Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, May 17, 2010

Spa Dr. Fish

Pernahkan anda merasai membuat rawatan di spa ikan? Spa ikan kini kian popular di Malaysia. Spa ikan kini boleh kita temui di pusat membeli-belah di negara kita.

SERBA SEDIKIT TENTANG SPA IKAN

Berdekat lamanya mereka yang mencari rawatan alternatif akan menjelajah ke negara-negara Eropah Timur seperti Turki, Syiria dan Jordan untuk mencuba rawatan Dr Fish di spa-spa air panas di negara tersebut. Tabiat pemakanan ikan ini ditemui di kawasan air panas yang terletak di Kangal, Turki. Hari ini, rawatan Dr. Fish kian berkembang di beberapa negara Asia seperti Jepun , Korea, Singapura dan di negara kita sendiri, Malaysia. Salah satu spesis Dr. Fish yang digunakan di sini adalah Garra Ruffa.

KEBAIKAN TERAPI DR. FISH
  • Secara langsung boleh menghindarkan kulit mati, bakteria dan melambat proses penuaan.
  • Membantu proses tidur yang nyenyak dan melancarkan peredaran darah.
  • Menyembuhkan beberapa sakit kaki seperti kaki busuk, kulit sensitif atau gatal-gatal.
  • Mengawal darah tinggi.
  • Merawat dan menjaga kulit supaya kelihatan lebih sihat dan berseri.
  • Mengurang stress.
  • Ekologik dan semulajadi.
  • Selamat dan tiada kesan sampingan
PENGALAMAN MENCUBA TERAPI DR. FISH

Saya pernah mencuba untuk merasai sendiri bagaimana pengalaman ketika menjalani terapi Dr. Fish. Kali ketiga di Bionic Fish Spa di Tesco Selayang. Kos rawatan tak mahal, RM 10 untuk tempoh masa 20 minit.




Mula-mula terasa geli-geli kat kaki bila ikan-ikan itu mula mengelilingi kaki. Lepas tu rasa macam ikan tu mula menyedut apa-apa aje yang tak diperlukan. Menurut kata tuan punya spa tu, ikan-ikan yang berwarna hitam itu menunjukkan penyakit kita telah berpindah kepadanya dan jangka hayatnya tidak lama.

Kepada sesiapa yang belum mencuba sila lah merasai kebaikan terapi ini.


No comments:

Post a Comment