Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Friday, May 14, 2010

DAH TAMAT DAH....

Semalam ada 2 drama di slot Akasia dan Seram dah tamat..Tak banyak episod dapat tengok..tak pe nanti tengok kat internet jer la...



Drama Adamaya yang paling banyak ketinggalan. Tapi kisahnya tau la skit2. Adamaya merupakan drama cinta komedi lakonan adik comel dan cute, Lisa Surihani dan jejaka tampan Hussein Ruffedge yang nampak sangat-sangat la serasi sekali.
Drama Adamaya di dramakan dari filem "I'm Not Single" yang sememang nye dah best. Bila dah di dramakan lagi best walaupun tema sama.

Kiranya happy ending la drama nie...









Dah abis part Adamaya, tengok plak Seram TV 3, drama Penunggu Gunung Raya yang diterbitkan oleh Filmscape. Ada 13 episod kesemuanya. Diarahkan oleh Faizal Ishak, seorang pengarah yang berbakat dan diilhamkan oleh Alfie Palemo sebagai penulis skrip utama.Suspen abis...


Penunggu Gunung Raya memaparkan satu masyarakat kampung yang percaya dan meminta pertolongan serta perlindungan dari kuasa ghaib. Dengan barisan pelakon yang mantap seperti Zizan Nin, Emelda Rosmila, Fouziah Gous, Sahee D., Rosli Sako, Rahim Omar, Ibu Aida, Atta Amran dan ramai lagi membuat drama ini nampak macam real walaupun kekadang macam mengarut jer. Last2 mereka semua rupa-rupanya ada kena mengena dan pernah membuat kesilapan dalam hidup mereka. Best, seram dan suspen giler...

The last part tu, tak tau la makhluk ghaib tu memang betul-betul ikut arahan Azam lakonan Zizan Nin supaya pergi ataupun telah memasuki jasad Azam...

Ada sambungan lagi ker citer nie...?

1 comment: