Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, January 20, 2011

Aina belajar mengira...

Keletah anak2 adakalanya menghiburkan, adakalanya bikin hati panas pun ada. Kengkadang yg tak terlintas difikiran kita pun dorang bleh buat..

Suatu mlm my hubby ajar Aina mengira..Dia bukan tak reti smua tu tp bila malas + Rasa nk main + takut kena marah, smuanya hilang..

Ayahnya ajar kira + & -
"Lepas 9 apa?" Aina tercengang2..
Bukan tak tau tp bila Aina dh renung semacam jer mmg dia dh tak ingat.
"Kira dgn jari" dia pun kira satu-satu jari dia..
"10" jawab Aina

"Ok. Lapan macam mana?"
Aina dh tenung muka ayah dia..
"Buat dgn jari"
Aina belek2 jari dia. Agaknya kira2 kot camna nk tunjuk jari yg lapan batang tu..
Dia buat jugak..Nak tau mcm mana?
Tengok nie...

*

*

*

*

*

*

*


...gambar ulang tayang...

Nahhh..!!!! amik kau

Dia wat jari 2 bulat cantum jd nombor 8..

Aku tak bleh tahan lalu ketawa..
My hubby cuba tahan..
"Dah la, Aina"..
Aina tarik muka sbb marah aku ketawakan dia lalu merajuk masuk bilik..
My hubby geleng kepala dan ketawa...

Tak sangka idea Aina sampai begitu sekali..

Wednesday, January 19, 2011

Macam Pesta dorang lumba kutip syiling...

Macam pesta kan?..Semua berebut2 kutip syiling2 yg terlambak kat jalan raya tanpa memikirkan perasaan pemilik wang2 itu... Mmg dorang tu tolong kutipkan tp masuk poket sendiri..

Kesian....

Lihatlah. Mereka tak pedulikan tentang keselamatan diri. Dah tak hirau dah kat polis yg jaga kat situ...



Ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan..

Saturday, January 15, 2011

Jom Spa Kaki Di rumah...

Kebiasaannya wanita akan ke spa bagi merehatkan diri iaitu dengan cara melakukan rawatan diri dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.


Bagi mereka yang kurang kemampuan, anda bolehlah melakukan sendiri di rumah. Nak tau caranya? Jom kita tengok...



*

*

*

*

Bahan-bahan yang diperlukan

1/4 cawan gula pasir
2 sudu makan minyak almond
Air panas

Cara-cara menyediakannya

1. Campurkan kesemua bahan tersebut ke dalam satu besen dan masukkan kaki anda ke dalam besen itu.

2. Urut kaki anda secara lembut dan setelah itu keringkan kaki anda dengan kain. Pakai sarung kaki ketika mahu tidur.

Mudah kan?..
Caranya memang senang cuma antara rajin dengan tidak.
Apa pun, jom kita cuba...

Friday, January 14, 2011

Contest Jelingan Manja

Hari nie Miss Annaz telah di tag oleh seorang rakan blogger, cik adik manis tehateha..
Pemilik merangkap penganjur contest ini adalah cik bulan..

Yang berminat nk join contest nie, sila klik banner yg cun kat bawah nie :-




Syarat-syarat yg harus dipatuhi adalah :-

1. Buat entri pasal contest nie. Sudah semestinya. Tajuk seperti di atas.

2. Follow blog cik bulan.Kalau rajin follow blog PrettyLenseStore *sebab PrettyLensStore nie main sponsor*

3. Copy banner contest sekali dengan backlink.

4. Gambar contest anda. ikut tajuk tema ok...

5. Gambar sendiri iaitu owner blog yg bertanding.Tak mo gambo orang lain. Tak kisah seorang or beramai-ramai.

6. Sila tag kawan2 anda tak kisah la berape orang pun. Atleast seorang.

7. Tinggalkan komen entri nie sekali dengan link korang.


Ini gambar pilihan Miss Annaz untuk contest nie..


Ada mcm org tengah menjeling ker?...
Jelingan manja atau jelingan menyampah pun tak taw la...

Miss Annaz nk tag contest nie kpd saya yek...
ok nie dia...

monica
qaseh dalia adelia

Aku lupa..!!!!!..

Aku luper...hahaha....

Kenapa Aku luper?...
*

*

Alamak..luper lagi..!!!

*

*

*

*
Gimik jer tu...

Sebenarnnya itu lawak peserta Raja Lawak musim ke 5, Nazmi...
Lawaknya sebagai pelupa mmg menjadi, buat penonton begitu terhibur dgn kelupaannya..

Tengok klip nie...


Tengok kat uTube byk org komen ttg video nie..
Suka plak dorang guna tagline LUPA nie...

Jom kita tengok apa komen2 mereka kat uTube...
Semua Miss Annaz dh copy kata bwh nie...






Seronoknya mereka dgn kelupaan mereka..
hahahaha....

Air Sungai Goldstream bertukar warna...

OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam.

SUNGAI Goldstream di Kanada bertukar menjadi hijau pada 29 Disember lalu.

Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.

Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.

Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.

Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.

Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.

Imej sungai itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi


Thursday, January 13, 2011

GA : Alycia 1st Giveaway


Dah lama rasanya Miss Annaz tak update blog kesayangan nie..Sesekali terasa rindu untuk menjengok rakan blogger yg setia mengunjungi blog ku ini.. Masa tak mengizinkan untuk itu..

Hari nie Miss Annaz nk join GA yg dianjurkan oleh Alycia " Alycia 1st Giveaway". Ini merupakan GA yg pertama dianjurkan oleh Alycia.

Syarat2nya :-

1. Buat satu entry bertajuk 'Alycia 1st Giveaway'...

2. Tepek banner seperti di atas di entry dan sidebar...

3. Jadi Follower blog Alycia dan Alycia With Contest dan Giveaway ...

4. submit link entry korang pada entry ini ...

GA ini berakhir pada 31.01.2011 jam 1.00 petang


Ini hadiah yg disediakan oleh penganjur..

... 4 book charms yang comey yang ditempah khas dari Your Book Charms

SEKIAN...

Tuesday, January 4, 2011

Hari pertama persekolahan

Hari ini hari pertama persekolahan. Semalam pergi daftar...lewat..
Pusing gak kepala nk masukkan Aina ke sekolah yang mana. Klu bleh nk bagi yang terbaik untuk satu2nya permata hati i nie...

Last2 pilih Tadika Seri Kirthis. Kat sekolah tu ada belajar Bahasa Mandarin pilihan dgn Bahasa Tamil, Agama Islam, Bahasa Inggeris & lain2. Cikgu2nya pun agak tegas. So bebudak tak leh la main2...

Pagi2 lagi Aina dah bangun bersiap nk pergi sekolah. Merengek2 nk pakai beg baru dia. Aku suh bawa beg lama, kecil skit. Lagi pun blm dpt buku. Budak biasalah, mesti nk yg baru gak..


Tengok tu.. bukan main bergaya dgn uniform kuning oren...

Hari nie aku off la hantar dia ke sekolah...

Jam 8.00 pagi jer, Mrs. Guna dah suh dorang wat bulatan dan menyanyi. Mcm2 lagu ada..Aina tentu suka...dia mmg suka menyanyi...

Habis tu smua, mereka beratur utk masuk kelas dan memulakan pembelajaran yg pertama..
Harap Aina dpt menyesuaikan diri dgn suasana persekolahan yg baru...

Monday, January 3, 2011

Raja Lawak Datang Lagi..!!!!


Seramai 12 org telah terpilih utk menyertai Raja Lawak musim ke-5. Mereka akan menunjukkan bakat disamping mencari dan mempersembahkan idea2 lawak mereka. Pastinya kegamatan pentas Raja Lawak musim ke-5 jelas terbayang dgn pengacara yg serasi dan gila2. Siapa lagi klu bukan Johan & Zizan.

Pasti terhibur dgn keletah mereka. Antara 12 peserta Raja Lawak musin ke-5 :-

BALAS

Nama Sebenar: Fandi Bin Muhammad , Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar.
Nama Tipu: Fendi, Shuk.
Umur: 25, 24.
Asal: Pulau Pinang , Pulau Pinang.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Berniaga, Belajar.
Pengalaman: Lemas dlm kolam cetek. Selamatkan Shuk yg lemas td.
Kebolehan selain melawak: Menjinakkan kucing liar. Menukar siaran TV dgn pantas.
Pelawak kegemaran: Stephen Chow krn idea lawak yg lain drpd yg lain.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dgn sesuatu yg boleh buat ketawa.
Jika diberi peluang utk menjadi
hero, siapakah anda?:
Ultraman, sbb nk lawan td.

BOBO

Nama Sebenar: Mohd Hamizi Bin Hashim , Mohd Azwan Bin Sabri.
Nama Tipu: Gbob , Wan Awe.
Umur: 24 , 24.
Asal: Melaka , Kuala Lumpur.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Berniaga, Despatch.
Pengalaman: Pernah menghadiri uji bakat Raja Lawak 3 & 4.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, memasak, menari dan menyebok.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki, AR Tompel & P.Ramlee
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Utk mengasah bakat.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Keluang Man dan Tiong Man krn boleh berbahasa melayu.

EPY


Nama Sebenar: Muhammad Hanafi Bin Rusmadi.
Nama Tipu: Epy.
Umur: 18.
Asal: Kedah.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Baru habis sekolah.
Pengalaman: Hurmmm, tiada kot.
Kebolehan selain melawak: Berlakon, melukis dan menyanyi.
Pelawak kegemaran: Stephen Chow krn lawaknya spontan, lucu, tdk mementingkan logical. Sentiasa melakukan kejutan & idea yg bernas.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengembangkan bakat yg sedia ada.
Jika diberi peluang utk menjadi hero, siapakah anda?: Keluang Man.

KAMI


Nama Sebenar: Zarina Binti Mohd Nor , Elly Sarimah.
Nama Tipu: Zarina , Elly.
Umur: 34 , 29.
Asal: Perlis , Perak.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Freelancer Entertainer,Freelancer Entertainer.
Pengalaman: Berlakon iklan, Berlakon.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, Berlakon dan Menari.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki & Zizan Raja Lawak. Lawak yg selamba & dpt diterima oleh pelbagai kaum.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengubah persepsi bhw wanita juga dpt diterima dlm segmen komedi.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Stephen Chow – krn kelakar luar biasa.

KOPIO


Nama Sebenar: Syariwan Bin Joir , Fakhruddin Bin Mohd Azmi.
Nama Tipu: Black , One.
Umur: 28 , 19.
Asal: Kuala Rompin, Pahang , Kuala Rompin, Pahang.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Free Lance, Recreation & Entertainment.
Pengalaman: Pernah mengendalikan acara utk Harley Davidson.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, bermain alat muzik, berlakon lagak ngeri & bersukan.
Pelawak kegemaran: Jackie Chan, Jake Black, Will Smith, Harith Iskandar, S. Shamsudin.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Kami nk buat pelawak Malaysia boleh kalahkan pelawak negara lain.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Kami ingin menjadi lelaki yg penuh dgn perasaan cinta. Ramai org boleh menerima lelaki penyayang.

LEMAN

Nama Sebenar: Sulaiman Bin Ibrahim.
Nama Tipu: Spax.
Umur: 29.
Asal: Kedah.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Berniaga.
Pengalaman: Mcm2
Kebolehan selain melawak: Melukis (Abstrak, Mural, Figura).
Pelawak kegemaran: Lan Pet Pet. Karekter luar & dlm TV adalah sama.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mencapai apa yg diinginkan.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Hero Filem Tamil. Skali tumbuk je dah 3 org meninggal.

TBO


Nama Sebenar: Ahmad Firdaus Bin Misnan , Mohd Sufian Bin Masri, Mohamad Isa Bin Razai.
Nama Tipu: Aur, Pyan, Isa.
Umur: 24 , 25, 25.
Asal: Meru, Klang , Tanjung Karang, Meru, Klang.
Status: Bujang, Berkahwin, Bujang.
Pekerjaan: Berniaga Sendiri, Bomba Lapangan Terbang, Nestle.
Pengalaman: Mengadakan persembahan pentas di sekolah.
Kebolehan selain melawak: Berlakon & menyanyi.
Pelawak kegemaran: Imuda, Afdlin Shauki. Mereka ibarat "guru" dlm bidang lawak.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Menjadi sebahagian dr generasi yg membawa industri seni Malaysia ke tahap antarabangsa.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Kami jd Ultraman Taro, Ace & Seven.

R2


Nama Sebenar: Rahim Bin Mat Ali , Ridhzuan Bin Mat Ali.
Nama Tipu: Aim , Lopez.
Umur: 40 , 21.
Asal: Klang , Klang.
Status: Berkahwin, Pembantu Operasi.
Pekerjaan: Penyelia, Belajar.
Pengalaman: Soalan terlalu general, malu nk cerita. Pengalaman cinta? Hehehe.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi. Setakat ada bunyi jelah, klu bagus dh lama msk AF.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki & Harith Iskandar. Stand Up komedi yg bersahaja
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengembangkan bakat & ingin melihat sejauh mana bakat ini boleh pergi & Raja Lawak adalah platform yg baik.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Tak kira hero yg mana. Asalkan boleh terbang. Rimas sgt dgn keadaan jem yg teruk skarang ini.

PUKAW


Nama Sebenar: Indra Putra Setia Negara Bin Thamrin , Abd Hadzir Bin Abdullah, Nizam bin Solah.
Nama Tipu: Indra Putra Setia Negara Bin Thamrin, Ai, Kecik.
Umur: 22 , 23, 34.
Asal: Johor Bahru , Johor Bahru, Kota Tinggi, Johor.
Status: Bujang, Bujang, Berkahwin.
Pekerjaan: Tidak bekerja, Tidak bekerja, Proton Part Center, Johor Bahru.
Pengalaman: Jd nelayan, Juara futsal Liga Industri, Mewakili kelab terkemuka di Johor, Johan pertandingan karom.
Kebolehan selain melawak: Berlakon teater, Menyanyi, Bermain muzik, Bersukan.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki krn beliau pandai masak nasi kandar. I like Papadom. P.Ramlee krn beliau bkn sja pandai menghiburkan menonton malah sampai skarang kesan lawaknya.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin menjadi seorang pelawak. Klu nk jd raja, saya tak tau. Kenalah jd Raja Lawak.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Spiderman krn heroin dia cantik, tidak perlu lagi membeli kereta.

NAZMI



Nama Sebenar: Mohd Nazmi Bin Md Isa.
Nama Tipu: Nazmi.
Umur: 23.
Asal: Sungai Besar, Selangor.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Berniaga.
Pengalaman: Entahlah. Tak perasan pula apa ada pada diriku ini.
Kebolehan selain melawak: Berlakon dan bertido.
Pelawak kegemaran: Saya suka byk pelawak tetap yg terpaling suka Ibrahim Din.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Sebab nk melawak.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Nak jd Fantastic 4 sbb ada geng yg hebat.

MAN


Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim.
Nama Tipu: Man.
Umur: 33.
Asal: Kuala Lumpur.
Status: Berkahwin.
Pekerjaan: Kerani.
Pengalaman: 5 tahun berturut-turut pergi uji bakat Raja Lawak.
Kebolehan selain melawak: Menari, menyanyi dan berlakon.
Pelawak kegemaran: P.Ramlee kn dia serba boleh.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Selain utk mengubah nasib, saya ingin mengenali perwatakan diri sebenar. Keluarkan kebolehan yg ada.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Spiderman. Boleh tengok suasana indah dr tmpt yg tinggi.

LUCKY


Nama Sebenar: Mohd Zhafir Hilman Bin Hassin, Mohd Hazwan Bin Mohd Azani, Khairul Nazmi Bin Rodzy.
Nama Tipu: Zhafir, HazOne, Bo.
Umur: 23, 23, 23.
Asal: Pahang , Kuala Lumpur, Kedah.
Status: Bujang, Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Siswazah, Siswazah, Siswazah.
Pengalaman: KIV untuk Raja Lawak 3, Memasuki rancangan Bolos
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, Bermain alat muzik, Bersukan.
Pelawak kegemaran: Din Beramboi & Afdlin Shauki. Krn mereka lawak.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Minat.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Rajnikhand (hero tamil), krn beliau mempunyai misai tebal.

Markah undian terkini mereka adalah :-

Siapakah yg bakal memegang title Raja Lawak musim ke-5? Sama2 kita saksikan persembahan mereka nanti. Dan jgn lupa undi mereka yg layak...