Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, September 28, 2013

Giveaway Saya Sayang Malaysia - JiwarOsak





Giveaway Saya Sayang Malaysia


Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..


Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia



1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway


3. Follow dan Like fanpage Sponser


AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha



4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana Malaysia adalah tempat kelahiran saya. Malaysia cukup lengkap dengan segalanya dari segi keamanan, keindahan, insfrastruktur, makanan yang sedap-sedap dan sebagainya. Walaupun masyarakatnya hidup dalam komuniti berbilang kaum, eratnya silaturahim masih boleh dipupuk kerana masyarakat Malaysia mudah mesra antara satu sama lain.

Kerana itu Saya Sayang Malaysia….


Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

Wednesday, September 25, 2013

Tegar

Dulunya anak ini adalah seorang pengemis di jalanan. Namun siapa sangka, tuah menyebelahi dirinya. Kini dirinya begitu dikenali bukan hanya di negara kelahirannya. Lagu beliau "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" menjadi siulan bukan hanya kanak-kanak seusianya, malahan orang dewasa juga.



Baru-baru ini, Tegar telah diundang dalam rancangan Meletop. Annaz dan incik hubby yang kebetulan menonton rancangan Meletop memang tak kering gusi melihat telatah Tegar apatah lagi dilayan oleh Nabil dan Lisa Surihani.

Annaz nak syer video dari YouTube nie..
Layan...

Magic Show


Beatbox


Billionaire


Ucapan Tegar Buat Peminat


Nyanyi




Semoga terhibur...





Tuesday, September 24, 2013

Colek Colek...

Aduh terliur sungguh nampak mangga muda. Apa lagi kalau dimakan bersama kuah rojak petis. 
Mengidam ke?  Ohhh..tidak..


Sebelum meleleh air liur ku ini, makan dulu la ye...

 

Alif Lam Lam Ha...

Pernah tak korang masa kecik-kecik dulu gunakan ayat nie "Alif Lam Lam Ha". Bukan masa mengaji tau. Yang tu dah tentulah.. Itulah nostalgia yang sentiasa terpahat dalam ingatan.


Masa kecik-kecik dulu selalu la guna perkataan nie. 
"Alif Lam Lam Ha...sapa amik berdosa. Itu aku punya..aku 'cup' dulu...". 
"Alif Lam Lam Ha..sapa tipu berdosa"...
Bila diingat-ingatkan, kelakar pun ada. Budak-budak....



Friday, September 20, 2013

Pengalaman terkurung dalam lif


Pengalaman terperangkap dalam lif adalah satu pengalaman yang menakutkan yang pernah alami. Inilah nasib penghuni flat. Lif yang sering rosak menyebabkan kami semua terpaksa menapak turun naik tangga. Kalau rendah tak pe la. Ini tingkat 15. Mencungap hakak...

..gambar hiasan

Kejadian ini berlaku hari Selasa lepas. Annaz dari lobi, Annaz naik tangga ke tingkat 4 untuk amik anak dari rumah pengasuh. Dari tingkat 4 kami berdua naik lif yang turun ke bawah sebab kalau nak tunggu lif naik memang lambat la.. Penuh pulak tu.

Sampai bawah jer, terbuka pintu lif, semua serbu masuk sampai sesak. Disebabkan tak de warning, dorang pun masuk jer la sampai padat. Disebabkan terlalu berat mungkin, lif tu tak dapat naik. Gerak skit, tetiba macam jatuh semula. Keadaan tu berlaku 2 kali. Lepas tu langsung tak jalan.

Dorang cuba buka pintu lif dari dalam untuk bagi ruang kami bernafas. Talian telefon pun tak de. Ada yang bagi pendapat untuk panjat keluar sebab lif berhenti antara tingkat 1 dan tingkat 2. Annaz ingatkat tentang kejadian korban lif dimana seorang budak sekolah mati tersepit kerana cuba keluar dari lif yang tetiba rosak.

Nasib baik ada orang dari luar cuba bantu. Mereka tahan pintu dari luar dan tarik kami keluar seorang demi seorang. Seriau juga bila ingat kejadian yang menimpa pelajar tu sebab keadaannya hampir sama. Tapi takkan Annaz nak tinggal dua beranak jer dalam lif tu sebab semua orang nak keluar. Tawakal je la dengan harapan tak ada kejadian buruk berlaku.

Akhirnya kami semua berjaya dikeluarkan dengan selamat. Terima kasih kepada yang menghulurkan bantuan. Menggigil kepala lutut. Lepas tu menapak la jawabnya...Harap-harap Annaz tak lalui lagi kejadian serupa ini.

Thursday, September 19, 2013

Seronoknya ramai budak-budak di rumah

Sebagai seorang ibu, Annaz suka budak-budak. Best nya kalau ramai budak kat rumah. Kami cuma 3 beranak jer kat rumah. Aina, permata hati satu-satunya penghibur Annaz suami isteri..

Teringat ada satu hari, dalam bulan Ramadhan, Annaz panggil adik-adik datang berbuka puasa di rumah. Adik Annaz nombor 2 ada 3 orang anak lelaki dan adik yang nombor 4 ada seorang anak lelaki juga. Termasuk Aina ada 5 orang budak semuanya. Memang seronok walaupun rumah berselerak dengan mainan.



Aina pun seronok dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Bukan senang nak berkumpul macam nie. Annaz pula disebabkan terlampau seronok masa tu hingga lupa nak mengisi perut masa berbuka. Esok harinya terus perut wat hal...

Annaz berharap suatu hari nanti dapat berkumpul lagi macam nie dan yang lain-lain pun turut serta. Semoga bertambah erat hubungan kekeluargaan.


Review Blog 2.0 by Sheila Shahfiekry

As salam...
Terpanggil untuk menyertai Blog Review 2.0 yang dianjurkan oleh www.sheilashahfiekry.my

Klik banner untuk join..

Annaz berharap Sheila Shahfiekry sudi-sudilah review blog Annaz yang tak seberapanya ini. Kepada kawan-kawan di luar sana, jom kita meriahkan lagi Blog Review ini...

Tenang dan damai, tapi.....

Tadi masa tunggu lif nak amik anak di rumah pengasuh, sempat juga merenung sekeliling. Cuaca redup petang, tenang dan damai. Namun kedamaian itu tetap dicemari bunyi hiruk-pikuk kenderaan...


Teringat-ingat kampung halaman. Dirembang senja, suasana tenang, damai, bebas dari bunyi-bunyi bising. Hanya kedengaran bunyi katak, burung wak wak dan unggas-unggas.

Rindunya pada suasana itu...



Kumbang Cantik

Tengah tak de keje tadi saja la tengok-tengok gambar dalam phone galery. Jadi ada la gambar kumbang yang tak tau nama apa.

Gambar nie Annaz snap kat kampung semasa menemani mak dan adik-adik menjual langsat kat tepi jalan. Jarang sekali jumpa kumbang nie. Disebabkan warnanya yang menarik, Annaz nak syer dengan korang la gambar kumbang nie...



Cantikkan warna kumbang nie.. Kalau korang tau kumbang apakah ini, bolehlah syer dengan Annaz..


Wednesday, September 18, 2013

Pencinta "Fridge Magnet"

Ada tak sesapa peminat "Fridge Magnet"? Tentu adakan? Annaz juga peminat "Fridge Magnet". 
Buktinya...


Dah banyak tapi rasanya mungkin akan bertambah lagi..."Fridge Magnet" nie ada yang dibeli sendiri dan ada yang kawan bagi. "Fridge Magnet" nie ada dari Penang, Port Dickson, Langkawi, Cameron Highland, Kuching, Amsterdam, Bandung, Australia dan UK..

Annaz minat mengumpul "Fridge Magnet" sebab ianya cantik-cantik dan merupakan salah satu hiasan di dapur..



Tuesday, September 17, 2013

Santap D24

Hari nie incik hubby bawak Annaz pergi stall jual durian. Kat kawasan Sri Rampai nie banyak stall durian. Buahnya pun bagus-bagus belaka. Kat stall tu memang disediakan meja untuk pelanggan yang nak makan durian di situ.

Puncanya, Annaz la teragak nak buat kuah durian (serawa) untuk makan di opis esok sebab kengkawan pun ada bawa makanan esok. Segan la pulak kalau setakat makan jer kan.

Jadi untuk buat kuah, dah beli beberapa biji. Boleh incik hubby bawa ke opis juga. D24  beli 2 biji jer untuk makan 3 beranak.


Sedap nampaknya...tergoda dengan aromanya..Makan dulu la ye....



Monday, September 16, 2013

Aku dan Shaklee


  

Ramai juga rupanya pengguna produk Shaklee termasuklah Annaz yang sedang mencuba alternatif lain dalam usaha menambah cahaya mata. Produk ini sedang hangat di pasaran kerana ianya menawarkan produk yang baik dan diakui berkesan.

Annaz terbuka hati untuk menggunakan produk Shaklee setelah bertemu dengan seorang Shaklee Independent Distributor. Banyak tips dan panduan pengambilan produk ini. Kepada yang ingin mencuba produk ini, boleh cari maklumat di internet atau cari dealer yang berhampiran kerana mereka juga menawarkan nasihat percuma.

Annaz berharap usaha kali ini berhasil. Annaz harap doa dari kalian dan Annaz akan doakan yang terbaik untuk korang semua...




Melawat baby baru

12 September 2013, keluarga mertua Annaz menerima kehadiran ahli keluarga yang baru, baby girl. Memang menyeronokkan sebab bagi mereka ini merupakan cucu perempuan kedua.

Baby masih belum ada nama lagi. Ramai yang bagi cadangan termasuk anak Annaz. Dia bagi cadangan Puteri Alisya Natasya.


Tahniah buat abang ipar dan isteri di atas kelahiran baby girl yang comel. Semoga baby membesar sihat dan menjadi anak solehah.

Sunday, September 15, 2013

Balik kampung menjengah kebun

Minggu nie 3 hari cuti. Jadi Annaz mengambil peluang untuk bercuti di kampung. Walaupun tak ada apa-apa aktiviti tidak mengapa asalkan dapat melepas rindu terhadap keluarga. 

Disamping menjenguk keluarga, Annaz dan incik hubby pergilah jengah tanah yang kami beli. Hari tu pergi tengok, memang keadaannya semak belukar. Sebagai permulaan, ayah Annaz telah mencari jentolak untuk membersihkan kawasan kebun tu. Jadi, inilah hasilnya...

 
 

Selepas nie kena bersihkan longgokan kayu-kayu dan pasang pagar sebelum memulakan usaha penanaman pokok. Masih dalam perancangan samada untuk tanaman getah atau kelapa sawit. Buat masa nie mak dan ayah nak tanam cili api dan maman. Katanya tanah kat situ cantik. Annaz tak kisahlah. Apa-apa pun boleh janji tak terbiar begitu saja...

Tuesday, September 10, 2013

Segmen Pertama Che Yam

Assalamualaikum...

Walaupun ini segmen pertama dari Che Yam, sambutannya tetap hangat. Jadi Annaz tak nak lepaskan peluang untuk turut serta..

Klik Banner di atas untuk join

Jom kita meriahkan lagi segmen ini..

 



Friday, September 6, 2013

1st GiveAway by adkdayah

cepat tekan banner..

hadiah yang ohsemmenanti anda
reader x nak ke? kalau nak join cepat dekat SINI
antara hadiah yang ohsem
novel terpakai (nama je terpakai tapi still cantik dan elok lagi tau)
4 pemenang ( sape cepat bole pilih yang mana satu)

majalah ujang keluaran terbaru x 2 pemenang
(gambar contoh)

Felt keychain yang superb cumel x 1 pemenang

cover photo x 3 pemenang
(gambar contoh)
topup RM10 x 4 pemenang
topup RM5 x 2 pemenang

Fridge magnet x 3 pemenang
(xde gambar)
bloglist x 3 pemenang
bloglist sebulan + review blog x 3 pemenang (dayah sendiri)

apa tunggu lagi??cepat sertai 1st GiveAway by adkdayah..tekan banner diatas

Thursday, September 5, 2013

Hujan Pagi

Hujan yang turun, bagaikan mutiara...



Lebat sungguh hujan pagi nie. Dingin dan kesejukan..Bila dah hujan pepagi nie, jalan pun sesak lah coz ramai yang pergi kerja naik kereta. Nasib baik Annaz cuti hari nie sebab anak demam. Sekarang otw nak ke klinik.

Tepi-tepi jalan bagaikan ada "perhimpunan" sebab ramai penunggang motosikal berhenti berteduh.

Time hujan nie, jalan licin dan macam-macam perkara boleh berlaku. Oleh itu, pandulah dengan cermat. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Wednesday, September 4, 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga 30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Perkara yang cuba dielakkan ketika bersembang

Dalam pergaulan kita seharian, adakalanya kita tidak perasan bahawa ada tutur kata kita yang menyinggung perasaan teman kita. Banyak perkara sensitif yang kurang diambil perhatian sehingga menyebabkan kawan berkecil hati, merasa terhina, rasa dipermainkan dan menjadi bahan lawak.

Korang pernah tak berada dalam situasi di mana perkara-perkara sensitif ini dijadikan bahan lawak? Kalau ada, pandai-pandailah korang "handle", jangan sampai merenggangkan tali persahabatan. Annaz ada beberapa perkara sensitif yang nak syer dengan korang. Manalah tau boleh dijadikan garis panduan agar ianya tak menyinggung perasaan sesama kita.



Soal Zuriat.
1. Tak pandai buat. Kena belajar lagi tu...
2. Kurang subur.
3. Bila lagi nak tambah lagi, takkan sorang jer..
4. Mandul la tu....

Soal Saiz Badan.
1. Gemuk, montel gebu macam donut..
2. Elok la tu, kurang sikit lemak tu..
3. Mana tak gemuk, asyik makan jer..

Bagi diri Annaz la..Ini aje perkara sensitif yang paling Annaz cuba elakkan. Bagi korang, Annaz tak taulah..Bolehlah kalau korang nak syer di ruangan komen di bawah untuk dijadikan pedoman bersama...

Tuesday, September 3, 2013

Cool & fever

Badan terasa lemah dan tak bermaya..
Penyakit telah berjangkit
Sejuk
Demam
Menggigil
 


Kekerapan menggigil akibat kesejukan mengakibatkan bahagian pelipat kakiku sakit..
Telah berjangkit dari incik hubby dan anak
Anak mc satu hari, incik hubby 2 hari, esok aku pulak sambung...
huhuhu...