Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, May 10, 2010

Bercuti di Singapura

Yesss..tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Tanggal 30 April 2010 aku berangkat ke Singapura. First time pergi. Yang paling seronok buah hati ku yang asyik bercerita nak ke Singapura. Aku pergi dengan suami tersayang, anak and my mother in law..Naik keretapi kat stesen Keretapi Gemas. Train delay 1 jam..Anak dah sibuk lambat..

Kata orang Singapura nie negaranya bersih. Betul ke?...Sampai kat sana dah lega dah. Kami menginap kat rumah bapa saudara sebelah suami kat Taman Jurong..Memang betul kata orang..sungguh bersih bawah flat tak jumpa sampah..ada yang siap duduk-duduk lagi kau kaki lima bangunan.

Kami sungguh terharu bila melihat seorang kanak-kanak cacat atas kerusi roda berusaha mengasingkan sampah untuk dibuang dalam tong sampah yang disediakan. Begitu disiplin dorang dalam menjaga kebersihan. Nyamuk dan alat pun payah nak jumpa.

Cantikkan flat kat sana? Berapa agak-agak umur bangunan ini. Semuanya bukan la baru lagi. Agak-agak 15 ke 25 tahun. Tapi macam baru..

Hari Pertama
Pagi-pagi pergi ziarah pusara allahyarham nenek suami ku. Bersihkan pusara. Kemudian pulang semula ke Taman Jurong untuk bersiap-siap sebab Pak Itam nak ajak pergi Pulau Sentosa. Tak sabar pulak rasanya..
Jamu selera dulu sebelum berjalan..Aku pekena Nasi Goreng Seafood. Harga SGD 4.00 tapi dia punya banyak tak ingat punya...Senak perut menghabiskannya..

Pemandangan kat Harbour Front Centre

Bergambar dulu sebelum naik MRT ke Sentosa.

Dah sampai kat Underwater World. Tapi yang sedih tak dapat masuk. Orang yang beratur nak dapatkan tiket rasanya sampai petang pun tak habis. jadi bergambar jer kat signboard...


Ini pemandangan pantai di Pulau Sentosa. Cantik...Air laut biru bersih jer..Macam-macam aktiviti yang ada kat sini..nak cuci mata pun bleh.."Minah Saleh" tak payah citer lah..Dorang kan suka berjemur...

Hari Kedua
Hari kedua Pak Itam bawa kami jalan-jalan kat Jurong Point. Kat sana barang elektrik dengan handphone murah..Tak beli apa-apa pun.. baju anak jer sehelai, jadi la...

Petang pula pergi melawat atuk yang kebetulan balik Singapura untuk cop pasport.

Tak banyak tempat yang dapat dilawati sebab cuti kami pun singkat. Insyaallah..nanti klu ada masa kami akan pergi lagi...

2 comments:

  1. best..cantik..
    bersih jer...
    macam mana pun..
    "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"

    ReplyDelete