Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, May 8, 2010

Kerosakan Dari Tangan-Tangan Manusia

Allah SWT telah berfirman :

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].

Isu pemanasan global dan perubahan iklim sedang hangat dibincangkan oleh sesetengah pihak walaupun sesetengah yang lainnya ambil tak endah mengenainya. Panas atau tidak bumi ini bukan persoalannya, apa yang pasti kita sedang menyaksikan akibat kerakusan tangan-tangan manusia merosakkan alam semulajadi untuk tujuan pembangunan dan ekonomi mereka.
Antara aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kemusnahan bumi ialah :-

Penebangan hutan yang berleluasa akan mengakibatkan kawasan tadahan hujan terjejas. Penebangan balak haram akan mengakibatkan kemusnahan ekologi hutan yang membawa kepada perubahan suhu setempat.

Penarahan lereng-lereng bukit untuk tujuan pembinaan dan pertanian.

Asap-asap kotor dari kawasan industri yang mengakibatkan pencemaran udara.

Asap dari kenderaan bermotor juga menyumbang kepada pencemaran udara

Pembakaran terbuka mengakibatkan jerubu

Kesan dari kegiatan di atas mendatangkan bencana seperti tanah runtuh, perubahan suhu dimana ais di kawasan kutub mula cair, berlakunya banjir, kemarau dan sebagainya. Fenomena ini mengakibatkan manusia itu sendiri yang mendapat kesannya di atas kerosakan yang mereka lakukan sendiri.

2 comments: