Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Sunday, February 23, 2014

Kisah di sebalik aiskrim goreng..

Kisah nie dikongsi oleh incik hubby di laman sosial beliau. Citer nie bersangkutan dengan aiskrim goreng yang Annaz buat semalam..


Ikuti kisah yang agak menggelikan hati nie...

Citer tengahari tadi...
Anak : ayah, kita nak makan roti dengan telur       goreng...boleh tak ayah...
Ayah : nak yang letak sos kat roti tu ker....
Anak : iye la ayah...mcm ayah buat dulu...
Saya pun pergi la goreng telur 2 biji letak dalam pinggan...saya satu...anak dara saya satu...saya tanya...
Ayah : nak ayah buatkan ker buat sendiri...
Anak : takper ayah kita boleh buat sendiri...
Saya pun masuk bilik baca paper...anak dara saya panggil...
Anak : ayah...mcm mana nak buat ni...sebab semua roti ada lubang kat tengah...
Ayah : la...ni projek ibu la malam tadi ni ngan kawan dia...roti aiskrim...hahaha...

Nak taknak tak dapat la bungkus telur tu...lubang atas bawah...


Annaz pun gelihati baca citer nie..sebenarnya memang sayang nak.buang lebihan roti tu. Ingatkan semalam nak buat kopi dan makan jer lebihan roti tu. Disebabkan dah kenyang, simpan jer lebihan roti tu..


Elak kecurangan

Annaz terpanggil untuk membuat suatu perkongsian di sini. Kata-kata nie Annaz dapat melalui laman sosial Facebook..


Ada kebenarannya kata-kata di atas. Semoga ianya menjadi ingatan kepada kita. Sayangilah pasangan kita..


Thursday, February 20, 2014

Cikgu nak gambar..

"Ibu, esok cikgu nak gambar. Cikgu kata, bila besar kita nak jadi apa. Pas tu cikgu suruh bawa 6 gambar," kata Aina masa sampai je muka pintu rumah.

"Kenapa tak bagi tau ibu awal-awal? Tak pe, nanti ibu cari dalam majalah".

Aina dah pun tidur. Tinggallah Annaz selak-selak majalah cari gambar yang dimaksudkan. Kesian nak kejutkan sebab dia penat sangat.

Nie aje yang dapat Annaz carikan untuk Aina bawa ke sekolah esok.


Harap-harap dia suka la..
Untuk anak ibu nan seorang, susah macam mana pun ibu akan carikan juga..


Wednesday, February 19, 2014

Birthday ke 35

Semalam birthday Annaz yang ke 35 tahun..
Happy birthday to me....
Dah tua dah...hihihi..

Setiap kali sambut birthday, ianya adalah satu hari yang paling indah bagi Annaz walaupun tak de buat majlis. Hari bahagia ini Annaz kongsi bersama seorang insan yang paling Annaz sayangi iaitu incik hubby.
Apesal plak?

Setiap tahun kami akan sambut birthday sama-sama sebab kami lahir pada hari yang sama dalam tahun yang sama. Cuma incik hubby lahir dahulu awal 25 minit dari Annaz. Kebetulan kan? Jodoh itukan rahsia Allah...

Semalam Annaz sampai je rumah, incik hubby dah sediakan semuanya. Terharu sangat walaupun kami sambut birthday 3 beranak je. Itulah sebabnya Annaz sayang sangat padanya...



Semoga kita kekal bahagia hingga ke Jannah..


Kursus Pemantapan Perundangan

Hari nie hari kedua berkursus. Kursus untuk memantapkan lagi pemahaman undang-undang anggota penguatkuasa DBKL.


Walaupun bertugas dalam pejabat, tetap juga kena belajar undang-undang. 
Belajar undang-undang nie memang boring dan mengantuk. Kalau penceramahnya pandai selit-selit 'joke' baru seronok..

Dalam kursus nie juga kami diajar kembali dalam erti kata ulangkaji mengenai undang-undang yang digunapakai, prosedur tindakan serta kuasa-kuasa yang diperwakilkan kepada kami sebagai anggota penguatkuasa.

Walaupun sudah berulang kali mendengar topik yang sama, kena think positive. Ianya baik untuk menyegarkan kembali ingatan terhadap perkara-perkara tersebut. Bila ada peperiksaan nanti, senang nak jawab. Nak harap baca buku, idok laa....



Monday, February 17, 2014

Fridge Magnet dari Singapura

Sudah jadi satu hobi pulak mengumpul fridge magner sebagai satu koleksi. Seronok tengok FM yang banyak and colorful..

Annaz ada dapat satu FM dari Singapura yang diberi oleh pakcik kepada incik hubby. Bagus juga tu sebab masa berkunjung ke Singapura hari tu tak sempat beli apa-apa pun..

Nie dia FM nya...
Cantik tak?




Gift from London

Hari nie incik hubby balik bawa sesuatu. Apakah?
Itulah ole-ole dari London..
Fridge magnet, ceramic plate, replika Eiffil Tower..



Suka sangat..
Tq pada kawan incik hubby yang sudi memberikan ole-ole nie untuk kami...

Wednesday, February 5, 2014

Virus Japanese Encephalitis (JE)

Menonton siaran Bersamamu di TV 3 berkenaan kisah adik Fadil yang di jangkiti virus JE. Simpati dengan nasib beliau. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan didoakan adik Fadil sembuh seperti sediakala.


Apa itu JE?
JE adalah penyakit yang disebabkan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Tanda-tanda

¤ Demam
¤ Sakit kepala
¤ Lemah anggota badan
¤ Resah meracau
¤ Mengantuk
¤ Sawan
¤ Lumpuh
¤ Tidak sedarkan diri / koma

Kebanyakan pesakit yang dijangkiti virus JE akan menunjukkan tanda-tanda ringan sahaja atau mungkin tiad gejala sama sekali.

Namun begitu, diperingkat yang lebih teruk, JE boleh menyebabkan kematian. Mereka lazimnya akan bermula dengan simptom-simptom seperti selesema, sakit kepala, demam, tidak bermaya dan akan disusuli dengan masalah gastrousus seperti muntah serta berasa keliru dan meracau-racau.

Bagaimana JE merebak?

Virus JE membiak dalam tubuh khinzir (perumah pengganda). Apabila nyamuk Culex betina menghisap darah khinzir, ia akan membawa bersama virus JE. Selepas 14 hari nyamuk ini berupaya untuk.menyebarkan virus JE kepada perumah baru iaitu khinzir.

Manusia (perumah terakhir) boleh dijangkiti JE sekiranya digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus ini.

Tempoh pengeraman iaitu dari jangka seseorang itu dijangkiti sehingga gejala-gejala JE muncul mengambil masa di antara 4 hingga 16 hari.

Penyakit JE tidak boleh merebak daripada manusia kepada menusia seperti bersentuhan, bersalam atau mencium pesakit JE. Penyakit ini juga tidak akan menular dengan.memakan daging khinzir.

Nyamuk Culex membiak di tempat takungan air semulajadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi. Nyamuk Culex biasanya akan menggigit pada waktu senja hingga subuh iaitu di antara jam 6.30 petang hingga 6.30 pagi.

Rawatan untuk pesakit JE

Sehingga kini penawar JE masih belum ditemui. Pesakit akan dimasukkan air bagi mengurangkan dehidrasi manakala ubat-ubatan diberi bagi melegakan demam dan kesakitan yang dialami.

Pesakit yang koma akan diberi bantuan penafasan.

Bagaimanapun, terdapat vaksin yang berupaya menentang serangan virus JE. Seperti ubat-ubatan lain yang tidak bebas daridapa kesan sampingan, vaksin JE tidak terkecuali. Pengambilan vaksin ini akan menyebabkan alahan, kemerah-merahan dan bengkak pada tmpat suntikan. Wanita hamil dan menyusukan bayi dilarang sama sekali menggunakan vaksin berkenaan.

Dapatkan suntikan vaksin JE sekiranya anda...

  • Tinggal di kawasan pendalaman di mana JE sering berlaku.
  • Pekerja di ladang khinzir atau tinggal dalam lingkungan 2 km dai ladang khinzir, terutamanya kanak-kanak.
  • Pelancong ke kawasan yang berpenyakit (sangat kecil risikonya)

Jadual pemberian vaksin

  • Dos pertama
  • Dos kedua - hari ke-7 hingga ke-14 selepas dos pertama
  • Dos ketiga - 6 bulan hingga 1 tahun selepas dos kedua
  • Dos tambahan - tiga tahun selepas dos ketiga
Jumlah dos dan julat masa pemberian dos-dos berbeza di antara seseorang dengan yang lain.

Langkah-langkah pencegahan

  • Elakkan daripada digigit nyamuk
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • Tidur dalam kelambu
  • Gunakan racun serangga seperti lingkaran nyamuk, repelen yang disapu pada badan atau pakaian ketika berada di luar rumah, penyembur aerosol dan lain-lain.
  • Memasang jejaring nyamuk pada tingkap
  • Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah semasa melakukan aktiviti luaran atau berada di sekitar ladang khinzir.
  • Menyediakan saluran perparitan yang sempurna
  • Menimbus lopak-lopak air
  • Menjaga kebersihan sekitar ladang ternakan khinzir
  • Membuat semburan racun serangga di sekitar ladang khinzir.