Seronok berkongsi satu tarikh lahir dengan orang tersayang. Incik hubby cuma tua 25 minit jer dari Annaz...

Annaz tak berkesempatan menyediakan hadiah utk incik hubby tp Annaz dah dapat pun hadiah dari dia.

Nie dia hadiahnya..so sweet..