Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, May 5, 2010

Macam Sakai Dapat Beras...


Tiba-tiba teringat aku pada jurulatih aku, Cik Mat..Dia bab bagi gelaran dia memang pandai. Bukan apa, anak murid ramai. Gelaran tu cuma nak kukuhkan ingatan jer..Satu yang aku tak bleh lupa ayat dia "Macam Sakai Dapat Beras". Bila dapat payslip jer ini le ayat yang keluar.."Hari nie dapat dapat slip gaji. Jangan jadi macam sakai dapat beras. Dapat jer duit ha..joli sakan, tak ingat..ujung bulan menganga.. Gaji klu nak berkat jangan lupa orang tua". Memang tu jer la ayat dia yang keluar setiap kali ujung bulan, sepanjang 6 bulan bersama dia...

Tapi memang betul pun. Ada gak yang jadi "Sakai dapat beras" tu..Dah penat kerja, ada duit guna jer la, sapa lagi nak guna...Masa tu macam-macam la..makan yang mewah-mewah, shopping sana sini..Ujung bulan pening...

Ada duit memang seronok berbelanja, pada yang tak beringat la...tapi kena la menabung untuk hari tua. Nanti bila dah tua, dah tak larat nak kerja tak la menyusahkan anak-anak. Pada si anak jangan la tengok mak ayah ada duit tak mau bantu..ingat, itu tanggungjawab tau...

No comments:

Post a Comment